Tuan/Puan, Bagi maksud penulisan slogan “Kemas, Selamat, Ceria”, apakah penulisan yang betul? (i) “Kemas, Selamat, Ceria”; atau (ii) Kemas, Selamat, Ceria; atau (iii) Kemas, selamat dan ceria; atau (iv) KEMAS, SELAMAT, CERIA; atau (v) KEMAS, SELAMAT DAN CERIA? Sekian, terima kasih. | Kata hubung boleh ditiadakan dalam penulisan slogan, puan boleh menulis sebagai KEMAS, SELAMAT,CERIA atau KEMAS,SELAMAT DAN CERIA dan boleh juga dalam tulisan huruf kecil. | Tatabahasa | 14.01.2015 |
SAYA NI-AMANEE AWAEKUECHI BELAJAR BAHASA MELAYU DASAR INGIN BERTANYA TENTANG TATA BAHASA APAKAH MAKNA CERIA TERIMA KASIH | Ceria membawa maksud: 1. bersih dan cantik (indah) (ruang atau kawasan tertentu); 2. riang, gembira (perwatakan); 3. menarik (pakaian dll). | Makna | 28.10.2015 |
Salam ceria. Bagaimana hendak tahu karya yang dihantar kepada majalah DBP diterbitkan? Adakah akan ada makluman? Dan berkaitan bayaran, jika diterbitkan bila honorarium akan dapat? (dalam bulan karya diterbtkan atau selepas itu) | | Lain-lain | 02.03.2018 |
Salam ceria... Sila rujuk kepada ayat berikut: Individual holds incremental mindset makes more inferences compared to individual with entity mindset. Saya menghadapi masalah untuk mengenalpasti terjemahan (1) incremental mindset (2) entity mindset Adakah sesuai kalau saya menggunakan penetapan minda perkembangan dan penetapan minda entiti/tetap? Please advise me. Terima kasih. | 1) Dalam data kami tiada padanan khusus bagi istilah "incremental mindset". Walau bagaimanapun, terdapat perkataan incremental yang diterjemahkan kepada tambahan, meningkat dan tokokan manakala mindset diterjemahkan kepada penetapan minda. Oleh itu, kami memcadangkan "incremental mindset" diterjemahkan kepada "penepatan minda tambahan". (2) Dalam data kami, tiada padanan khusus bagi istilah "entity mindset" . Walau bagaimanapun, perkataan "mindset" diterjemahkan kepada penetapan minda manakala "entity" diterjemahkan sebagai enititi. Oleh itu kami mencadangkan "entity mindset" sebagai penetapan minda entiti.
| Istilah | 24.10.2013 |
Salam ceria! Ingin saya bertanya mengenai penggunaan perkataan seperti "abang, adik, ibu(bukan kata nama khas)" dsb dalam penulisan. Perkataan2 spt ini harus ditulis dengan huruf besar atau tidak. misalnya: ".... abang yang menghabiskan makanan itu." sekian, terima kasih. | Dalam penulisan, huruf besar digunakan hanya bagi: 1. Permulaan ayat 2. Huruf pertama setiap kata nama khas (nama orang, nama geografi, nama institusi, judul penerbitan dan lain-lain) Oleh sebab kata abang, ibu dan adik adalah kata nama am, maka perkataan tersebut hendaklah ditulis dalam huruf kecil kecuali jika kata tersebut memenuhi syarat (1), iaitu ditulis pada permulaan ayat. | Lain-lain | 08.10.2013 |
Salam ceria, Jalan tegak Jalan lurus Yang manakah betul penggunaan kata adjektif untuk jalan? | Jalan lurus. Harap maklum. | Tatabahasa | 14.07.2008 |
Tuan,berapakah suku kata perkataan di bawah?Terima kasih. 1)ceria 2)kaloi | Perkataan "ceria" mempunyai tiga suku kata manakala "kaloi" mempunyai dua suku kata. | Tatabahasa | 19.10.2015 |
Kini didatangkan dalam tiga warna ceria yang mempersona bagi menyerlahkan keperibadian anda. atau kini... mempesona | Kata terbitan yang betul ialah mempesona, Kini didatangkan dalam tiga warna ceria yang mempesona bagi menyerlahkan keperibadian anda. | Tatabahasa | 29.05.2012 |
1. Wajah Puan Raziah (gemerlapan/ceria/gembira/suram) apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang (nyaring/lantang/gagap/merdu). 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pucat/pudar/kelam) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh (elok/cantik/ayu/kaku). | 1. Wajah Puan Raziah ceria apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang lantang. 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pudar) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh elok. | Tatabahasa | 30.07.2008 |
Salam dan selamat sejahtera. Semoga ceria menerima pertanyaan ini. Kami ingin buat semakan sama ada ejaan 'lutsinar' adalah satu perkataan atau dua perkataan (lut sinar)? - sama ada bagi kegunaan istilah atau bukan istilah. Berdasarkan prpm (5/12/12), ia satu perkataan: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=lut+sinar&d=10 Terima kasih atas maklum balas. | Ejaan yang betul ialah lut sinar, kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Ejaan | 19.12.2013 |