Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[con.dong] | چوندوڠ

Definisi : 1 tidak tegak betul; senget ke sebelah: Tiang bendera itu ~ sedikit. 2 ki suka (kpd); memihak (kpd); cenderung: Dia lebih ~ kpd permainan drpd pelajaran. mencondongkan membuat supaya condong; menjadikan condong: Dia ~ badannya ke depan. kecondongan keadaan condong: Kedua-dua garis yg telah anda lukis mempunyai ~ yg berbeza. pencondongan perbuatan atau hal mencondongkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[con.dong] | چوندوڠ

Definisi : 1. senget (miring) ke sebelah, tidak tegak lurus, cenderung: palung ialah pancur ~ tempat mengalirnya bijih timah; matahari ~ (ke barat) matahari sudah turun; 2. ki suka pd, menyebelahi (memihak) kpd, cenderung: dia ialah sasterawan yg lebih ~ kpd faham kebangsaan tidak fanatik; ~ yg akan menongkat, rebah yg akan menegakkan Mn prb ketua yg akan membantu rakyatnya (anak buahnya) kalau mereka dlm kesusahan; ~ ditumpil, lemah dianduh Mn prb orang yg dlm kesusahan wang (akal dll) diberi pertolongan; ~ yg akan menimpa Mn prb pekerjaan yg mendatangkan celaka; ke mana ~, ke mana rebah Mn prb pekerjaan yg sudah dilakukan sebagaimana yg seharus­nya atau menurut adat; mencondong menjadi condong: meriam besi itu ~ ke arah baruh; mencondongkan memiringkan, menyen­getkan, mencenderungkan: ia ~ badannya ke arah aku; ~ hatinya kpd ki memihak kpd, (menyebelahi) mengarahkan minat (hati) kpd; tercondong condong; kecondongan 1. perihal atau keadaan condong (tidak tegak lurus, senget ke sebelah): ~ tiang elektrik itu semakin teruk; 2. kecen­derungan, minat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata condong

Puisi
 

Bukan saja condong ke dulang,
     Saya tak mahu condong ke desa;
Biar saya berputih tulang,
     Saya tak mahu berputih mata.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Condong yang akan menimpa.

Bermaksud :

Perbuatan yang sangat membahayakan.

 

Lihat selanjutnya...(9)

Lihat selanjutnya...(1)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
inclined extinctionpemadaman condongGeologiTiadaPemadaman condong: Sejenis pemadaman yang arah getarannya condong ke paksi hablur atau ke arah ira.
camber anglesudut kamberKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSudut condong bahagian atas roda dari garis menegak. Apabila condong arah ke luar disebut kamber positif dan condong arah ke dalam disebut kamber negatif.
italichuruf condongKesenianTiadaBentuk huruf yang condong.
incline raisegohong naik condongKejuruteraanTiadaTerowong condong atau tegak di dalam lombong bawah tanah yang dikorek ke atas untuk menghubungkan satu paras dengan paras lain.
inclined planesatah condongFizikMekanik1 Permukaan satah yang condong pada suatu sudut tertentu terhadap daya atau garis rujukan.. 2 Sejenis mesin berupa satah yang terletak pada suatu sudut tertentu yang dapat mengangkat beban.
slanting strokegurisan condongPentadbiran PerniagaanTiadaGurisan trengkas yang ditulis condong ke kiri atau kanan.
inclined pressjuak condongSukanTiadaSejenis latihan dengan badan berbaring pada bangku condong sambil palang dan beban ditolak secara berulang kali.
king pin inclination anglesudut condong cemat agungKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSudut condong ke dalam cemat agung dari garis tengah tegak sebenar.
slant engineenjin condongKejuruteraan AutomotifTiadaBlok silinder di dalam enjin sebaris yang diletakkan pada kedudukan condong dari satah tegak.
slant engineenjin condongKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBlok silinder dalam enjin sebaris yang diletakkan pada kedudukan condong dari salah tegak.
12345678910...

Kembali ke atas