Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ci.ca/] | چيچق

Definisi : sj reptilia kecil (badan dan ekornya pan­jang dan kakinya empat), Hemidactylus spp.; ~ kubin a) sj reptilia, Draco volans; b) ki (orang yg) sangat kurus; ~ terbang sj reptilia, Ptychozoon kuhli; spt ~ makan kapur prb a) beroleh malu kerana kesalahannya sendiri; b) bersenang hati (gembira). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci.ca/] | چيچق

Definisi : binatang reptilia yg bentuk badannya seakan-akan biawak tetapi jauh lebih kecil (biasa terdapat di dlm rumah), Hemidactylus spp.. ~ kubin a. nama sj binatang reptilia, Draco volans. b. ki orang yg sangat kurus. ~ terbang nama sj binatang reptilia, Ptychozoon kuhli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cicak

Puisi
 

Anak cicak Kuala Selambah,
     Kuala Selambah molek pagi;
Abang minta adik tak ambuh,
     Adik malas berlaki lagi.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti cicak makan kapur.

Bermaksud :

Beroleh malu dalam suatu majlis kerana kesalahan sendiri; bersenang hati; gembira.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, sebenarnya keserasian dan ketepatan sesuatu istilah itu tidak perlu dijadikan masalah kerana bukan semua istilah asing itu mencapai ketepatan pada maksudnya kerana istilah "dinosaur" dalam bahasa Inggeris juga istilah pinjaman daripada bahasa Greek yang bermaksud "cicak berat", "cicak yang menggerunkan" dan sebagainya. Jadi saya rasa maksud daripada istilah itu juga kemungkinan tidak mencapai maksud asal kerana cicak bukanlah seberat gajah dan tidak pula menggerunkan seperti ular atau singa. Sedangkan bentuk dan ciri jasmani cicak dengan bandingan yang dibuat adalah jauh berbeza. Itu menunjukkan bukan semua istilah bahasa asing itu mencapai ketepatan pada maksud dan bahasanya. Banyak perkataan Melayu yang boleh digunakan untuk menterjemahkan bahasa Inggeris dan kita patut mencipta istilah kita sendiri tanpa meminjam banyak daripada istilah asing. Saya sekali lagi berharap agar pihak DBP dan pakar bahasa Melayu dapat mempertimbangkan segala pendapat dan cadangan saya demi kemajuan, kelestarian dan keaslian bahasa Melayu. Insya ALLAH, amin.Kami ambil maklum cadangan dan pandangan tuan. Perkara ini akan dipanjangkan untuk makluman pihak yang berwenang di Bahagian Peristilahan dan Leksikologi serta Bahagian Perkamusan DBP.Lain-lain16.11.2015
Makna Peribahasa: (1) Cicak Makan Kapur (2) Belanda Kesiangan. Yang mana Satu betul bagi singkatan Yang Berhormat. YB. atau Y.B.?

1. Peribahasa cicak makan kapur bermaksud 'Beroleh malu dalam suatu majlis kerana kesalahan sendiri'.

2. Peribahasa belanda kesiangan bermaksud 'Orang yang bertingkah laku seperti orang putih'.

3. Ejaan/singkatan yang betul ialah YB

Tatabahasa27.01.2011
Adakah gecko dan lizard mempunyai padanan berbeza dalam bahasa Melayu? Atau adakah kedua-duanya dipadankan dengan istilah cicak? Bolehkah saya memadankan gecko dengan geko/gekok memandangkan istilah gecko dalam bahasa Inggeris memang berasal daripada perkataan geko/gekok dalam bahasa melayu. (Sumber: https://www.jstor.org/stable/592299?seq=1#page_scan_tab_contents)Dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan, kedua-dua reptilia ini diterjemahkan kepada cicak, walaupun ada perbezaan dari segi fizikal dan ciri haiwan tersebut.Lain-lain03.04.2018
Bolehkah kita menggunakan "walaupun'dan 'tetapi' dalam satu ayat yang sama? Apakah perkataan yang sesuai untu bunyi cicak dan kapal terbang? Sekian terima kasih.

'Walaupun' ialah kata hubung pancangan keterangan, manakala 'tetapi' ialah kata hubung gabungan.  Mengikut tatabahasa, kedua-dua kata hubung ini tidak boleh digunakan dalam satu ayat kerana terdiri daripada klausa tidak bebas.

Perkataan yang sesuai untuk menerangkan bunyi cicak ialah kecap atau mengecap. Tiada perkataan yang khusus untuk menerangkan bunyi kapal terbang, tetapi boleh menggunakan perkataan gemuruh/bergemuruh, dengung/berdengung untuk menerangkan bunyi kapal terbang.

Tatabahasa06.01.2011
apakah definisi menjana wang?

Saudara,

Makna jana adalah seperti yang berikut: 1. hidup; 2. nyawa; ~-bijana tempat lahir; menjanakan menghasilkan, mengadakan, melahirkan, mengeluarkan: ~ kuasa elektrik; peranan yg dimainkan oleh sektor pertanian dlm ~ pendapatan dan guna tenaga; terjana terbina, terjadi, telah diadakan, ter­hasil; penjanaan perbuatan (tindakan dsb) men­janakan atau menghasilkan sesuatu: cawang­an perusahaan ini meliputi segala kegiatan yg berkaitan dgn ~, pengasingan, atau pem­bersihan berbagai-bagai bahan kuasa; putaran sistem ini telah menyebabkan ~ dan pemusnahan alam kejasmanian; ~ semula (Bio) pembentukan semula tisu atau organ yg tercedera (rosak) pd tumbuhan atau hai­wan, mis pembentukan semula ekor cicak yg telah putus; penjana sesuatu (alat dll) yg atau utk men­janakan (kuasa dll): alat ini mempunyai se­buah ~ haba serta saluran cecair ammonia.

Oleh  yang demikian, menjana wang bermaksud  bermaksud menghasilkan wang. 

 
  
Makna13.10.2010

Kembali ke atas