Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.sar] | داسر

Definisi : 1. bahagian yg di bawah sekali (laut, sungai, tasik, dsb): mutiara didapati di ~ laut; 2. bahagian yg di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas (spt kuali, botol, dll): serbuk kopi itu mendap ke ~ gelas; ~ kuali yg hitam spt arang; 3. lantai: rumah itu atapnya zink, dindingnya papan, dan ~nya simen; 4. lapisan yg di bawah sekali (pd gambar, kain, dll), latar: ~ kain batik pd umumnya ber­warna perang; corak yg terdiri drpd kuntum-kuntum bunga pd ~ yg berwarna gelap; 5. sifat, perangai (yg sudah sebati dgn se­seorang): dia pantang ditegur memang begitu ~nya; 6. pertimbangan (cara, sistem, dll) yg pokok bkn sesuatu, asas, prinsip, teras: Vietnam Selatan mengirim beberapa orang pegawai tentera ke Malaysia utk mempelajari ~-~ perang gerila; apakah ~nya pendapat tuan itu? 7. pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi: ~ kerajaan; ~ sesebuah parti politik; ~ ekonomi negara; 8. yg menjadi bahagian (faktor) terpenting, asas, pokok: setelah dicapai persetujuan tentang soal-soal ~, baru dibincangkan butir-butirnya; 9. Id memang, sebenarnya: sudah ~ pencuri; 10. kertas dsb yg dipotong mengikut bentuk baju dan di­jadikan asas utk menggunting pakaian;berdasar 1. ada (memakai, mempunyai) dasar: kain songket itu ~ biru; 2. berasas, ber­sandar: ~ keterangan-keterangan yg diterima, memang orang itu bersalah; 3. ark = berdasarkan; berdasarkan berasaskan, bersandarkan, ber­landaskan: tulisan saya itu ~ berita yg tersiar di sebuah akhbar; tuduhan yg ~ bukti-bukti yg nyata;mendasar bersifat dasar atau asas: ke­perluan-keperluan yg paling ~ bagi zaman­nya; mendasari menjadi dasar atau asas kpd: konflik antara Hang Tuah dgn Hang Jebat yg ~ drama ini adalah cukup dramatik; kita akan dapat melihat ideologi yg ~ pe­nu­lisannya; mendasarkan menggunakan (memakai) sbg dasar: perkahwinan harus didasarkan pd cinta dan kasih sayang;pendasaran proses menjadikan sesuatu dasar: situasi masyarakat yg saintifik dibantu oleh ~ sifat-sifat sandiwara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.sar] | داسر

Definisi : 1 bahagian yg di bawah sekali (bkn laut, sungai, botol, kuali dll): Air sungai itu sangat jernih hingga nampak ~nya. 2 asas; panduan (pendapat, falsafah, aturan dll): ~ kerajaan ialah meninggikan taraf ekonomi rakyat Malaysia. ~ Ekonomi Baru dasar yg membuka jalan ke arah penyelesaian masalah ekonomi yg tidak seimbang. 3 lantai: ~ rumah itu dibuat drpd simen. 4 lapisan yg di bawah sekali (pd gambar dll): latar: ~ gambar itu berwarna biru muda. 5 bp memang begitu (perangainya, sifatnya dsb): ~ hidung belang, di mana pun, dia suka mengganggu perempuan. berdasar 1 mempunyai dasar: Selendang itu ~ warna merah jambu. 2 bersandar; berasas: Aduan-aduan itu ~ pd bukti yg nyata. berdasarkan berdasar pd; berasaskan: Laporan itu ~ kejadian-kejadian yg betul-betul berlaku. mendasarkan memakai sbg dasar: Kekuatan sesebuah negeri itu biasanya didasarkan pd kekuatan tenteranya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dasar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
menjelaskan dasar-dasar atau peraturan yang digunkan dalam penyesuaian ejaan bagi kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bhasa Eropah yang lain dalam bhasa Melayu

Terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Soalan Sdr. akan saya jawab secepat mungkin selepasa saya mendapatkan buku rujukan yang berkaitan dengan pertanyaan Sdr. Terima kasih

peminjaman unsur bahasa oleh sesuatu komuniti bahasa daripada bahasa-bahasa lain merupakan satu lumrah. Pinjaman boleh sahaja berlaku apabila berlakunya pertembunagnantara budaya. Walau bagaimana sekali pun berlakunya proses peminjaman atau serapan bahasa-bahas lain ke dalam bahasa kita, bahasa Melayu, terdapat beberapa cara dilakukan dalam proses peminjaman tersebut. Antara caranya ialah mengambil terus kata daripada bahasa asalnya daripada segi ejaan dan sebutan. Kedua meminjam bahasa tersebut tetapi disesuaikan mengikut sebutan dalam bahasa Melayu dan mengambil ejaan daripada bahasa asalnya lalu disesuaikan dengan cara penutur asalnya menyebutnya.

Untuk makluman lebih lanjut sila dapatkan Ensiklopedia Bahasa Melayu oleh Prof. Datuk Dr. Asmah Haji Omar. Terima kasih.

Tatabahasa24.08.2009
Dasar bukit Kaki bukit Yang mana satu betulMengikut buku Kamus Dewan, perkataan ‘dasar’ ialah bahagian yg di bawah sekali; contohnya dasar laut, dasar sungai, dasar tasik. Frasa ‘kaki bukit’ dalam buku Kamus Pelajar diberikan maksud bahagian bukit yg di sebelah bawah.Istilah21.05.2014
Apakah yang dimaksudkan dengan bentuk dasar bahasa melayu dari segi definisi,bentuk,ciri dan fungsi?

Soalan tidak jelas. Adakah saudara maksudkan Dasar Bahasa Kebangsaan atau tentang Ayat Dasar?

Jika yang saudara maksudkan adalah Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Bahasa Kebangsaan dibentuk pada 1970-an bagi menyokong matlamat pembangunan negara yang meletakkan perpaduan sebagai jaminan kejayaan. Dasar Bahasa Kebangsaan merupakan dasar yang berkait rapat dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Bahasa Kebangsaan dengan fokus utama dasar-dasar ini adalah untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan.

Manakala, sekiranya saudara maksudkan tentang Ayat Dasar, ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain yang berasal daripada beberapa pola tertentu. Empat pola ayat dasar bahasa Melayu ialah Frasa Nama (FN) + Frasa Nama (FN), Frasa Nama (FN) + Frasa Kerja (FK), Frasa Nama (FN) + Frasa Adjektif (FA) dan Frasa Nama (FN) + Frasa Sendi Nama (FS). Contoh ayat dasar: Encik Ahmad guru sekolah.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 437.

Lain-lain03.12.2021
salam, saya sedang mencari 5000 kata dasar.kata dasar dikatakan kata yang digunakan tanpa imbuhan di depan dan imbuhan di belakang.contonya,peralatan.kata dasarnya,alat.adakah contoh yang saya beri ini betul.Kata dasar ialah kata yang menjadi pokok daripada kata terbitan (kata tanpa imbuhan seperti alat, pandang, kuat, dan lain-lain. Sila rujuk Kamus Dewan untuk mendapatkan senarai yang diperlukan kerana entri dalam kamus ialah kata dasar/kata akar.Lain-lain22.11.2010
Selamat petang Tuan/Puan, 1.Ingin bertanya translation untuk perkataan "Policymaking"...sama ada pembentukkan dasar @ pembuatan dasar (untuk pendidikan). 2. Adakah pihak Tuan menyediakan Perkhidmatan translation untuk abstract Thesis? Terima kasih

1.   Padanan yang sesuai untuk “policy making” ialah “penggubalan dasar

2.  Pihak DBP tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan. Tuan/puan boleh hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 untuk maklumat lanjut.

Istilah15.10.2021
Saya Nussida Deng Sedang Balajar di Universiti Fatoni Bahasa Melayu dasar ingin bertenya tetang bahasa Apakah. Ayat dasar? Terima kasih

1. Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain yang berasal daripada beberapa pola tertentu. Empat pola ayat dasar bahasa Melayu ialah FN + FN, FN + FK, FN + FA dan FN + FS. Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 437. 

2. Kesemua contoh ayat yang diberikan ialah ayat dasar. Untuk lebih menguasai tajuk ini, kami sarankan saudari rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 437-439.

Tatabahasa02.02.2016
mana satu penggunaan yang betul: Dasar percukaian negara atau dasar cukai negaraFrasa yang betul ialah Dasar Percukaian Negara.Tatabahasa09.02.2012
1.Apakah ciri-ciri ayat dasar? 2.Ayat2 berikut yang manakah bukan ayat dasar? a.Mereka akan tiba tidak lama lagi. b.Irama muzik itu sungguh mengasyikkan. c.Anak muda lebih suka bekerja di bandar besar. d.Cuaca pada hari ini merimaskan peserta pertandingan. 3.Adakah utk mengenali ayat dasar,kita perlu mengetahui ayat dasar, perlu mengenalpasti pola ayat dasar terlebih dahulu?TQVM

1. Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain yang berasal daripada beberapa pola tertentu. Empat pola ayat dasar bahasa Melayu ialah FN + FN, FN + FK, FN + FA dan FN + FS. Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 437. 

2. Kesemua contoh ayat yang diberikan ialah ayat dasar. Untuk lebih menguasai tajuk ini, kami sarankan saudara rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 437-439.

Tatabahasa23.07.2011
Salam sejahtera, Mohon penerangan tuan tentang "ayat dasar" beserta contohnya. Terima kasihAyat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain yang berasal daripada beberapa pola tertentu. Empat pola ayat dasar bahasa Melayu ialah FN + FN, FN + FK, FN + FA dan FN + FS. Contoh ayat dasar: Encik Ahmad guru sekolah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 437.Tatabahasa09.07.2012
Saya telah meneliti makna dasar dan makna polisi seperti berikut; Dasar: (ii) pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi. Manakala Polisi: (i) rancangan tindakan yg telah dipersetujui secara rasmi sbg asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan, dasar. Saya dapati makna kedua-duanya adalah hampir sama dan dalam makna dasar, ada dinyatakan perkataan polisi. Begitu juga dengan dalam makna polisi, ada dinyatakan perkataan dasar. Persoalan saya, bolehkah saya katakan dasar dan polisi ini adalah perkara yang sama? Tambahan pula, dasar dalam bahasa inggeris adalah "Policy". Terima kasih.Kami bersetuju dengan pandangan tuan, yang menyatakan bahawa perkataan dasar dan polisi ini mempunyai makna yang hampir sama. Terima kasih.Lain-lain28.07.2020
12345678910...

Kembali ke atas