Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnak ungka terbang cepat, Anak kedidi berjalan sedepa; Bukan senang mencari sahabat, Sahabat berbudi sukar dijumpa.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itikbawah rumah, Main budak cepat berlari; Oi, encik orang di rumah, Terima tidak kami ke sini.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik bawah rumah, Main budak cepat berlari; Oh encik orang di rumah, Terima tidak saya ke mari.
Kurik Kundi Merah SagaKalau berjalan terasa lambat, Kalau berlari terasa cepat; Jangan kita suka mengumpat, Rugi di dunia di akhirat tak dapat.
Kurik Kundi Merah SagaAnak sepat sudah melompat, Ikan limbat melata-lata; Kalau cepat tentulah dapat, Kalau terlambat putihlah mata.
Kurik Kundi Merah SagaIkan sepat mudik ke hulu, Ikan haruan putih dadanya; Siapa cepat dapat dahulu, Siapa kemudian putih matanya.
Kurik Kundi Merah SagaIkan sepat mudik ke hulu, Anak haruan putih dada; Siapa cepat dapat dahulu, Siapa kemudian putih mata.
Kurik Kundi Merah SagaAnak sepat mudik ke hulu, Anak haruan putih dadanya; Siapa cepat dapat dahulu, Siapa kemudian putih matanya.
Kurik Kundi Merah SagaSaya nak berumah di paya, Ada lintah kerap buang; Saya nak berbini janda, Ada perintah cepat buang.

Kembali ke atas