Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cén.dol] | چيندول

Definisi : (céndol) sj minuman sejuk yg terdiri drpd campuran isi berwarna hijau (dibuat drpd tepung beras dan air pandan) dicampur dgn santan dan air gula melaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cén.dol] | چيندول

Definisi : /céndol/ minuman spt bubur yg isinya panjang-panjang dibuat drpd tepung beras dan dimakan dgn santan bercampur air gula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cendol


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jika kita ingin menamakan sesebuah gerai seperti; Aiman Cendol atau Cendol Aiman, yang mana satukah adalah betul? Terima kasih

Puan Siti Nabilah,

Berdasarkan Hukum D-M dalam bahasa Melayu, iaitu yang diterangkan dan yang menerangkan  struktur yang betul ialah Cendol Aiman.

 

Tatabahasa31.05.2010
Kaka membelanjai adik makan (mi goreng) dan (cendol durian)di (Restoran Enak) Dalam ayat ini ada kesalahan tak?Jawapan yang betul ialah, "Kakak membelanjai adik makan mi goreng dan cendol durian di Restoran Enak".Lain-lain22.03.2022
KINI DI BUKA LIGHT & EASY CAFE 7.00 AM - 7.00 PM NO 9, JALAN BOLING PADANG G 13/G SEKSYEN 13, 40100 SHAH ALAM NASI LEMAK + KOPI/ TEA O LAKSA IKAN SEKOQ + CENDOL/ ABC KARIPAP CHEESE TELURUntuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain22.01.2015

Kembali ke atas