Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.da] | دادا

Definisi : 1. bahagian tubuh yg di hadapan terletak di antara perut dgn leher; 2. = buah ~ susu (tetek) perempuan; 3. = rongga ~ ruang dada yg mengandungi jantung dan paru-paru; mem­busungkan ~ ki membanggakan diri, mem­per­lihatkan lagak sombong; 4. bahagian yg bertentangan dgn tulang belakang buku; ~ akhbar halaman hadapan akhbar; ~ ayam = ~ burung dada yg bergembung ke atas; ~ bidang dada yg lebar; ~ lapang ki sabar, tidak pemarah; ~ lega ki senang hati; (dgn) ~ terbuka (dgn) rela, (dgn) ikhlas; ~ manusia tidak dapat diselam prb fikiran atau isi hati orang tidak dapat diduga; belah ~ lihatlah hati prb berkata dgn benar; seluas ~ tuma prb terlalu sempit; tepuk ~ tanya selera prb berfikir dahulu sebelum membuat keputus­an; tiba di ~ dibusungkan, tiba di perut di­kempiskan prb perlakuan yg tidak adil; berdada mempunyai dada yg penuh (berisi); berdada-dadaan berlawan satu sama satu, bertempur seorang lawan seorang; mendada 1. = berjalan ~ berjalan dgn mem­busungkan dada, berjalan dgn sikap angkuh atau perasaan megah: dia berjalan ~ dgn tidak memandang ke kiri dan ke kanan; 2. menahan (menangkis) dgn dada; 3. berdada-dadaan; perang ~ perang (pertempuran) se­orang lawan seorang; dadaan bahagian badan sebelah perut (ha­dapan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.da] | دادا

Definisi : ; ~ ruan sj tumbuhan (pokok), petaling air, Homalium frustescens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.da] | دادا

Definisi : bahagian tubuh yg di hadapan di antara perut dgn leher: ~nya bidang. mendada 1 berjalan dgn membusungkan dada: Jalannya ~ saja, tidak memandang ke kiri atau ke kanan. 2 menahan (menangkis) bola dsb dgn dada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dada

Puisi
 

Anak dara pandai bergaya,
     Kain sempit berbelah dada;
Jalannya lembut berlenggang sahaja,
     Rajin bersolek malas bekerja.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Belah dada lihatlah hati.

Bermaksud :

Berkata benar.

 

Lihat selanjutnya...(15)

117

Don't cry stinking fish

Jangan ceritakan aib atau keburukan diri sendiri kepada orang lain.

Membuka pekung di dada

You shouldn't have cried stinking fish during the interviewed. No wonder you have failed to get a job all this while.

Kamu tidak sepatutnya membuka pekung di dada semasa temu duga. Patutlah kamu gagal mendapat pekerjaan selama ini.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
chestn 1. (part of body) dada: ~ pain, sakit dada; ~ wall, dinding dada; 2. large, strong box, peti: tea - ~s, peti-peti teh; 3. box, kotak; 4. see CHEST OF DRAWERS;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bosomn 1. breast, chest, dada: she clutched the child to her ~, dia mendakap kanak-kanak itu ke dadanya; 2. the female breasts, buah dada: ample ~s, buah dada yg besar; 3. part of garment covering the breast, bahagian dada; 4. seat of emotions, hati: he kept the secret locked in his ~, dia menyimpan rahsia itu dlm hatinya; 5. (attrib) intimate, rapat, karib: ~ friend, kawan rapat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
breastn 1. upper front part of human body, corresponding part of animal, dada: a soldier shot in the ~, askar yg tertembak di dada; a bird with a yellow ~, burung yg berdada kuning; 2. mammary gland in female, buah dada, susu, tetek; 3. part of garment covering the chest, (bahagian) dada: the ~ of a jacket, bahagian dada jaket; 4. source of emotions, hati: a troubled ~, hati yg gundah-gulana; deep in o’s ~,Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pectoral adj 1. of breast or chest , pektoral: ~ artery , arteri pektoral; 2. worn on the chest , (dipakai) di dada: a ~ cross, salib yg dipakai di dada;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
swell ~ with pride, [dada sso] membusung, [hati sso] kembang: his chest ~ed with pride when his son won the cup, dadanya membusung apabila anak lelakinya memenangi piala itu; she ~ed with pride at the commendation, hatinya kembang mendengar pujian itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sternum n tulang dada, sternum.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chicken-breastn dada burung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
brisketn daging dada.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
breastbonen tulang dada.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bosomyadj berbuah dada besar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas