[da.hi] | داهي
Definisi : 1. bahagian muka di antara kening dgn kaki rambut: ~nya berkerut; bulu ~ kening; ~nya kiliran taji ki dahinya licin; ~nya sehari bulan ki kaki rambutnya melengkung spt bulan sehari; 2. ki bahagian depan (sesuatu) yg boleh disifatkan sbg dahi; ~ layar kayu pd tiang utk menguatkan layar; biar ~ berluluk asal tanduk mengena prb biar bersusah payah asal maksud tercapai; siapa pun jadi raja, tangan aku ke ~ juga prb siapa pun yg berkuasa, aku tetap menghormatinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[da.hi] | داهي
Definisi : bahagian muka di antara kening dgn kaki rambut: ~nya berkerut-kerut sewaktu berfikir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)