Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata coronavirus


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah coronavirus dalam bahasa Melayu?Istilah coronavirus dalam bahasa Melayu ialah Koronavirus. Saudari boleh rujuk di laman web  coronavirus&d=28648&#LIHATSINI">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=coronavirus&d=28648&#LIHATSINIIstilah04.05.2020
Diminta pihak tuan memberi jawapan konsisten untuk terjemahan yang betul dan tepat bagi perkataan "coronavirus". Hasil carian di prpm menunjukkan jawapan berbeza dan bercanggah (rujuk https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=coronavirus&d=175768&#LIHATSINI) . Yang manakah istilah B. Melayu yang tepat? - koronavirus - virus korona - coronavirus Dan diharap pihak tuan juga dapat mengemas kini laman supaya istilah yang tidak betul dipadam untuk mengelakkan kekeliruan. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah koronavirus kerana koronavirus ialah kata nama, iaitu nama virus yang ditemui dalam badan haiwan dan manusia. Oleh itu, hukum D-M tidak terpakai dalam perkara ini. Ejaan ini juga berpandukan kepada ejaan coronavirus yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO) dan dieja rapat.

Pihak kami mengambil maklum aduan daripada pihak puan dan akan membuat kemas kini jawapan. 
Istilah16.03.2021
Yang manakah yang sesuai untuk dipadanankan dengan perkataan "outbreak" dalam konteks wabak penyakit? Peletusan atau letusan? Ayat contoh: Peletusan/Letusan wabak penyakit yang disebabkan oleh coronavirus telah memberikan kesan yang besar kepada ekonomi negara.Maksud outbreak menurut Kamus Inggeris Melayu Dewan ialah bermaksud kerebakan peletusan atau wabak dari bidang pertanian, perubatan, veterinar dan perhutanan. Cadangan terjemahan yang sesuai mengikut konteks ayat yang diberikan ialah Peletusan wabak penyakit yang disebabkan oleh koronavirus telah mengakibatkan kesan yang buruk kepada ekonomi Negara.Makna20.03.2020
Salam Sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan COVID-19 dalam bahasa Melayu. Adakah COVID-19 boleh ditulis sebagai Kovid Sembilan Belas dalam penulisan esei? atau pihak tuan ada cadangan yang lebih sesuai. terima kasihSalam sejahtera, Coronavirus disease 2019 (COVID-19) telah diguna pakai secara meluas dalam penulisan atau percakapan sejak wabak ini merebak. Oleh sebab itu, dalam bahasa Melayu perkataan ini dikekalkan agar tidak mengubah maksud asal. Sekian, terima kasih.Pengembangan21.04.2020
1) Kenapa ejaan koronavirus bukan virus korona? Bukankah menyalahi hukum D-M. Berdasarkan laman web prpm ada istilah virus korona. Mengapa tidak gunakan istilah yang sedia ada 2) Apa beza koronavirus dengan virus influenza, virus herpes, virus onkogen dan virus polioma?Ejaan yang betul ialah koronavirus kerana koronavirus ialah kata nama, iaitu nama virus yang ditemui dalam badan haiwan dan manusia. Oleh itu, hukum D-M tidak terpakai dalam perkara ini. Ejaan ini juga berpandukan kepada ejaan coronavirus yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO) dan dieja rapat.Ejaan04.02.2020

Kembali ke atas