Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[daÖ.wah]/[da/.wah] | دعوه

Definisi : 1. kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu keper­cayaan; golongan ~ golongan (kumpulan) yg bergiat dlm dakwah; ~ songsang bp pe­nyampaian atau penyebaran ajaran yg ber­tentangan dgn syariat-syariat Islam; 2. bp patuh kpd (mengikut) ajaran agama Islam dgn lebih sempurna (sebagaimana yg ke­lihatan pd tingkah laku dan pergaulan, cara berpakaian, dll): dulu dia selalu bergaul bebas dan berpakaian moden tetapi se­karang ini sudah ~; berdakwah menjalankan kegiatan menye­barkan sesuatu kepercayaan; mendakwahi berdakwah kpd: Tok Haji cuba ~ pemuda-pemuda yg berambut panjang itu; mendakwahkan menyebarkan sesuatu ke­per­­cayaan: Rasulullah ~ Islam sbg Din yg menjamin tamadun manusia; pendakwahan perihal mendakwahkan, pe­nye­baran atau penyampaian ilmu agama: tamadun yg tidak berasaskan tauhid, tidak terlepas drpd menjadi objektif ~ golongan fundamentalis; pendakwah orang (golongan) yg berdakwah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[daÖ.wah]/[da/.wah] | دعوه

Definisi : penyebaran ajaran sesuatu agama: ~ Islamiah penyebaran agama Islam. berdakwah menyebarkan ajaran sesuatu agama. pendakwah orang (golongan) yg menyebarkan ajaran sesuatu agama; mubaligh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dakwah