Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ging] | داݢيڠ

Definisi : 1. isi (pd manusia atau binatang) di antara kulit dgn tulang: ~ lembu; ~ kambing; ~ paha daging pd paha; 2. isi buah yg lembut (bahagian di antara kulit dgn biji buah): buah embacang itu tebal ~nya; 3. tubuh manusia (sbg imbangan jiwa dan batin); ~ asap daging yg dikeringkan dan diawet dgn asap; ~ asin daging yg digarami; ~ basah da­ging yg baru (dr binatang yg baru disem­belih); ~ batang pinang daging (lembu, kerbau dsb) lem­but dan kurang lemak (berkualiti tinggi) drpd bahagian belakang dan sisi badan di antara tulang rusuk dgn tulang paha; ~ kain susunan be­nang pd kain; ~ kancing hujung daging yg keras dan liat; ~ menempel ketuat, mata ikan; bangau, bangau minta aku leher, badak, badak minta aku ~ prb iri hati melihat ke­lebihan orang lain; sebusuk-busuk ~, dikincah dimakan juga prb membersihkan nama kaum kerabat drpd celaan; berdaging 1. mempunyai daging, gemuk; 2. ki kaya; (sudah) tidak ~ lagi sudah kurus benar atau sudah jatuh miskin; mendaging 1. menjadi (spt) daging: isi duri­an itu sudah mula ~ ayam; 2. mulai sembuh (bkn luka dsb): lukanya sudah mula ~; terdaging 1. sampai ke daging (bkn hirisan dsb); 2. ki sangat melukai hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ging] | داݢيڠ

Definisi : 1 isi badan di antara kulit dgn tulang: ~ lembu ada dijual di pasar. 2 isi buah (spt buah mempelam, durian) yg lembut. ~ batang pinang daging lembu, kerbau dsb yg lembut dan kurang lemak drpd bahagian belakang dan sisi badan di antara tulang rusuk dgn tulang paha. berdaging 1 mempunyai daging. 2 gemuk; berisi. mendaging 1 menjadi tebal isinya (bkn buah-buahan): Isi durian itu sudah mula ~. ~ ayam sudah tebal dan penuh isinya (bkn durian) dan sudah cukup masak. 2 mula sembuh (luka dll): Lukanya belum ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daging

Puisi
 

Daging ada berbatang tiga,
     Orang berjemur di batang padi;
Saya hendak kasih bertiga,
     Rasa kiamat di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Lemak penyelar daging.

Bermaksud :

Memboroskan harta benda tuannya. penyelar = penggoreng.

 

Lihat selanjutnya...(18)

621

Union is strength

Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian.

Bersatu (kita) teguh, bercerai (kita) roboh*.

We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down.

Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa bersatu teguh, bercerai roboh. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Bunting 6' x 2'7503/2016Kedai Daging Segar Kini dibuka bersebelahan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) Daging Sejuk Beku . Daging Arnab . Daging Rusa . Daging Salai . Kuih Sejuk Beku . Produk Barbeku dan Lain-lain Produk Menarik Hubungi: 011.2911.2922TiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201602/08562Lulus22/02/201622/02/201614:19:49
Banner 12' x 4'7246/2016Kedai Daging Segar Kini dibuka bersebelahan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) Daging Sejuk Beku . Daging Arnab . Daging Rusa . Daging Salai . Kuih Sejuk Beku . Produk Barbeku dan Lain-lain Produk Menarik Hubungi: 011.2911.2922TiadaKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201602/08339Lulus18/02/201619/02/201609:05:21
LANDO MAJU ENTERPRISE19095/2017PEMBORONG, PEMBEKAL DAN PENJUAL DAGING DAGING LEMBU DAN KAMBING SEGAR DAN SEJUK BEKU SEDIA MENERIMA TEMPAHAN BAGI MAJLIS RASMITiadaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201704/14092Lulus04/04/201705/04/201708:43:24
Penjual Daging Sejuk Beku, Daging Segar dan Barangan Runcit35627/2015Penjual Daging Sejuk Beku, Daging Segar dan Barangan Runcit fokk kee stwo jayaMajlis Perbandaran NilaiHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201509/06672Lulus09/09/201510/09/201508:35:56
AYAM YI XING13883/2017AYAM YI XING, Hidangan Klasik, Bubur, Nasi, Mi Nasi, Mi Telur, Hidangan Lain, Lala Sup, Daging Manis & Masam, Daging Manis Madu, Terung Goreng, Taufu Goreng, Sambal Udang, Bawang Halia Ikan, Kacang Sayur Goreng Bercampur, Daging Madu, Daging Bakar, DagingMajlis Bandaraya Petaling JayaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201704/14235Lulus05/04/201705/04/201714:43:08
PEMBORONG DAN PERUNCIT MAKANAN SEJUK BEKU39780/2015IKLAN 1 : FROZEN FOOD (WHOLESALES AND RETAIL) IKLAN 2 : PEMBORONG DAN PERUNCIT DAGING LEMBU DAGING KAMBING DAGING AYAM FROZEN FOOD WHOLESALES AND RETAIL TEL. : 04-7300072 IKLAN 3 : Fresh like the ocean treasures (MOTO IKLAN) PEMBORONGMajlis Perbandaran Sungai PetaniKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201510/08450Lulus14/10/201515/10/201509:18:57
TSW FRESHMART31769/2015MENJUAL BARANGAN RUNCIT, DAGING LEMBU DAN DAGING AYAMMajlis Daerah Perak TengahMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201508/06760Lulus20/08/201521/08/201508:08:27
www.fusipim.com5664/2016PEMBORONG DAN PERUNCIT AYAM, DAGING SEGAR DAN DAGING SEJUK BEKU.Majlis Perbandaran Seberang PeraiMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201602/07244Lulus03/02/201604/02/201608:31:55
PEMBORONG DAN PERUNCIT AYAM, KAMBING, DAGING, IKAN SEGAR DAN MAKANAN SEJUK BEKU25200/2017PEMBORONG DAN PERUNCIT AYAM, KAMBING, DAGING, IKAN SEGAR DAN MAKANAN SEJUK BEKU SEASONS FROZEN FOOD SUPPLY SDN. BHD. AYAM SEGAR DAGING IKAN BARANG RUNCITTiadaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201704/19123Lulus26/04/201729/04/201717:13:42
Hab Halal Ayam Segar Barokah18355/2016Produk Bumiputera Ternakan Sendiri Suci dan Bersih Hab Halal Ayam Segar Barokah membekal,menjual,memproses ayam daging,ayam kampung,daging sejuk beku,ikan segar,hasil tani tempatanMajlis Daerah Tanjung MalimMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201604/11738Lulus18/04/201620/04/201608:00:09
12345678910...

Kembali ke atas