Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dan.dan] | دندن

Definisi : hiasan (spt pakaian, solekan, dll): ~nya sungguh menarik hati; berdandan 1. berhias (diri), bersolek: petang itu dia kelihataan lebih ~; 2. berpintal rambut (perempuan): gadis sekarang lebih gemar mengeritingkan rambut drpd ~; mendandan, mendandani 1. menghiasi (dgn mengenakan pakaian, solekan, dll): dia selalu ~ pengantin di majlis perkahwinan; 2. memperlengkapi: mereka pun ~ kapal utk belayar; 3. membaiki, membersihkan (men­jaga atau menguruskan supaya elok): batang-batang kacang yg menjalar itu kelihatan spt semak-semak yg sudah didandani; jalan-jalan raya yg sudah lama tidak didandani; 4. menjalin (memintal) rambut; dandanan hiasan, pakaian perlengkapan; pendandan orang yg pekerjaannya (profe­sion­nya) mendandan (menghiasi) orang: ~nya seorang lelaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dan.dan] | دندن

Definisi : tambahan pd geladak perahu (su­paya lebih luas); mendandani memasang dandan pd geladak perahu: patik dandani kapal ini bukan tempat penggawa menghadap, tetapi tempat berperang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dan.dan] | دندن

Definisi : 1. = tali ~ sj tali yg besar; 2. kabel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dan.dan] | دندن

Definisi : 1 hiasan spt solekan, pakaian: ~nya sangat istimewa. 2 jalinan (pintalan) rambut yg dibuat sbg satu fesyen: Rambutnya yg panjang itu dibuat ~. berdandan 1 berhias; bersolek: Dia asyik ~ saja. 2 berpintal atau berjalin (bkn rambut); berhias dgn dandan: Budak-budak sekolah lebih elok dan kemas jika ~. mendandan 1 menghias dgn mengenakan pakaian, solekan dll: Dia ~ pengantin itu. 2 menjalin (memintal) rambut. pendandan orang yg mendandan orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dandan

Puisi
 

Dari seberang ke seberang pula,
     Hanyut pandan dari kuala;
Dari seorang seorang pula,
     Dandan juga pusing kepala.


Lihat selanjutnya...(2)