Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.da] | دادا

Definisi : 1. bahagian tubuh yg di hadapan terletak di antara perut dgn leher; 2. = buah ~ susu (tetek) perempuan; 3. = rongga ~ ruang dada yg mengandungi jantung dan paru-paru; mem­busungkan ~ ki membanggakan diri, mem­per­lihatkan lagak sombong; 4. bahagian yg bertentangan dgn tulang belakang buku; ~ akhbar halaman hadapan akhbar; ~ ayam = ~ burung dada yg bergembung ke atas; ~ bidang dada yg lebar; ~ lapang ki sabar, tidak pemarah; ~ lega ki senang hati; (dgn) ~ terbuka (dgn) rela, (dgn) ikhlas; ~ manusia tidak dapat diselam prb fikiran atau isi hati orang tidak dapat diduga; belah ~ lihatlah hati prb berkata dgn benar; seluas ~ tuma prb terlalu sempit; tepuk ~ tanya selera prb berfikir dahulu sebelum membuat keputus­an; tiba di ~ dibusungkan, tiba di perut di­kempiskan prb perlakuan yg tidak adil; berdada mempunyai dada yg penuh (berisi); berdada-dadaan berlawan satu sama satu, bertempur seorang lawan seorang; mendada 1. = berjalan ~ berjalan dgn mem­busungkan dada, berjalan dgn sikap angkuh atau perasaan megah: dia berjalan ~ dgn tidak memandang ke kiri dan ke kanan; 2. menahan (menangkis) dgn dada; 3. berdada-dadaan; perang ~ perang (pertempuran) se­orang lawan seorang; dadaan bahagian badan sebelah perut (ha­dapan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.da] | دادا

Definisi : ; ~ ruan sj tumbuhan (pokok), petaling air, Homalium frustescens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.da] | دادا

Definisi : bahagian tubuh yg di hadapan di antara perut dgn leher: ~nya bidang. mendada 1 berjalan dgn membusungkan dada: Jalannya ~ saja, tidak memandang ke kiri atau ke kanan. 2 menahan (menangkis) bola dsb dgn dada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dada

Puisi
 

Anak dara pandai bergaya,
     Kain sempit berbelah dada;
Jalannya lembut berlenggang sahaja,
     Rajin bersolek malas bekerja.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Belah dada lihatlah hati.

Bermaksud :

Berkata benar.

 

Lihat selanjutnya...(15)

117

Don't cry stinking fish

Jangan ceritakan aib atau keburukan diri sendiri kepada orang lain.

Membuka pekung di dada

You shouldn't have cried stinking fish during the interviewed. No wonder you have failed to get a job all this while.

Kamu tidak sepatutnya membuka pekung di dada semasa temu duga. Patutlah kamu gagal mendapat pekerjaan selama ini.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
dada ayam[dA.dA A.jAm] sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras jawi, gula, santan didadar dalam kuali dan dihias dengan bertih, dimakan dengan kuah lemak manis.   
nen[nEn]kata namasusu untuk bayi (susu dada, botol dan lain-lain).Budak tu teriak, nak nen la tu.[bu.dA/ tu t«.Òi.jA/ nA/ nEn lA tu]Budak itu menangis hendakkan susu agaknya.
ketang kedada[ke.tAN k«.dA.dA] memakai kain setakat paras dada, berkemban.Minah ketang kedada bila nak pi mandi kat telaga.[mi.nAh ke.tAN k«.dA.dA bi.lA nA/ pi mAn.di kAt t«.lA.gA]Minah berkemban apabila pergi mandi di telaga.

Kembali ke atas