DONGENG | Dongeng ialah cereka rekaan yang mengajar tentang moral. Dalam kebanyakan dongeng, satu atau lebih watak utama merupakan haiwan, pokok, atau benda yang bercakap dan bertindak seperti manusia. Dongeng boleh disampaikan sama ada dalam bentuk prosa ataupun puisi. Dalam kebanyakan dongeng, pengajarannya disimpulkan pada penghujung cerita dalam bentuk bidalan. | UMUM | |
SIMENON, GEORGES | Simenon, Georges (1903–1989) ialah pengarang kelahiran Belgium yang mencipta watak cereka detektif, Jules Maigret, yang berpangkat inspektor dalam pasukan polis Paris. Simenon menulis sebanyak 102 novel dan cerpen yang sesuai dengan watak Maigret. | UMUM | |
DIDEROT, DENNIS | Diderot, Dennis (1713–1784) ialah ahli falsafah Perancis yang ulung dalam gerakan intelektual yang dikenali sebagai Zaman Ketaakulan. Karyanya melampaui bidang falsafah dan termasuklah bidang cereka, drama, seni dan kritikan sastera. | UMUM | |
MORRISON, TONI | Morrison, Toni (1931– ), penulis novel wanita kulit hitam Amerika yang menerima Hadiah Nobel pada tahun 1993 bagi bidang kesusasteraan. Dia juga telah memenangi Hadiah Pulitzer 1988 untuk cereka melalui novelnya Beloved (1987). Novel tersebut menceritakan kisah seorang bekas hamba yang dihantui oleh kenangan hidupnya sebagai seorang hamba dan bayinya yang telah dibunuh untuk menyelamatkannya daripada mengalami nasib yang sama. Beloved mempamerkan gaya liriknya, gambaran watak yang jelas, dan kebolehannya untuk membuat pembaca menerima perkara yang luar biasa sebagai benar. Kemahirannya menggunakan bahasa menjadikannya salah seorang penulis Amerika yang terbaik bagi tahun 1900-an. | UMUM | |
GRES | GRES, kumpulan 17 cerpen karya Putu Wijaya. Kumpulan cerpen ini diterbitkan oleh Balai Pustaka, Jakarta pada tahun 1982. Cerpen yang terhimpun dalam kumpulan ini memperlihatkan suatu kecenderungan baharu dalam penampilan karya-karya Putu Wijaya iaitu jagat raya realiti yang berbaur dengan jagat impian yang saling menyatu dan amat sukar untuk melihat batas pemisahnya. Dari sudut ini, cerpen Putu Wijaya harus dirujuk pada hakikat cereka sebagai lojik cereka bahawa realitinya adalah realiti imaginatif. | SASTERA | Karya |
MURASAKI SHIKIBU | Murasaki Shikibu (975? M.–1031? M.), juga dikenal sebagai Lady Murasaki, penulis kesusasteraan awal Jepun yang amat terkenal. Novel Shikibu yang panjang, The Tale of Genji dianggap sebagai karya yang hebat dalam cereka Jepun. | UMUM | |
NOVELET | NOVELET, satu bentuk cereka prosa atau panjang. Dalam kesusasteraan Melayu mahupun Indonesia istilah novelet ini dikenali juga dengan ‘novela’. Bentuk nevelet ini lebih panjang daripada bentuk cerpen tetapi lebih pendek daripada bentuk novel. Pada lazimnya jumlah perkataan yang membentuk sesebuah novelet itu adalah sekitar 20 000 hingga 40 000 perkataan. Dalam hal ini mungkin juga terdapat beberapa buah novelet yang mengandungi kurang daripada 20 000 perkataan, namun masih dapat digolongkan ke dalam bentuk novelet iaitu berdasarkan pengungkapan dan pengolahan watak atau watak-wataknya yang ternyata lebih kompleks berbanding dengan pengungkapan dan pengolahan dalam bentuk cerpen. | SASTERA | Penerbitan |
NOVEL REMAJA | NOVEL REMAJA, karya sastera genre prosa untuk bacaan remaja dalam lingkungan usia 13 hingga 20 tahun. Novel remaja mempunyai ketebalan antara 120 hingga 200 halaman. Seperti novel kanak-kanak, novel remaja juga menampilkan tema pengembaraan atau adventur, keluarga, sejarah, fantasi, cereka sains, kegamaan, muhibah, penyiasatan atau detektif, kerjaya, dunia pelajar, seram, biografi dan autobiografi. | SASTERA | Penerbitan |
BIDIN SUBARI | BIDIN SUBARI (1937- ), penulis, pelakon dan pengarah drama. Dia lahir pada 9 Disember 1937 di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dia juga menggunakan nama pena Malina Manja. Dia mendapat pendidikan hingga Darjah Tujuh di Sekolah Raja Muda, Kampung Baru dan di Sekolah Teknik, Kuala Lumpur. Dia pernah bertugas sebagai guru Training Under Other Scheme (TUOS) hingga tahun 1971, penyelia pementasan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) hingga tahun 1976, dan sebagai pereka set hingga tahun 1983. Sejak tahun 1984, dia bertugas di bahagian skrip dan cereka di RTM. | BUDAYA | Tokoh |
TELEVISYEN | Televisyen, juga dikenali sebagai TV, adalah salah satu kaedah komunikasi yang paling penting. Ia membawa gambar dan suara dari seluruh dunia ke berjuta-juta rumah. Komunikasi satelit di angkasa lepas menyiarkan gambar TV merentasi lautan dan benua. Pemilik peti televisyen boleh berada di rumah dan menonton pemimpin negara membuat ucapan atau lawatan ke negara luar. Mereka boleh menyaksikan peperangan yang sedang berlaku dan melihat bagaimana pemimpin kerajaan berusaha untuk mewujudkan keamanan. Melalui TV, penonton dapat melihat dan belajar tentang manusia, haiwan, pelbagai perkara lain dari negara-negara yang jauh. Berjuta-juta manusia di seluruh dunia boleh menonton rancangan sukan, seperti Sukan Olimpik, dan pelbagai peristiwa lain yang menarik di dunia. Televisyen juga membawa penonton keluar dari dunia ini melalui liputan dari penerbangan angkasa. Selain itu, televisyen juga menyediakan pelbagai rancangan tetap yang direka khas untuk menghibur. Sebenarnya, TV menyediakan banyak rancangan hiburan berbanding dengan rancangan lain. Rancangan itu termasuk drama; komedi ringan; siri fiksyen, yang dikenali sebagai drama lipur lara; acara sukan; kartun, kuiz, dan pertunjukan aneka ragam; dan filem cereka. | UMUM | |