Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dah.syat] | دهشت

Definisi : 1. menakutkan, mengerikan: men­capai sesuatu dgn membunuh orang ialah cara yg sangat ~ dan mengerikan; kema­langan jalan raya yg ~; 2. Kl takut (ke­takutan), ngeri: takut dan ~lah ia; 3. hebat, amat sangat, terlampau (hebatnya, kuatnya, bisingnya, bodohnya, mahalnya, dll): ~ betul engkau ini, engkau lebih tolol drpd adikmu; letupan yg ~ kuatnya; ~ betul harga barang-barang di kedai itu; mendahsyat menghebat, menjadi-jadi: pepe­rangan semakin ~; mendahsyatkan 1. menimbulkan rasa takut atau ngeri, menakutkan, mengerikan: keada­an yg sebenarnya sangat ~ hatinya; 2. meng­hebatkan, memburukkan, menerukkan: keja­dian-kejadian demikian ~ lagi keadaan; memperdahsyat 1. menjadikan bertambah takut atau ngeri; 2. menjadikan lebih teruk atau hebat, memperhebat; kedahsyatan 1. ketakutan, kengerian; 2. kehebatan: ~ serangan yg dilancarkan; 3. kehairanan, keajaiban: mereka melihat kein­dahan dan ~ dunia di sekeliling mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dah.syat] | دهشت

Definisi : hebat; amat sangat: ~ sungguh kemalangan itu. kedahsyatan keadaan dahsyat; kehebatan: Dia tidak dpt menceritakan ~ pertunjukan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dahsyat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
IVAN IV, YANG DAHSYAT UMUM 
MUSIM SEJUK NUKLEAR

Musim sejuk nuklear merujuk kepada kesan

dahsyat pada persekitaran seluruh dunia yang

mengancam nyawa akibat perang nuklear. Perang

seperti ini boleh menyebabkan berlakunya musim

sejuk nuklear dengan mengakibatkan perubahan

yang berbahaya pada atmosfera dan iklim bumi.

Musim sejuk nuklear boleh mula terbentuk

daripada kebakaran bandar yang diakibatkan oleh

haba letupan nuklear yang sangat kuat. Sejumlah

besar asap kebakaran ini boleh tersebar dan

meliputi sekurang-kurangnya separuh permukaan

bumi. Asap ini boleh menghalang sebahagian besar

sinaran matahari daripada sampai di bumi. Suhu

akan menurun dengan banyak, dan hujan akan

berkurangan. Keadaan ini mungkin berlangsung

selama beberapa bulan atau tahun.

UMUM 
API YUNANI

Api Yunani ialah campuran kimia yang menyala

dan membakar dengan dahsyat apabila tersentuh

air, malahan ia terbakar di dalam air. Orang Yunani

Byzantine mula-mula menggunakannya dalam

peperangan laut pada 673 M. Komposisinya adalah

satu rahsia, tetapi ia mungkin mengandungi sulfur,

resin, minyak, gegala, dan sama ada kalsium fosfida

atau kapur tohor. Ia kemudian diubah untuk

memasukkan nafta, saltpeter , dan turpentin.

Menjelang tahun 1200-an, ia mungkin menyerupai

serbuk letupan, yang tidak diketahui pada masa itu.

UMUM 
DINOSAUR

Dinosaur ialah nama sejenis reptilia yang hidup

berjuta-juta tahun dahulu. Perkataan dinosaur

berasal daripada dua perkataan Yunani yang

bermakna cicak yang dahsyat. Tetapi, dinosaur

bukan cicak. Malah, saiz sesetengah dinosaur

adalah menakutkan. Dinosaur yang paling besar

ialah haiwan yang paling besar pernah hidup

di darat. Beratnya lebih daripada 10 kali ganda

berat gajah dewasa. Hanya beberapa jenis paus

membesar lebih daripada dinosaur ini.

UMUM 
SURAH AL-ZALZALAH

Surah al-Zalzalah ialah salah satu daripada

surah Madaniyyah, surah yang ke-99 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

lapan ayat. Surah ini dinamakan al-Zalzalah

(gegaran) bersempena peristiwa gegaran yang

amat dahsyat, yang akan berlaku pada hari kiamat

dan menjadi pembukaan bagi surah ini.

UMUM 
SURAH AL-QIYAMAH

Surah al-Qiyamah ialah salah satu daripada

surah-surah Makkiyyah, surah yang ke-75 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

40 ayat. Surah ini dinamakan al-Qiyamah kerana

gambaran hari kiamat dan perkara-perkara dahsyat

yang berlaku pada hari tersebut. Firman Allah

S.W.T. bermaksud:

Maka apabila pemandangan menjadi bingung

(kerana ketakutan). Dan bulan menjadi gelap. Dan

dikumpulkan matahari dan bulan”.

(Surah al-Qiyamah 75:7–9)

UMUM 
ANDREWS, JOHN MILLER

Andrews, John Miller (1871–1956), perdana

menteri Ireland Utara dari tahun 1940 hingga tahun

1943. Dia berkhidmat pada zaman kritikal dalam

Perang Dunia II (1939–1945). Sepanjang tempoh ini,

beribu-ribu orang tentera Amerika menuju ke

Ireland Utara untuk mendapatkan latihan. Pada

tahun 1941, serangan udara Jerman mengakibatkan

kerosakan yang dahsyat ke atas Belfast.

UMUM 
PERTEMPURAN WATERLOO

Pertempuran Waterloo yang berlaku pada 18

Jun 1815 ialah pertempuran terakhir bagi Napoleon

Bonaparte, iaitu pemerintah tentera Perancis yang

bijak. Pertempuran ini menamatkan cita-cita tinggi

politiknya untuk memerintah seluruh benua Eropah.

Kekalahannya ini amat teruk, sehingga apabila

seseorang itu mengalami sesuatu kecelakaan atau

kekalahan yang dahsyat, kita akan mengatakan

bahawa orang itu “telah menemui Waterloonya.”

UMUM 
SENJATA

Senjata. Senjata memainkan peranan penting

dalam sejarah manusia. Senjata membantu

manusia menakluk dan meneroka hutan belantara

yang besar dan luas dan mempertahankan rumah

tangga dan keluarga mereka daripada musuh.

Negara menggunakan senjata untuk melakukan

peperangan. Mereka terus membuat senjata baru

yang berupaya membunuh ramai manusia.

Ramai orang percaya bahawa senjata nuklear

ialah suatu ancaman yang paling besar terhadap

manusia disebabkan kuasa pemusnahnya yang

amat dahsyat.

UMUM 
ATLANTIS

Atlantis ialah sebuah benua legenda yang

dipercayai telah tenggelam ke dalam Lautan

Atlantik beribu-ribu tahun dahulu. Atlantis mula-

mula dikenali pada tahun 300-an S.M. dalam Critias

dan Timaeus , dua buah karya ahli falsafah Yunani,

Plato. Menurut Plato, satu tamadun yang gemilang

pernah wujud di Atlantis. Tetapi, penduduknya

menjadi jahat dan tamak, dan dewa telah

menghukum mereka. Dalam masa sehari semalam

letupan yang dahsyat menggegarkan Atlantis, dan

benua itu pun tenggelam ke dasar lautan.

UMUM 
12

Kembali ke atas