Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cat] | چت

Definisi : 1. sj cecair berwarna yg disapukan pd dinding dll (utk melindungi permukaannya, menjadikannya kelihatan elok); 2. sj bahan yg dicampuri cecair, digunakan dlm lukis­-melukis; ~ air cat yg dicairkan dgn air; ~ alis penghitam (kening); ~ bakar Id cat yg disemburkan; ~ batik Id bahan yg digunakan utk mewarnai kain batik; ~ bibir gincu bibir; ~ minyak cat yg dicairkan dgn minyak; bercat memakai cat, diwarnai dgn cat: sekeping papan ~ biru muda; mengecat memberi bercat, mewarnai (per­mukaan spt dinding dll) dgn cat: sekaliannya dicat dgn air emas; ~ dan menghiasi rumah; catan lukisan (dgn cat): studionya dipenuhi dgn ~ terbarunya; ~ minyak seni lukis (gambar atau lukisan) yg menggunakan cat minyak; pengecatan kerja (perbuatan dll) mengecat (rumah dll); pengecat orang yg kerjanya mengecat (rumah, bangunan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cat] | چت

Definisi : cecair (biasanya pekat) yg diguna­kan utk mewarnai sesuatu: ~ air cat yg di­­cairkan dgn air; ~ minyak cat yg di­cairkan dgn sj minyak. bercat diwarnai dgn cat: Motokarnya ~ kelabu. mengecat mewarnai dgn cat; menyapu (menyembur) dgn cat: Dia ~ rumahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
BAGAIMANAKAH CARA PENULISAN YANG BETUL: Kertas lukisan dan cat air, atau cat poster, atau cat tempera ATAU Kertas lukisan dan cat air atau cat poster atau cat tempera
Tanda koma tidak perlu sebelum kata "atau" kerana ayat tersebut merupakan ayat setara. Walau bagaimanapun, tidak salah sekiranya tanda koma digunakan kerana tidak menimbulkan perubahan makna dan ini hanyalah melibatkan gaya penulisan.
Ejaan25.03.2013
definisi melukis dan menulisMerujuk Kamus Dewan Edisi Empat, melukis ialah 1. membuat gambar, peta, dsb (dgn menggunakan pensel, pensel warna, cat air, cat minyak, dsb): dia suka ~ pemandangan yg indah-indah; 2. merupakan dgn gambar, menggambarkan: dia ~ sebuah bulatan; manakala menulis ialah 1. mencatat kata-kata dgn huruf dan memakai pena (kalam, kapur, pensel, dll), menyurat: pd masa kanak-kanak berada di dlm darjah satu, mereka mulai belajar ~; 2. melahirkan perasaan (fikiran dll) dgn catatan yg memakai huruf, membuat surat, mengarang: tiada empat orang dlm negeri ini yg tahu ~ spt tuan ini; jika yg ditulis olehnya berlawanan dgn yg sebenarnya sudah tentu ia akan merupakan racun yg amat berbahaya; 3. sl membuat gambar, menggambar, melukis: laksana gambar baru ditulis; 4. membuat kain batik (dgn tangan), membatik;Makna02.08.2010
Penggunaan nama benda.pensel lukis atau pensel lukisanSalam sejahtera,

Tuan,

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-4, lukis membawa maksud, 1. membuat gambar, peta, dsb (dgn menggunakan pensel, pensel warna, cat air, cat minyak, dsb): dia suka ~ pemandangan yg indah-indah; 2. merupakan dgn gambar.
Manakala, lukisan pula membawa maksud asil melukis, gambar(an): ~ cat minyak; 2. ki keterangan (cerita, huraian, dll) yg menggambarkan sesuatu hal.

Berdasarkan itu, penggunaan pensel lukis lebih tepat penggunaannya.

Sekian, terima kasih.
Makna12.07.2017
Saya ingin mengetahui sama ada perkataan cit-cat wujud dalam kamus DBP? Adakah perkataan sah dan sesuai digunakan dalam mana-mana komunikasi media dari segi ejaan dan penggunaannya. Boleh beri contoh?Istilah Cit Cat tiada dalam Kamus Dewan. Walau bagaimanapun, Cit Cat ini merupakan sebuah rancangan hiburan yang siarkan oleh stesen televisyen. Oleh hal yang demikian, Cit Cat bukan merupakan istilah dalam bahasa Melayu untuk digunakan dalam laras komunikasi media.Istilah24.03.2009
pengedar cat dulux



Untuk pengesahan iklan sila layari laman web
http://dbpsahbahasa.my/

Lain-lain16.06.2017
Kedai Cat Multi ColourNama ini tidak sesuai untuk digunakan. Mohon pelanggan untuk faks iklan untuk pengesahan.Lain-lain07.03.2007
Apakah istilah Cat-Eye Door dalam bahasa Melayu?Padanan bahasa Melayu bagi istilah cat-eye's door ialah lubang intai pintu. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah28.02.2023
Mencari maksud perkataan dalam bahasa Melayu untuk Body & Paint Centre. Berikut adalah pilihan perkataan untuk pengesahan pihak tuan: 1. Pusat Baik Pulih Badan Kenderaan dan Cat PERODUA 2. Pusat Baik Pulih Kenderaan dan Penyemburan Cat PERODUAPadanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Pusat Baik Pulih Kenderaan dan Sembur CatLain-lain16.07.2014
Assalamualaikum tuan, apakah terjemahan yang sesuai bagi "cat tree"? iaitu suatu struktur binaan untuk kucing bermain.
Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah cat tree ialah ran kucing. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah25.07.2023
Minta tolong semak susunan perkataan di bawah adakah betul:- 1. Disyorkan agar mengecat satu lapisan dasar, diikuti minima dua lapisan cat Dulux. (atau "diikuti dua lapisan minima cat Dulux) 2. Jika terkena mata, bilas segera dengan banyak air (atau "air yang banyak" dan dapatkan nasihat perubatan. Harap pihak tuan / puan boleh memberi nasihat / cadangan secepat mungkin. Sekian, James

1.  Disyorkan pengguna mengecat satu lapisan dasar, diikuti dua lapisan minimum cat Dulux 

2.  Jika terkena mata, bilas segera dengan air yang banyak dan dapatkan nasihat perubatan.

Tatabahasa05.04.2019
12345

Kembali ke atas