45

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[con.toh] | چونتوه

Definisi : 1. benda (sebahagian benda-benda) yg sifat-sifatnya (rupa, macam, keadaan) sama dgn semua benda drpd jenisnya, benda yg dapat mewakili benda lain kerana sama sifat­sifatnya: jangan kirim barang itu dahulu, kirim ~nya saja; 2. benda yg lain, benda utk ditiru, model: guru membuat ~ di papan hitam utk murid-murid; 3. acuan, cetakan; 4. perbuatan (kelakuan, hal) yg menjadi teladan: tindak-tanduk guru menjadi ~ bagi murid; mengambil ~ kpd yg sudah, mengambil tuah kpd yg menang prb sesuatu yg hendak ditiru itu biarlah drpd contoh yg telah memberi hasil yg baik; bagaimana ~, begitulah kuihnya prb anak itu menurut sifat atau teladan drpd orang tuanya; mencontoh mengambil jadi contoh, menela­dan, meniru: kelakuan buruk jangan dicontoh; mencontohi 1. membuat sesuatu dgn meng­ikut contoh, mengambil contoh, meniru, meneladani: guru hendaklah dr mula me-nunjukkan tabiat yg baik supaya dapat dicontohi oleh kanak-kanak; kita umat Islam harus ~ keperibadian dan sifat-sifat Nabi Muhammad SAW; 2. ark memberi contoh kpd; mencontohkan 1. mencontoh; 2. = mempercontohkan memberikan sesuatu sbg contoh, menjadikan contoh: masalah ini samalah spt seseorang melihat sebuah rumah yg saya contohkan dahulu; contohan yg menjadi contoh: Hang Tuah memperlihatkan kelakuan ~ melalui perbuatan dan kata-katanya; percontohan 1. benda-benda yg dijadikan contoh (spt barang dagangan dll); nombor ~ nombor contoh (penerbitan, majalah, dll); 2. benda utk ditiru, model: desa ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata contoh

Peribahasa

Bagaimana acuan begitulah kuihnya;
     bagaimana contoh begitulah gubahannya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)

7

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Bagaimana contoh begitulah gubahannya

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana contoh begitulah gubahannya. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
terebe II[t«.Ò«.bE]kata kerjamelastik cengan cara membalingkan sesuatu (contoh kertas, guli, batu dan lain-lain) yang diletakkan di atas getah yang ditegangkan dan dilepaskan pada sasaranKalu nak terebe cicak, pakai getah dengan retaih pon buleh.[kA.lu nA/ t«.Ò«.bE tSi.tSA/ pA.kAj g«.tAh d«.NAn Ò«.tAC pon bu.leh]Kalau hendak melastik cicak guna getah dan kertas pun boleh.
betarin[b«.tA.Òin]kata adjektifberkenaan dengan sesuatu yang melintang di antara bahagian hidung dan bibir contoh, misai, hingus dan lain-lain.Pelakon jahat dulu-dulu misai betarin.[p«.lA.kon dZA.hAt du.lu.du.lu mi.sAj b«.tA.Òin]Pelakon jahat zaman dahulu bermisai melintang.

Kembali ke atas