DATUK BANDAR | Datuk bandar ialah gelaran kehormat yang diberikan kepada pengerusi majlis borough tertentu di Great Britain. Daerah-daerah kerajaan tempatan yang telah dikurniakan status borough oleh piagam diraja mempunyai datuk bandar. | UMUM | |
MAKKAH AL-MUKARRAMAH, DAERAH | Makkah al-Mukarramah, Daerah ialah salah satu daripada 13 buah daerah Kerajaan Arab Saudi, yang di tetapkan sempadannya. Daerah Makkah terletak di pedalaman barat Arab Saudi, bersempadan dengan daerah Riyad di timurnya, daerah ‘Asir, al-Bahah dan Jazan di selatannya, daerah Madinah di utaranya dan Laut Merah di baratnya. Ia berada setinggi kira-kira 300 meter di atas permukaan laut. Pusat bandar bagi daerah Makkah al-Mukarramah ialah Makkah al- Mukarramah yang menyaksikan turunnya perutusan yang paling tinggi dan ayat-ayat al- Qur’an yang banyak daripada Allah SWT. Makkah al- Mukarramah juga ialah tempat kelahiran nabi dan rasul terakhir, iaitu Nabi Muhammad SAW. Ia merupakan bandar yang paling suci dan mulia di atas muka bumi. Ia juga pusat pentadbiran dan ketamadunan bagi daerah Makkah al-Mukarramah dan bandar yang paling banyak aktiviti, kemajuan dan pembangunan kerana ia merupakan tempat tumpuan puluhan juta umat Islam setiap tahun. | UMUM | |
DARJEELING | Darjeeling (pend. 57 603) ialah ibu negeri musim panas Benggala Barat dan pusat pentadbiran daerah Darjeeling. Daerah ini terletak di utara Calcutta, iaitu di sebelah timur India, berhampiran sempadan Nepal. | UMUM | |
DAERAH COLUMBIA (D.C.) | Daerah Columbia (D.C.) atau District of Columbia merupakan pusat pemerintahan kerajaan Amerika Syarikat. Daerah ini meliputi keluasan 179 kilometer persegi di sepanjang Sungai Potoma di antara Maryland dengan Virginia. | UMUM | |
DIALEK MELAYU PERAK TENGAH | DIALEK MELAYU PERAK TENGAH, satu ragam dialek Melayu yang dituturkan di daerah-daerah yang terletak di kawasan tengah negeri Perak. Dari segi penyebaran geografinya, daerah-daerah ini meliputi bandar Ipoh, Batang Padang, hingga ke Tanjung Malim di sebelah selatan. | BAHASA | Bahasa |
ARMAGH | Armagh (pend. 51 287 orang) ialah sebuah kerajaan tempatan di daerah Ireland Utara. Daerah ini bertumpu kepada bandar bersejarah Armagh. Bandar ini pernah menjadi ibu negara Ireland dan kediaman raja-raja yang memerintah negeri tersebut. Hari ini, bandar ini merupakan pusat keagamaan utama bagi seluruh Ireland dan mempunyai uskup dalam Gereja Roman Katolik serta Gereja Ireland. | UMUM | |
ALIRAN BENDALIR | Sistem terbuka dikenali juga sebagai isipadu kawalan. Dalam analisis aliran secara isipadu kawalan, pertama ditakrifkan sebagai satu rantau atau daerah kajian. Untuk membezakan daerah kajian daripada persekitarannya, maka satu sempadan yang meliputi rantau kajian dilakarkan. Sempadan ini dikenali pula sebagai permukaan kawalan S.Pada permukaan kawalan inilah jisim, tenaga, dan momentum boleh keluar masuk isipadu kawalan tersebut.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
DAERAH TASIK | Daerah Tasik ialah sebuah kawasan tasik dan gunung-ganang yang indah di Cumbria di bahagian barat laut England. Keluasannya kira-kira 48 kilometer dari utara ke selatan dan 40 kilometer dari timur ke barat. | UMUM | |
DAERAH PERSEKUTUAN | Daerah Persekutuan ialah kawasan yang telah ditentukan oleh sesebuah negara sebagai tempat letaknya ibu negara. | UMUM | |
DAERAH GRAMPIAN | Daerah Grampian, di timur laut Scotland, ialah kawasan yang maju dalam industri pertanian dan perikanan. Pada tahun 1970-an, Aberdeen, bandar utamanya, menjadi pusat industri minyak Laut Utara. | UMUM | |