Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.mai] | داماي

Definisi : 1. tidak berperang atau serang-me­nyerang (bkn perhubungan antara negara, puak dll), tidak bermusuhan atau berselisihan (bkn perhubungan antara manusia); hidup (aman) ~ hidup dlm keadaan yg bebas drpd permusuhan (perselisihan, pertikaian, dsb); menyelesaikan sesuatu secara ~ menye­lesaikan sesuatu tanpa kekerasan (menerusi perundingan dsb); keadaan ~ keadaan tidak berlaku peperangan (permusuhan, perteling­kahan, dsb); rundingan ~ rundingan (biasanya melibatkan pihak-pihak yg bertelingkah) yg bertujuan mewujudkan keadaan damai; 2. berbaik semula (tidak bermusuhan, tidak ber­seteru); menyorong ~ (minta) berbaik semula; 3. tenteram, tenang (bkn suasana, keadaan, perasaan, dsb): waktu telah larut malam baru terdapat suasana ~; malam begitu ~;berdamai 1. berbaik semula (tidak lagi ber­gaduh, berperang, bermusuhan, dsb), berhenti berperang (bermusuhan): kedua-dua pihak yg bermusuhan itu telah pun ~; 2. ber­muafakat, berunding: mengenai sewa rumah, kita boleh ~; harga ~ harga yg boleh dirun­dingkan;mendamaikan, memperdamaikan 1. mem­­­baik­kan dua pihak (negara dsb) dgn me­namatkan atau menyelesaikan perselisihan dsb, mewujudkan (memulihkan) perhubungan berbaik-baik antara dua atau beberapa pihak (negara dsb) yg bermusuhan (berperang, ber­telingkah, berselisihan, dsb): Amerika Syarikat dan Britain berharap agar negeri Jepun berusaha ~ Indonesia dgn Malaysia; 2. membincangkan atau merundingkan utk men­capai persetujuan: sebelum menduduki rumah, lebih baik kita damaikan dahulu tentang sewanya;kedamaian 1. keadaan damai (keadaan tidak terdapat atau tidak berlaku pergaduhan, peperangan, persengketaan, dsb): hidup dlm ~ dan kemakmuran; 2. keadaan yg aman dan tenteram, ketenteraman, ketenangan: hari itu dia berdoa supaya getar perasaan yg mengocak ~ jiwanya akan hilang;perdamaian perihal (keadaan) berdamai: rundingan yg akhirnya membawa ~ di kalangan puak-puak yg bersengketa dan sering bertempur itu;pendamaian perihal (usaha dsb) men­da­maikan, penyelesaian keadaan bermusuhan (berperang, berselisih faham, dll): kongres ~ sedunia itu berjalan dgn meriah;pendamai orang (negara, pihak) yg men­damaikan atau berusaha utk mendamaikan: Kemboja dan negeri Thai pernah bertindak sbg ~ dlm sengketa Malaysia dgn Indonesia; jaksa ~ orang yg dilantik utk mengawasi kedamaian (keamanan) sesuatu kawasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.mai] | داماي

Definisi : 1 tidak berperang atau tidak bermusuh-musuhan dll; aman: Rakyat Malaysia hidup dgn aman ~. 2 tenteram dan tenang (bkn suasana): Di ibu kota, sukar terdapat suasana ~. berdamai 1 berbaik semula (selepas berperang, bergaduh dll): Kedua-dua belah pihak yg berperang itu telah ~. 2 bermuafakat; berunding: Mengenai pembinaan surau itu, kita boleh ~. mendamaikan menjadikan damai. memperdamaikan membaikkan semula dua pihak yg bergaduh (berperang, bermusuh-musuhan dll); menjadikan berdamai: Dia mencuba ~ orang-orang Israel dgn orang-orang Palestin. kedamaian keadaan damai; keamanan; ketenteraman. perdamaian hal atau perbuatan berdamai: ~ itu dicapai setelah usaha banyak dilaksanakan. pendamaian penyelesaian drpd keadaan bermusuh-musuhan (berperang dll); usaha (perbuatan) mendamaikan. pendamai orang yg mendamaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata damai

Peribahasa

Di mana kelintung berbunyi,
     di situ kerbau tinggal diam.

Bermaksud :

Di mana perintah yang baik, di situ rakyat hidup rukun dan damai; negeri yang aman, ramai penduduknya. kelintung (kelentong) = genta kayu.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kami Sedang menyediakan permohonan do Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Kami perlukan membentangkan nama taman dan nama jalan menggunakan tulisan Jawi. Minta tolong untuk menjemahkan nama-nama berikut kepada tulisan Jawi untuk kami masukkan ke dalam permohonan kami: 1. Taman Rembia Damai 2. Jalan Rembia Damai 1 3. Jalan Rembia Damai 2 4. Jalan Rembia Damai 3 Sekian Terima Kasih.1. TAMAN REMBIA DAMAI - تامن رمبيا داماي
2. JALAN REMBIA DAMAI 1 - جالن رمبيا داماي  1
3. JALAN REMBIA DAMAI 2 - جالن رمبيا داماي  2
4. JALAN REMBIA DAMAI - جالن رمبيا داماي  
Ejaan10.07.2023
1. Tidak hairanlah ramai orang suka berkunjung di Pulau Damai. 2. Tidak hairanlah ramai orang suka berkunjung ke Pulau Damai. Soalan saya, penggunaan kata sendi dalam ayat yang manakah adalah betul? Terima kasih DBP.

Kata sendi nama di digunakan di hadapan kata sendi nama yang menunjukkan tempat, walau bagaimanapun dalam contoh ayat yang diberi di diikuti dengan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju. Oleh itu kata sendi nama yang paling sesuai iala ke (ke + tempat/arah yang dituju), contoh ayat yang lain: Mereka akan ke Kuantan esok.

Tatabahasa20.05.2010
contoh ayat : suatu pameran dan ceramah antidadah telah _____ oleh Persatuan Penduduk Flat Damai. Mana satu jawapan yang betul : (a)diadakan (b) dianjurkan Apakah perbezaannya?Suatu pameran dan ceramah antidadah telah ____dianjurkan_ oleh Persatuan Penduduk Flat Damai.
 

Perkatan yang lebih tepat ialah dianjurkan. Walau bagaimanapun, ayat yang lebih gramatis ialah " Suatu pameran dan ceramah antidadah telah dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Flat Damai dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan.


Diadakan bermaksud dijadikan ada manakala dianjurkan bermaksud mengemukakan sesuatu.

Tatabahasa31.05.2013
Ayat berikut yang manakah tepat dan betul? (a) Suasana pagi itu sungguh nyaman dan damai. (b) Suasana pagi itu sungguh aman dan damai.Ayat (a) lebih tepat.Tatabahasa12.12.2015
Tuan, saya ingin bertanya... kata luas(adjektif) - menjadi - memperluas . (bukan memperluaskan) maka bagaimana pula dengan kata damai (adjektif) ? mengapakah dibolehkan (memperdamaikan). Saya minta penjelasan yang arif.

Saudara,

Mengikut rumus tatabahasa terkini damai(kata adjektif)  apabila mendapat imbuhan memper... menjadi memperdamai seperti juga dengan memperluas.

Tatabahasa27.08.2010
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya adakah aman damai itu merupakan kata ganda? Terima kasih

Kata aman damai digolongkan sebagai kata adjektif majmuk. Kata adjektif majmuk ialah kata yang terhasil daripada proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata adjektif dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.  Antara kata adjektif yang lain ialah  buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Kata Adjektif Majmuk, sila rujuk buku Tatabahasa Bahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 242-247.

Tatabahasa07.08.2020
Berkaitan Diftong, kenapa suku kata diftong ditulis seperti kv+kvv bagi perkataan 'damai' misalnya. Mengapa ia tidak ditulis seperti kv+k+v?..Mohon penjelasan dan contoh judul buku yang sesuai untuk rujukan berkaitan perkara ini. Terima KasihBinaan suku kata untuk perkataan "DAMAI" ialah KV + KVV. Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah. Bunyi dan binaan kata perkara yang berbeza. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi.Tatabahasa18.02.2013
betulkan sekiranya ayat dimulakan dengan 'Ini kerana' Contoh, Ini kerana Malaysia sebuah negara yang aman dan damai.

Sdr Anuar,

Untuk makluman sdr, perkataan "ini atau itu" digolongkan sebagai kata ganti tunjuk. Kata ganti tunjuk digunakan untuk menunjukkan sesuatu atau seseorang. Misalnya;

   1. Ini kaset lagu terbaharu Mawi.

   2. Itu rumah kawan saya.

Oleh yang demikian, ayat sdr sepatutnya;

Hal ini kerana Malaysia merupakan negara yang aman dan damai.

(bukannya: Ini kerana Malaysia merupakan negara yang aman dan damai.) 

Tatabahasa07.03.2009
Tuan/Puan, Pertanyaan tentang penggunaan perkataan 1)Sakinah 2 ) berhemat/berhemah 3) menaiktarafkan/ menaikkan taraf / menaik taraf Sekian terima kasih.Sakinah (sakinat) ialah kata Arab yang bermaksud aman, damai, atau tempat yang aman dan damai. Berhemat bermaksud berjimat, berhati-hati, teliti. Berhemah bermaksud mempunyai budi pekerti yang mulia. Ketiga-tiga bentuk ejaan - menaiktarafkan, menaikkan taraf dan menaik taraf adalah betul dan boleh digunakan asalkan sesuai dengan konteks penggunaannya. Begitu juga dengan perkataan sakinat, berhemat/berhemah boleh digunakan dalam konteks yang sesuai dengan makna perkataan tersebut.Makna18.01.2010
adakah betul perkataan 'memperdamaikan'? adakah damai kata nama atau adjektif?Perkataan memperdamaikan boleh digunakan yang bermaksud membaikkan semula dua pihak yang bergaduh (berperang, bermusuh-musuhan dan lain-lain) atau menjadikan berdamai. Contoh ayat, Dia mencuba memperdamaikan orang-orang Israel dengan orang-orang Palestin.Tatabahasa16.08.2010
1234

Kembali ke atas