Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[con.dong] | چوندوڠ

Definisi : 1. senget (miring) ke sebelah, tidak tegak lurus, cenderung: palung ialah pancur ~ tempat mengalirnya bijih timah; matahari ~ (ke barat) matahari sudah turun; 2. ki suka pd, menyebelahi (memihak) kpd, cenderung: dia ialah sasterawan yg lebih ~ kpd faham kebangsaan tidak fanatik; ~ yg akan menongkat, rebah yg akan menegakkan Mn prb ketua yg akan membantu rakyatnya (anak buahnya) kalau mereka dlm kesusahan; ~ ditumpil, lemah dianduh Mn prb orang yg dlm kesusahan wang (akal dll) diberi pertolongan; ~ yg akan menimpa Mn prb pekerjaan yg mendatangkan celaka; ke mana ~, ke mana rebah Mn prb pekerjaan yg sudah dilakukan sebagaimana yg seharus­nya atau menurut adat; mencondong menjadi condong: meriam besi itu ~ ke arah baruh; mencondongkan memiringkan, menyen­getkan, mencenderungkan: ia ~ badannya ke arah aku; ~ hatinya kpd ki memihak kpd, (menyebelahi) mengarahkan minat (hati) kpd; tercondong condong; kecondongan 1. perihal atau keadaan condong (tidak tegak lurus, senget ke sebelah): ~ tiang elektrik itu semakin teruk; 2. kecen­derungan, minat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[con.dong] | چوندوڠ

Definisi : 1 tidak tegak betul; senget ke sebelah: Tiang bendera itu ~ sedikit. 2 ki suka (kpd); memihak (kpd); cenderung: Dia lebih ~ kpd permainan drpd pelajaran. mencondongkan membuat supaya condong; menjadikan condong: Dia ~ badannya ke depan. kecondongan keadaan condong: Kedua-dua garis yg telah anda lukis mempunyai ~ yg berbeza. pencondongan perbuatan atau hal mencondongkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata condong

Puisi
 

Bukan saja condong ke dulang,
     Saya tak mahu condong ke desa;
Biar saya berputih tulang,
     Saya tak mahu berputih mata.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Condong yang akan menimpa.

Bermaksud :

Perbuatan yang sangat membahayakan.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENARA CONDONG PISA

Menara Condong Pisa ialah sebuah menara

loceng yang terletak di Pisa, Itali. Strukturnya

terkenal kerana kecondongannya sebanyak 4.4

meter daripada garisan asal apabila diukur daripada

tingkat ketujuh. Menara ini condong kerana tapak

asasnya telah dibina di atas tanah yang tidak stabil.

Pembinaan menara berkenaan bermula pada tahun

1173 dan telah disiapkan antara tahun 1360 dan

1370. Tanah di bawah menara berkenaan mula

terbenam selepas tiga tingkat pertama siap dibina.

Menara berkenaan ditutup pada awal tahun 1990-an

bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dilakukan

dengan segera.

UMUM 
SATAH CONDONG

Satah condong ialah peranti yang digunakan

untuk mengangkat beban berat menggunakan

daya yang agak kecil. Contohnya, menolak beban

menaiki tanjakan ke atas sebuah pelantar

memerlukan kurang daya daripada mengangkat

beban ke atas pelantar, kerana beban bergerak

lebih jauh. Katakanlah pelantar itu tingginya 3 ½

meter, tanjakan panjangnya 14 meter dan beban

adalah sebuah tong 200 kilogram. Kerja yang

diperlukan untuk mengangkat tong itu ke atas

pelantar bersamaan dengan beban didarabkan

dengan ketinggian, atau 200 x 3½, yang

bersamaan dengan 700 kilogram daya-meter (atau

6860 newton-meter). Tetapi jika beban itu

digolekkan menaiki tanjakan, daya yang

diperlukan adalah:

Daya = beban x ketinggian atau F =200 x 3½ = 50 kilogram

______________- ____________- daya

jarak 14

Walaupun satah condong mengurangkan daya,

amaun kerja yang dilakukan tetap 700 kilogram

daya-meter (50 x 14). Satah condong adalah satu

daripada enam mesin mudah (lihat Mesin [Enam

mesin mudah]).

UMUM 
METER CONDONG

Meter condong ialah peranti untuk mengukur

sudut yang terbentuk satah ufuk. Meter ini mungkin

merupakan jarum bermagnet yang digunakan untuk

mengukur sudut di antara satah dengan medan

magnet bumi, ataupun peranti mekanikal untuk

mengukur sudut yang dibuat oleh pesawat udara.

UMUM 
SKRU

Skru ialah satah condong yang berpilin di

sekeliling acinya. Skru adalah satu daripada enam

mesin ringkas yang dicipta pada zaman purba. Lima

lagi adalah tuas, roda dan gandar, rapi, satah

condong dan baji. Lihat Mesin (Enam mesin ringkas).

UMUM 
PISA

Pisa (pend. 104 334 ) ialah bandar lama di Itali

yang terkenal kerana menara loceng marmar (lihat

Menara Condong Pisa ).

UMUM 
SENI KHAT

Seni khat ialah seni tulisan huruf Jawi yang

mengandungi nilai keindahan dan gaya estetik.

Seni khat dibentuk menjadi memanjang,

memendek, membulat, membujur, merentang,

menegak, bersegi, condong dan sebagainya. Ayat-

ayat al-Qur’an, hadith-hadith nabi dan kata-kata

hikmat sering kali dipetik dan dijadikan penulisan

khat. Keindahan seni khat bukan sahaja

dirakamkan atas kertas seperti tulisan al-Qur’an,

kitab dan surat tetapi juga atas kain, kulit, logam,

tembikar, kaca, batu nisan, kayu, mimbar,

mahkota dan plastik. Seni khat ini boleh

dirakamkan dalam bentuk sulaman, anyaman,

tekatan, lukisan, dan sebagainya. Penemuan

terawal seni khat di Malaysia ialah yang terdapat

pada batu bersurat Terengganu pada tahun 1303.

UMUM 
PUSAT GRAVITI

Pusat graviti ialah titik pada sesuatu objek di

mana daya graviti kelihatan bertindak. Jika sesuatu

objek digantung dari mana-mana titik pada garis

tegak yang melalui pusat gravitinya, objek tersebut

akan tetap pegun. Tetapi jika pusat graviti condong

kepada sebelah titik yang di sekelilingnya objek

boleh berputar, objek itu akan berputar mengikut

arah itu.

UMUM 
SOLSTIS

Solstis ialah satu daripada dua ketika yang berlaku

setiap tahun apabila matahari berada pada

kedudukan paling utara atau paling selatan.

Matahari muncul tepat di atas kepala di garisan

lintang yang berubah-ubah sepanjang tahun

disebabkan oleh kecondongan paksi putaran bumi.

Paksi itu condong pada sudut 2327 dari satah orbit

bumi yang mengelilingi matahari. Solstis musim

panas berlaku apabila matahari tiba di titik paling

utara, iaitu tepat di atas kepala di Garisan Sartan

(garisan lintang 2327 utara). Sewaktu solstis musim

sejuk pula, matahari muncul pada kedudukan yang

paling selatan, iaitu tepat di atas kepala di Garisan

Jadi (garis lintang 2327 selatan).

UMUM 
CERUN

Cerun, permukaan bumi yang condong yang dapat dinyatakan mengikut  sudut kecondongan dalam darjah atau peratusan. Terdapat beberapa jenis cerun, seperti cerun bukit, cerun gunung, dan cerun lurah sungai.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
PRRIPRRI, pemerintahan yang dibentuk oleh pemimpin politik dan tentera di Sumatera Tengah, Indonesia, pada 15 Februari 1958. PRRI ialah singkatan Pemerintahan Revolusioner Rakyat Indonesia dan diisytiharkan oleh Kolonel Ahmad Husein dengan Sjafruddin Prawiranegara sebagai Perdana Menterinya. PRRI dilancarkan oleh sebab timbulnya rasa tidak puas hati pemerintah daerah terhadap pemerintah pusat. Alasan utama ialah ketidakadilan dari segi pengagihan sumber kewangan yang diberikan oleh pemerintah pusat kepada daerah. Pihak daerah telah memberi sumbangan misalnya dari segi hasil eksport yang lebih besar daripada agihan yang diperuntukkan oleh pusat kepada daerah. Mereka juga menuntut supaya diperluaskan hak autonomi daerah. Tambahan pula, Presiden Sukarno semakin condong kepada Parti Komunis Indonesia (PKI). Hal inilah yang mendorong daerah untuk melepaskan diri daripada pemerintah pusat.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep

Kembali ke atas