Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cer.di/] | چرديق

Definisi : 1. dapat mengerti dgn cepat, berakal, pandai: Ali seorang pelajar yg ~; 2. banyak akal, licik, tahu tipu muslihat, pandai putar belit; ~ buruk (busuk) pandai (suka) menipu; ~ pandai (cendekia) (orang) cerdik lagi pandai, (orang) terpelajar; ~ bagai ekor kerbau prb orang yg melakukan sesuatu yg bodoh dan merugikan diri sendiri; kalau hutang akan berbayaran juga, tidak guna orang ~ pandai prb orang yg cerdik itu dapat mempertahankan yg salah menjadi benar (yg buruk menjadi baik); siapa ~ tinggi naik, siapa calak menang berhitung prb orang yg pandai bercakap putar belit akhirnya dipercayai juga cakapnya; secerdik-cerdik bagaimana (betapa) cerdik sekalipun: ~ dia, akhirnya tertipu juga; mencerdikkan 1. menjadikan (seseorang) cerdik, memandaikan: ilmu tidak turun dr langit utk ~ insan; 2. menjadikan sistem komputer lebih canggih dan cekap: kajian lanjut perlu dilakukan utk ~ komputer supaya dapat memahami bahasa; kecerdikan 1. kepintaran, kepandaian; 2. kecurangan, kelicikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cer.di/] | چرديق

Definisi : 1 lekas mengerti dan pandai mencari akal; berakal; pintar: Anak-anak yg ~ telah dpt melompat darjah. 2 banyak tipu muslihatnya; pandai berputar belit; licin; licik: Orang lurus makanan orang ~. ~ buruk pandai atau suka menipu. ~ pandai (orang yg) cerdik lagi pandai; (orang yg) terpelajar; cendekia. mencerdikkan menjadikan seseorang cerdik: Kita hendaklah berusaha menuntut ilmu kerana ilmu tidak turun dr langit utk ~ insan. kecerdikan 1 sifat atau keadaan cerdik; kepintaran. 2 sifat atau keadaan pandai menipu; kelicinan. secerdik-cerdik bagaimana cerdik sekalipun: ~ dia, akhirnya tertipu juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerdik

Puisi
 

Anak anjing dua beradik,
     Satu bodoh satu cerdik;
Saya umpama teras yang baik,
     Tahan berjemur di panas terik.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Cerdik bagai ekor kerbau.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu pekerjaan yang merugikan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kuzai Mohd Oct 27th, 10:53am assalamualaikum dan selamat pagi ingin bertanya bolehkah pihak tuan/puan menerangkan perkataan ini beserta contoh Pandai / bijak / cerdik tq]Waalaikummusalam, Tuan/Puan, Ketiga-tiga perkataan ini memberi makna yang sama. Pandai membawa maksud orang yang cerdik, pintar, terpelajar, bijak, cekap dan mahir. Bijak juga membawa maksud pandai, cerdik, pintar dan pandai bercakap. Manakala, cerdik membawa makdus dapat mengerti dengan cepat, berakal, pandai, banyak akal, licik dan tahu tipu muslihat. Misalnya, "adik pandai dalam matematik", "Kamal bijak dalam menyelesaikan soalan teka teki" dan "Sang Kancil cerdik dalam melepaskan diri daripada buaya".Makna27.10.2015
mencari seerti perkataan : (1)Benci, (2)kandang kuda, (3)cerdik pandai, (4)sifar, (5)merajuk, (6)kena seksa.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan seerti bagi perkataan-perkataan tersebut ialah; benci=tidak suka. Kandang kuda=bangsal kuda. Cerdik pandai= dapat mengerti dgn cepat, cerdik, pintar. Sifar=(angka) kosong. Merajuk= menunjukkan rasa tidak suka. Kena seksa= kesengsaraan (kesusahan, kesakitan, dll) atau kena dera. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan untuk pengetahuan saudara/ saudari, kami tidak menjawab sebarang soalan yang berbentuk teka silang kata. Harap maklum.Makna27.10.2007
Ungkapan cerdik pandai, hamba abdi, ilmu pengetahuan dan sebagainya dianggap sebagai kelewahan yang dibenarkan. Berdasarkan ungkapan ini, mungkinkah ungkapan inti sari, isi kandungan, mara ke hadapan dan yang seumpamanya dikategorikan sebagai kelewahan yang dibenarkan? Terima kasih.Ungkapan cerdik pandai, hamba abdi, ilmu pengetahuan, inti sari dan sebagainya telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Tidak ada penerangan tentang kelewahan yang dibenarkan dalam buku Tatabahasa Dewan. Secara prinsipnya kelewahan bukanlah suatu kesalahan tetapi unsur yang berlebih-lebihan. Contohnya kata terbitan diperbuat  yang dianggap lewah bagi dibuat.Tatabahasa29.05.2012
Cadangan nama tadika 1. Tadika Dai Cilik 2. Tadika Dai Pintar 3. Tadika Dai Cerdik 4. Tadika Daie CilikEjaan yang betul ialah "dai", Tadika Dai Cilik, Tadika Dai Pintar, Tadika Dai Cerdik boleh digunakan.Tatabahasa03.11.2015
APAKAH PERBEZAAN ANTARA BIJAK DENGAN BIJAKSANA???Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, bijak bermaksud pandai, cerdik. Bijaksana pula bermakna berakal budi, arif, pandai. Untuk keterangan lanjut dan mnegetahui makna perkataan sila rujuk Kamus Dewan.Makna03.09.2008
makna perkataan PINTARMenurut Kamus Dewan Edisi ke-4, pintar bermaksud cekap, pandai, banyak akal dan cerdik.Makna20.02.2009
Nadia cepat memahami dan menguasai apa-apa sahaja yang diajar oleh guru-gurunya. adalah petikan di atas menunjukkan peribahasa otak cair? atau tajam akal atau peribahasa lain yang sesuai? terima kasih. selamat berpuasaDalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, otak cair bermaksud cepat menangkap pelajaran dan sebagainya yang diajarkan; cerdik.

Manakala tajam akal pula ialah cerdik; pandai.

Berdasarkan takrifan tersebut, peribahasa yang sesuai ialah otak cair.
Tatabahasa23.07.2014
Otak budak itu "cerah" dan pintar dalam pelajaran. adakah perkataan cerah sesuai digunakan dalam ayat ini?Mengikut Kamus Dewan, kata “cerah” mempunyai makna kiasan untuk berakal, cerdik, contoh ayat:  Mujurlah Abang Mat  cerah sikit. Makna15.04.2014
Apakah yang dimaksudkan dengan otak cair dan kecairan maklumat?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, otak cair bermaksud cepat menangkap pelajaran dan sebagainya yang diajarkan; cerdik.Makna26.04.2012
Saya mahu bertanya berkenaan selepas tanda seru, huruf pertama perlu besar atau kecil? Contoh: 1) Lari! Lari! Ular hitam! Ada ular hitam! 2) Hai kawan-kawanku semua! kita binatang yang gagah dan cerdik. (Perkataan 'kita' perlu huruf besar atau huruf kecil?)1. Selepas tanda seru perlu huruf besar.
2. Jika perkataan "Kita" terletak pada awal ayat, ia perlu ditulis dengan huruf besar. Jika ia terletak pada tengah ayat, ia perlu huruf kecil.
Lain-lain11.06.2021
1234

Kembali ke atas