Ramalan cuaca menerangkan bahawa cuaca di kebanyakan nnegeri-negeri di Malaysia dilaporkan baik. Betulkah ayat ini ?? | Ayat yang betul ialah " Agensi ramalan cuaca menyatakan bahawa cuaca di kebanyakan negeri di Malaysia berkeadaan baik." | Tatabahasa | 16.07.2013 |
Penggunaan 'ramalan cuaca' ataupun 'tinjauan cuaca' lebih tepat dan kenapa? P/S Ini juga merujuk kepada perbezaan 'forecast' dan 'observation'. | Bergantung pada konteks makna yang dimaksudkan sama ada mengambil makna forecast atau observation. Forecast diterjemahkan kepada ramalan; manakala observation diterjemahkan kepada pencerapan atau tinjauan. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.08.2017 |
1.Cuaca hari itu panas. 2. Cuaca pada hari itu panas. Jawapan 1 atau 2 adalah betul ? Terima kasih.. | Ayat yang gramatis ialah cuaca pada hari itu panas. | Tatabahasa | 22.06.2010 |
keadaan cuaca yang buruk menyebabkan mereka terpaksa membatalkan rancangan untuk mendaki Gunung Jerai. atau keadaan cuaca yang tidak mengizinkan menyebabkan mereka terpaksa membatalkan rancangan untuk mendaki Gunung Jerai. tuan, yang manakah ayat yang lebih sesuai digunakan. TQ | Ayat yang lebih sesuai digunakan ialah 'Keadaan cuaca yang buruk menyebabkan mereka terpaksa membatalkan rancangan untuk mendaki Gunung Jerai.' | Tatabahasa | 15.08.2011 |
Adakah ayat berikut gramatis? 1. Kita mesti banyak minum air kerana cuaca panas. 2. Kita mesti minum banyak air kerana cuaca panas. Adakah kata kerja mesti diikuti dengan kata nama? Terima kasih jawapan pihak anda. | Ayat yang gramatis ialah "Kita mesti minum banyak air kerana cuaca panas". Berdasarkan contoh ayat yang diberikan kata kerja mestilah diikuti dengan kata nama. | Tatabahasa | 20.11.2019 |
I) Cuaca hari itu redup dan suram kerana hendak hujan. II) Kakak pulang dari tempat kerja dengan wajah yang suram. III) Suasana di tanah perkuburan itu kelihatan suram sekali. IV) Adik berasa suram kerana permainannya yang baru dibeli oleh ayah telah hilang. (Yang manakah ayat yang betul penggunaan perkataan 'suram') | Keempat-empat ayat yang menggunakan perkataan suram boleh diterima. Ayat yang paling gramatis ialah ayat kedua dan ketiga. | Tatabahasa | 23.07.2013 |
KAMI AKAN ADAKAN FORUM IKLIM KEBANGSAAN DENGAN TEMA "SIAGA TENGKUJUH, PEDULI CUACA". SAYA INGIN MEMOHON PANDANGAN DARI PIHAK DBP PENGGUNAAN TEMA TERSEBUT. SEKIAN, TERIMA KASIH | Penggunaan perkataan SIAGA TENGKUJUH, PEDULI CUACA tidak tepat. Penggunaan yang paling tepat ialah SIAGA MENGHADAPI TENGKUJUH, PEDULI AKAN CUACA. | Lain-lain | 14.09.2018 |
Cuaca panas terik yang sedang dialami sekarang dijangka berterusan sampai ke bulan Ogos. Ayat ini mengandungi kesalahan. Apakah kesalahannya? Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah: Cuaca panas terik yang sedang dialami sekarang dijangka berterusan hingga bulan Ogos. | Tatabahasa | 17.02.2012 |
Dalam situasi apakah perkataan "suram","kelam" dan "kusam" patut digunakan agar tidak salah dari segi bahasa. Sila berikan contoh ayat. Terima kasih. | 1. Perkataan "suram dan kelam" digunakan dalam konteks cuaca. Contoh ayat: Cuaca hari ini kelihatan suram /kelam. 2. Perkataan "kusam/pudar" digunakan dalam konteks logam. Contoh ayat: Dulang tembaga ini kelihatan kusam/pudar.
| Tatabahasa | 21.05.2015 |
Saya bermandi peluh kerana " matahari panas terik " atau " cuaca panas terik " ? terima kasih. | Yang betul ialah Saya bermandi peluh kerana cuaca panas terik. | Tatabahasa | 07.06.2010 |