Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.da] | دادا

Definisi : 1. bahagian tubuh yg di hadapan terletak di antara perut dgn leher; 2. = buah ~ susu (tetek) perempuan; 3. = rongga ~ ruang dada yg mengandungi jantung dan paru-paru; mem­busungkan ~ ki membanggakan diri, mem­per­lihatkan lagak sombong; 4. bahagian yg bertentangan dgn tulang belakang buku; ~ akhbar halaman hadapan akhbar; ~ ayam = ~ burung dada yg bergembung ke atas; ~ bidang dada yg lebar; ~ lapang ki sabar, tidak pemarah; ~ lega ki senang hati; (dgn) ~ terbuka (dgn) rela, (dgn) ikhlas; ~ manusia tidak dapat diselam prb fikiran atau isi hati orang tidak dapat diduga; belah ~ lihatlah hati prb berkata dgn benar; seluas ~ tuma prb terlalu sempit; tepuk ~ tanya selera prb berfikir dahulu sebelum membuat keputus­an; tiba di ~ dibusungkan, tiba di perut di­kempiskan prb perlakuan yg tidak adil; berdada mempunyai dada yg penuh (berisi); berdada-dadaan berlawan satu sama satu, bertempur seorang lawan seorang; mendada 1. = berjalan ~ berjalan dgn mem­busungkan dada, berjalan dgn sikap angkuh atau perasaan megah: dia berjalan ~ dgn tidak memandang ke kiri dan ke kanan; 2. menahan (menangkis) dgn dada; 3. berdada-dadaan; perang ~ perang (pertempuran) se­orang lawan seorang; dadaan bahagian badan sebelah perut (ha­dapan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.da] | دادا

Definisi : ; ~ ruan sj tumbuhan (pokok), petaling air, Homalium frustescens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.da] | دادا

Definisi : bahagian tubuh yg di hadapan di antara perut dgn leher: ~nya bidang. mendada 1 berjalan dgn membusungkan dada: Jalannya ~ saja, tidak memandang ke kiri atau ke kanan. 2 menahan (menangkis) bola dsb dgn dada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dada

Puisi
 

Anak dara pandai bergaya,
     Kain sempit berbelah dada;
Jalannya lembut berlenggang sahaja,
     Rajin bersolek malas bekerja.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Belah dada lihatlah hati.

Bermaksud :

Berkata benar.

 

Lihat selanjutnya...(15)

117

Don't cry stinking fish

Jangan ceritakan aib atau keburukan diri sendiri kepada orang lain.

Membuka pekung di dada

You shouldn't have cried stinking fish during the interviewed. No wonder you have failed to get a job all this while.

Kamu tidak sepatutnya membuka pekung di dada semasa temu duga. Patutlah kamu gagal mendapat pekerjaan selama ini.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
manukark burung, ayam; dada ~ dada burung.Kamus Dewan Edisi Keempat
dabik; mendabik menepuk. ~ dada a. menepuk (menampar) dada utk menunjukkan kebanggaan atau keberanian: Ahmad ~ dada setelah berjaya mengalahkan lawannya. b. ki menunjukkan kebanggaan atau kemegahan: Parti itu selalu ~ dada dan melaung-laungkan perjuangannya utk semua kaum.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dabik; mendabik; ~ dada menepuk (menam­par) dada menunjukkan keberanian atau ke­banggaan: ia ~ dadanya dan mencabar se­siapa saja utk menentangnya; pendabik; ~ dada orang yg takbur atau angkuh: kekayaannya menjadikan dia ~ dada di muka ramai.Kamus Dewan Edisi Keempat
kaplokJk; ~ dada bertepuk dada.Kamus Dewan Edisi Keempat
membusungkan dadaa) membesarkan dada; b) ki menyombongkan diri, membanggakan diri: Mat Akil ~ dada;Kamus Dewan Edisi Keempat
membusungkanmenggembungkan; ~ dada a) membesarkan dada; b) ki menyombongkan diri, membanggakan diri: Mat Akil ~ dada;Kamus Dewan Edisi Keempat
membidangkanmembentangkan (kulit dll) pd bingkai; ~ dada membusungkan dada;Kamus Dewan Edisi Keempat
rongga Ilubang, ruang; ~ bulu Mn liang bulu roma; ~ dada ruang dada; ~ hidung lubang hidung; ~ kayu lubang yg terdapat dlm kayu; ~ mata lubang tempat mata; ~ mulut ruang mulut; berongga berlubang, beruang: batu-bata yg ~; gelang itu ~, tidak padat; merongga menjadi rongga; meronggai ark menjadikan berongga pd.Kamus Dewan Edisi Keempat
mendabik dadaa. menepuk (menampar) dada utk menunjukkan kebanggaan atau keberanian: Ahmad ~ dada setelah berjaya mengalahkan lawannya. b. ki menunjukkan kebanggaan atau kemegahan: Parti itu selalu ~ dada dan melaung-laungkan perjuangannya utk semua kaum.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dada manukdada burung.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas