Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cepat;

Puisi
 

Anak itikbawah rumah,
     Main budak cepat berlari;
Oi,
     encik orang di rumah,
Terima tidak kami ke sini.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Cepat kaki ringan tangan.

Bermaksud :

Rajin dan giat.

 

Lihat selanjutnya...(24)

169

The early bird catches the worm

Yang cepat atau yang sampai dahulu akan beroleh keuntungan

Siapa cepat dia dapat

There were only five free expensive gifts to be grabbed. So, in order to not miss the opportunity, please come early. Remember that the early bird catches the worm, and whose who late will be disappointed.

Hanya lima hadiah percuma yang mahal untuk direbut. Jadi, supaya tidak terlepas peluang, datanglah awal-awal. Ingat siapa cepat dia dapat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(19)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
a)Berkawan-kawan burung berterbangan di udara. b)Kami lalu di jalan itu supaya cepat-cepat sampai. adakah kedua-dua ayat ini betul? sila beri penjelasan, thanks.A) Berkawan-kawan burung berterbangan di udara. Ayat ini tidak gramatis, ayat yang betul ialah burung berkawan-kawan terbang di udara.
B) Kami lalu di jalan itu supaya cepat-cepat sampai. Ayat ini juga tidak gramatis, kami melalui jalan itu supaya cepat sampai.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa01.08.2013
apakah maksud `cepat tangan , cepat kaki`Cepat tangan bermaksud suka mencuri. Cepat kaki bermaksud pantas berjalan. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 267.Makna13.03.2008
apakah maksud `cepat tangan ,cepat kaki`.Cepat tangan bermaksud suka mencuri. Cepat kaki bermaksud pantas berjalan. Makna13.03.2008
Apakah perbezaan antara pantas, cepat, ligat, cepat dan deras? Terima kasihPerkataan cepat, laju dan pantas membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun dari segi penggunaan adakalanya terdapat perbezaan penggunaan.

Sila perhatikan contoh ayat tersebut;

a. Peserta-peserta sedang berlari pantas untuk memenangi acara lumba lari 200 meter.
b. Ali memandu kereta dengan laju.
c. Rumah itu hanyut kerana arus yang deras.
d. "Umaimah, buka pintu cepat!" Suara Ubaidillah melaung memanggil Umaimah.
e. Matanya bulat memandang kipas yang berputar ligat di atas meja.
Tatabahasa12.12.2013
sila beritahu penggunaan cepat dan pantas.contohnya, berjalan dengan pantas atau berjalan dengan cepat. Membuat kerja dengan cepat atau membuat kerja dengan pantas.Yang mana satu ayat betul?

Cepat ialah 1. laju, deras, kencang, pantas (bkn gerakan, waktu, kejadian, dll): langkahnya makin ~; jentera tersebut berpusing dgn ~nya; ~ sekali berakhirnya pertunjukan itu; 2. lebih lekas atau terdahulu (bkn jam): jam ini ~ empat minit; 3. lekas, segera: dia yg ~ sekali pergi ke sekolah; ~ bangun pagi; ~ kaki pantas berjalan; ~ kaki, ringan tangan pantas dan rajin bekerja dll; ~ kiri kidal; ~ lidah (mulut, muncung, paruh) mudah mengeluarkan perkataan dgn tidak difikirkan lebih dahulu; ~ marah lekas marah;~ sigap pantas atau tangkas (perbuatan dll); ~ tangan suka mencuri; ~ tangan terjembakan, ~ kaki terlangkahkan, ~ mulut terkatakan prb jika melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan buruk baiknya, boleh mendatangkan kesusahan;

Pantas pula bermaksud 1. cepat, kencang, lekas: ia menarik nafas dgn ~ dan kuat; langkahnya ~ dan pendek-pendek; 2. cekap, cekatan, mahir, tangkas: Bakhtiar lebih ~ bekerja drpd dia; mereka lebih pandai, lebih cekap, lebih ~ daripadanya; ~ mulut pandai (bijak) bercakap; ~ pangus sl cepat dan cekap; ~ tangan panjang tangan, suka mencuri;

Oleh itu, frasa berjalan dengan cepat/pantas atau membuat kerja dengan cepat/pantas betul dan boleh digunakan.

Lain-lain10.07.2010
sila tutup dengan perlahan-lahan sila tutup dengan perlahan antara dua ayat ini yang mana 1 betul dan diterima oleh pihak dbpPerlahan bermaksud = perlahan-lahan 1. tidak terburu-buru (tergesa-gesa, cepat-cepat), lambat-lambat: ia berjalan sangat ~ spt tiada berdaya lakunya; setiap pelukis mestilah belajar melukis dan kemudian perlahan-lahan meningkat naik hingga menjadi pelukis yg terkemuka; 2. tidak kuat (percakapan, suara), lembut: cakaplah perlahan-lahan sedikit supaya tidak didengar orang; 3. tidak dgn tenaga yg banyak, tidak kuat-kuat, sedikit-sedikit: meriam itu ditarik perlahan-lahan; Oleh itu, kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan.Lain-lain01.10.2010
Salam sejahtera. Adakah ejaan "berambus" sudah tidak boleh digunakan dan perlu digantikan dengan "berhambus"?

Dalam Kamus Dewanberambus memberi makna nyah; pergi: ~ engkau dr sini! Manakala berhambus pula bermakna menghambus bp pergi­lah, nyahlah: biarkan dia ~; pergi ~ dr sini; menghambuslah engkau cepat-cepat. Oleh itu, perkataan berambus dan berhambus memberi maksud yang sama. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan yang baku ialah berambus, manakala berhambus ialah bahasa percakapan.  

Istilah09.11.2020
Pergolakan di Indonesia belakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah untuk mengikutinya A sejak belakang ini bergerak sangat laju B belakangan ini bergerak amat cepat C sejak belakangan ini berjalan dengan pantas D belakangan ini berjalan sangat cepat munsyi, apakah jawaban yang sesuai. TQ Ada di antara mereka yang inginkan kekayaan dengan cara cepat, mudah terpedaya oleh tipu helahnya. munsyi, adakah inginkan betul dalam ayat ini? TQ1. Jawapan yang betul ialah: D belakangan ini berjalan sangat cepat

2. Perkataan "inginkan" adalah salah dalam ayat yang diberikan. Kata kerja yang menerima akhiran -kan tanpa awalan wujud dalam dua jenis ayat sahaja, iaitu;

i. dalam ayat pasif bagi kata ganti diri nama orang pertama dan orang kedua, contohnya:
   Rencana-rencana itu saya bukukan.
   Rumah itu kami dirikan bersama-sama.

ii. dalam ayat suruhan, contohnya:
    Tolong padamkan lampu itu.
    Harap matikan enjin kereta anda.   
  

Tatabahasa25.03.2012
Pergolakan di Indonesia belakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah untuk mengikutinya A sejak belakang ini bergerak sangat laju B belakangan ini bergerak amat cepat C sejak belakangan ini berjalan dengan pantas D belakangan ini berjalan sangat cepat munsyi, apakah jawaban yang paling sesuai dalam ayat ini? TKMerujuk Kamus Dewan, ayat "Pergolakan di Indonesia belakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah untuk mengikutinya" digunakan kerana berjalan juga boleh merujuk perkembangan sesuatu peristiwa.Tatabahasa15.05.2012
Salam...yang mana yang betul... Saya mendoakan agar ibunya cepat sihat. atau... Saya mendoakan ibunya agar cepat sihat. Kenapa jawapan itu sebegitu.Ayat yang betul ialah "Saya mendoakan ibunya agar cepat sihat." Kata kerja transitif "mendoakan" mesti diikuti oleh objek, iaitu ibunya.Tatabahasa05.09.2013
12345678910...

Kembali ke atas