Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ka] | چوک

Definisi : cairan yg masam rasanya (biasanya dibuat drpd nira kabung, nyiur, dll); ~ belanda cuka yg dibuat drpd anggur dll melalui proses kimia, asid asetik; ~ getah asid utk membekukan getah, asid formik; ~ jawa cuka yg dibuat drpd nira; minum ~ pagi hari = ~ diminum pagi hari prb bermuka masam kerana benci atau marah akan sesuatu; mencuka ki menjadi masam spt cuka (bkn wajah, muka) kerana marah, geram, dll: Cik Zabedah mengekorinya dgn wajah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ka] | چوک

Definisi : cairan yg masam rasanya (biasa­nya dibuat drpd nira). ~ getah asid utk membekukan getah; asid formik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuka

Puisi
 

Ikan tenggiri makan menyambar,
     Cuka-cuka dalam peti;
Bila berpucuk daunnya lebar,
     Akar menjalar ke sana ke mari.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bak tengguli ditukar cuka.

Bermaksud :

Pertukaran yang amat bertentangan.

 

Lihat selanjutnya...(4)