Salam hormat, Adakah rangkai kata " Dalam pada itu..." penanda wacana@ kata hubung? Mohon penjelasan tuan. Terima kasih. | Frasa "dalam pada itu" ialah penanda wacana yang membawa kesinambungan antara wacana sebelum dengan wacana seterusnya. | Tatabahasa | 02.02.2015 |
Salam Tuan, Adakah frasa "dalam pada itu" betul tatabahasanya? Apakah maksud yang diberikan oleh frasa tersebut? Sekian, terima kasih. | Kata hubung "dalam pada itu" digunakan pada permulaan ayat sebagai menyambung wacana sebelumnya untuk menunjukkan perkaitan cerita dengan wacana seterusnya. | Tatabahasa | 29.11.2012 |
Bolehkah: 1) ... adalah seperti... 2) ... adalah bukan... 3) ... adalah seorang ... 4) Di samping itu, ... 5) Dalam pada itu, ... 6) jawapan / jawaban 7) Telefon bimbit .... Ia merupakan... 8) ...kumpalan titik atau unjuran di mana daya dikenakan secara... | 1. Kata pemeri adalah boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif seperti "adalah seperti" dan "adalah merah". 2. Frasa "di samping itu", "dalam pada itu", jawapan/jawaban, betul. 3. Ia merupakan boleh digunakan bergantung pada konteks ayat tersebut dan perkataan "di mana" tidak digunakan dalam ayat penyata. Sila gantikan dengan perkataan (kata hubung) yang sesuai untuk menggantikan kata "di mana". | Tatabahasa | 30.04.2013 |
Saya cuba mencari jawapan untuk frasa "seperti pada lampiran atau seperti dalam lampiran" dan saya menemui jawapan yang diberikan oleh panel DBP seperti yang berikut. 1. Butiran terperinci seperti dalam jadual berikut. Persoalan saya, bukankah kedua-dua partikel "seperti" dan "pada" atau "dalam" merupakan kata sendi nama yang tidak boleh digandingkan bersama kerana dianggap lewah. Hal ini samalah juga dengan isu "hingga ke', "selain daripada", "sejak dari" dan sebagainya. Sekiranya menurut prinsip Tatabahasa Dewan, frasa sebegini dianggap sebagai kesalahan tatabahasa. Selain itu, adakah "dalam pada itu" juga dianggap betul atau sebagai bentuk kekecualian? Sekian, terima kasih. | Frasa yang betul ialah "seperti lampiran" dan frasa "dalam pada itu" ialah penanda wacana yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 28.11.2018 |
apa yang membezakan penggunaan perkataan sementara dan sementara itu? | Perkataan sementara digunakan dalam konteks makna yang yang dibawanya, rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sementara+ untuk melihat contoh penggunaan perkataan tersebut. Frasa sementara itu bermaksud pada ketika itu atau dalam pada itu. Maka penggunaan frasa tersebut hendaklah disesuaikan dengan konteks makna yang dibawa. | Tatabahasa | 01.10.2012 |
1. Kerajaan undang Presiden PGI Jocelyne Bourgan bagi [menyampai] ucaptama pada Forum Parlimen. 2. Kunjungan tersebut adalah sempena kedatangan beliau ke negeri ini atas jemputan kerajaan negeri bagi menyampaikan ucaptama pada Forum Parlimen melibatkan ahli-ahli DUN dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan pada 15 dan 16 Oktober ini di Damai, Santubong. 3. Jocelyne telah dijemput oleh kerajaan negeri berdasarkan kepada pengalaman luas beliau serta kepakarannya [terutama mengenai] sistem kerajaan. 4. “[Atas sebab itu], kerajaan negeri telah menjemput beliau dan beberapa penceramah lain untuk mengendalikan Forum Parlimen selama dua hari,”katanya ketika ditemui selepas kunjungan itu. 5. [Tambah Jabu,] ini bukan perkara baharu atau kali pertama kerajaan negeri mengundang individu berpengalaman untuk berkongsi kepakaran mereka kepada pemimpin dan pegawai atas di peringkat negeri. 6. Kita mahu mendengar pendapat serta cadangan mereka [untuk kita] memperbaiki tahap kecekapan kita sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. 7. [Dalam pada itu selain Jabu,] Jocelyne yang juga merupakan presiden emeritus Canada School of Public Service turut mengadakan kunjungan hormat terhadap setiausaha kerajaan negeri. 8. Sebagai tambahan kerajaan negeri menurut Jabu turut menghantar pegawai-pegawai atasan kerajaan ke pelbagai institusi pengajian tinggi untuk menjalani kursus-kursus khusus bagi memperluaskan pendedahan mereka. | 1. Kerajaan mengundang Presiden PGI Jocelyne Bourgan bagi menyampaikan ucaptama pada Forum Parlimen. 2. Kunjungan tersebut bersempena dengan kedatangan beliau ke negeri ini atas jemputan kerajaan negeri bagi menyampaikan ucaptama pada Forum Parlimen yang melibatkan ahli DUN dan pegawai tinggi kerajaan pada 15 dan 16 Oktober ini di Damai, Santubong. 3. Jocelyne telah dijemput oleh kerajaan negeri berdasarkan pada pengalaman luas beliau serta kepakarannya mengenai sistem kerajaan. 4. "Atas alasan yang demikian, kerajaan negeri telah menjemput beliau dan beberapa penceramah lain untuk mengendalikan Forum Parlimen selama dua hari,”katanya ketika ditemui selepas kunjungan itu. 5. Tambah Jabu, "ini bukan perkara baharu atau kali pertama kerajaan negeri mengundang individu berpengalaman untuk berkongsi kepakaran mereka kepada pemimpin dan pegawai atasan negeri". 6. Kita mahu mendengar pendapat serta cadangan mereka untuk memperbaiki tahap kecekapan kita sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. 7. Dalam pada itu selain Jabu berkata, "Jocelyne yang juga merupakan Presiden Emeritus Canada School of Public Service turut mengadakan kunjungan hormat terhadap setiausaha kerajaan negeri". 8. Sebagai tambahan kerajaan negeri menurut Jabu turut menghantar pegawai-pegawai atasan kerajaan ke pelbagai institusi pengajian tinggi untuk menjalani kursus khusus bagi memperluas pendedahan mereka. | Tatabahasa | 06.11.2015 |
Soalan saya: Penggunaan Bahasa Melayu sangat meluas. Dari segi perkataan, banyak perkataan baharu. Sebagai contoh coffee house bermaksud laman kopi. Jadi, saya ingin mendapatkan senarai perkataan dan maksudnya dalan bahasa Melayu seperti contoh tadi untuk membolehkan saya mengajar bahasa Melayu dengan lebih baik. Terima kasih. | Terima kasih atas keprihatinan saudara. Dalam setiap penerbitan kamus dimasukkan entri baru atau kata lama tetapi ada peluasan makna daripada makna yang sebelum ini. Oleh itu rujukan yang utama ialah Kamus Dewan. Dalam pada itu kami juga menerbitkan pedoman bahasa (nipis) dan diedarkan secara percuma kepada pengguna. Saudara boleh mendapatkannya di Tingkat 25, Menara DBP. | Lain-lain | 24.12.2008 |
Tolong berikan maksud and penggunaan "pada hal" dan "salam pada itu" Terima kasih | 1. Frasa "dalam pada itu" ialah penanda wacana yang membawa kesinambungan antara wacana sebelum dengan wacana seterusnya. Kamus Dewan menakrifkan "dalam pada itu" sama maksudnya dengan "sementara itu". Frasa ini telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat, khususnya penutur jati bahasa Melayu. Data korpus juga banyak merakamkan bentuk kata ini. 2. Perkataan "padahal" merupakan kata hubung bermaksud mengikut hal yg sebenarnya; sebetulnya: contohnya Mengapa ia jadi begitu? ~, ibu bapanya orang baik-baik. | Tatabahasa | 03.10.2017 |
Ayat yang manakah betul? a) Ali menampal nota itu di dalam buku latihan. b) Ali menampal nota itu dalam buku latihan. c) Ali menampal nota itu pada buku latihan. | b) Ali menampal nota itu dalam buku latihan. | Tatabahasa | 21.08.2014 |
Salam. Saya agak keliru dengan penggunaan "di" dan "pada" dalam sesetengah ayat. Setiap kali melihat wajah saya "di/pada" cermin, saya rasa rendah diri. Adakah penggunaan "di atau "pada" boleh ditukar ganti dalam ayat di atas? Jika tidak, mana yang lebih sesuai? Terima kasih. Salam. | Yang dimaksudkan sendi nama "pada" untuk "tempat" ialah sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Contohnya: - Kaki lembu itu digantung pada cangkuk besi. - Pemberitahuan itu ditampal pada papan kenyataan. - Tulis nama pada kertas ini. Penggunaan yang lebih sesuai ialah pada cermin. | Tatabahasa | 21.04.2017 |