Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.tang] | داتڠ

Definisi : 1 sampai (tiba) di sesuatu tempat: Ia ~ ke rumah saya pd pukul empat petang. 2 berasal (dr): Dia ~ dr Sabah. 3 akan tiba; kemudian: Emaknya hendak pergi ke Mekah pd tahun yg akan ~. 4 bergerak menghampiri (menemui) seseorang atau sesuatu tempat: Setibanya di situ, dia terus ~ ke tempat kami. 5 muncul; timbul: Setelah lama berfikir, ~ satu ilham di kepalanya. 6 diwahyukan (diturunkan): Syariat Allah yg ~ sebelum Islam, diturunkan utk kaum, masa dan keadaan tertentu. ~ akal mendapat akal atau ilham. ~ bulan (haid) turun atau keluar darah haid (bagi perempuan). ~ hati sampai hati; tergamak. datang-datang 1 setibanya; apabila datang: ~ ke rumah, dia bersungut. 2 kerap (sering) datang: Apabila ada masa lapang, ~lah ke rumah saya. berdatang; ~ sembah berkata-kata dgn raja (orang besar-besar) dgn bahasa halus: Aji Saka ~ sembah, mengingatkan baginda akan janjinya hendak menganugerahi dia sekeping tanah. mendatang 1 timbul (datang) dgn tiba-tiba: Pd msa itu, satu fikiran yg baik ~. 2 datang dr tempat lain: kaum yg ~. mendatangi 1 menziarahi: Sejak ia pulang dr Mekah, banyak sungguh orang yg ~ rumahnya. 2 datang utk memeriksa (menyerang, menangkap dsb): Petang semalam, polis telah ~ rumahnya. 3 menimpa (bkn bala, sakit dll); terkena: Ayahnya didatangi penyakit jantung. mendatangkan 1 membawa dr tempat lain: Institut itu akan ~ beberapa orang pensyarah dr Jerman. 2 mengakibatkan; menyebabkan: Kumanlah sebab utama yg ~ penyakit. 3 menghasilkan: Perusahaan memungut telur penyu sentiasa ~ keuntungan. kedatangan 1 perihal datang; ketibaan: ~ Menteri Besar ke kampung itu telah disambut dgn meriah. 2 ditimpa (kemalangan, sakit dll); diserang; didatangi. pendatang orang yg mendatang (tidak asli): ~ haram (tanpa izin) orang asing yg memasuki sesebuah negara tanpa kebenaran drpd (pihak) kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datang

Puisi
 

Bukan kacang sebarang kacang,
     Kacang melilit di ranting kayu;
Bukan datang sebarang datang,
     Datang menyambut pengantin baru.


Lihat selanjutnya...(276)
Peribahasa

Datang tak berjemput,
     pulang tak berhantar.

Bermaksud :

Tetamu yang tidak penting.

 

Lihat selanjutnya...(54)

403

Troubles never come singly

Malang sering kali datang bertimpa-timpa

Sudah jatuh ditimpa tangga

It is said that troubles never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.

Kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(42)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
12, Kerana dia bergaduh dengan adik saya, Salim tidak datang-datang ke ramah kami lagi .Tiada kesalahan Munsyi, adakah ayat ini gramatis? saya berpendapat bahawa ayat ini ayat songsang. kerana boleh letak di hadapan ayat, betulkah jawapan saya, munsyi?Ayat itu betul. Ayat songsang juga ayat gramatis. Sila rujuk buku tatabahasa sebagai panduan untuk membina ayat dengan gramatis.Tatabahasa11.03.2012
Salam. Saya mempunyai pertanyaan berkenaan frasa yang digunakan dalam kempen yang sedang saya usahakan. Frasa tersebut adalah BAK DATANG (kependekan daripada Bawa Datang). Sebagai konteks, frasa ini digunakan untuk empowerment kepada pengguna apabila menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian. Contoh: Bak datang segala tekanan. Bak datang semua cabaran. Bak datang perasaan ragu-ragu. Bak datang dalam semua ini berhasrat untuk menggalakkan pengguna untuk tidak gentar serta menjadi berani. Buat pengetahuan Tuan/Puan, frasa bak datang sangat popular di kalangan netizen sebagai rallying call untuk apa sahaja, daripada bangun awal hinggalah kepada menghabiskan menonotn seluruh season series di Netflix. Saya ingin bertanyakan, adakah frasa Bak Datang ini dibenarkan untuk muncul di papan iklan? Jika mempunyai halangan, apakah frasa alternatif yang serupa dengan Bak Datang yang boleh saya gunakan dan mendapat pelepasan dari pihak Tuan/Puan? Terima kasih!
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bak bermaksud  sebagai dan seperti. Penggunaan bak dalam frasa bak datang bagi membawa maksud bawa datang tidak tepat dalam penggunaan bahasa Melayu.

Cadangan kami ialah hadapi segala tekanan, hadapi semua cabaran sekiranya bersesuaian dengan konteks ayat. 
Makna05.05.2021
1)pulang dari/ pulang ke....mana betul? 2)datang dari/ datang ke....Untuk makluman, ketepatan (betul/salah) dalam pemilihan perkataan tidak dapat ditentukan hanya dengan melihat kepada contoh perkataan yang tuan/puan berikan semata-mata kerana konteks keseluruhan ayat perlu dilihat terlebih dahulu.Tatabahasa12.03.2019
Ayat yang manakah betul dan gramtis? (a) Kenapa dia tidak datang ke sekolah? (b) Kenapakah dia tidak datang ke sekolah? (c) Dia tidak datang ke sekolah kenapa? (d) Dia tidak datang ke sekolah kenapakah?Ayat (b) dan (c). Dalam susunan biasa, kata Tanya menduduki bahagian predikat seperti contoh (c). Apabila mengalami proses pendepanan. Berlaku partikel-kah digunakan seperti contoh (b).Tatabahasa16.11.2015
Pengawas itu mencatat nama murid yang datang lewat ke sekolah. a) Murid yang datang lewat ke sekolah dicatat namanya oleh pengawas. b) Nama murid yang datang lewat ke sekolah dicatat oleh pengawas. Ayat aktif tukar ke ayat pasif, jawapan a atau b adalah betul ?Bentuk ayat pasif - a. Murid yang datang lewat ke sekolah dicatat namanya oleh pengawas. Tatabahasa19.06.2010
Jemput dan undang ; adakah sama maknanya. Mohon penjelasan. Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, jemput bermaksud mengajak atau mempersilakan datang; mengundang: Undang pula bermaksud mempersilakan datang, memanggil supaya datang, menjemput (supaya menghadiri sesuatu majlis dsb). Oleh itu, kedua-duanya mempunyai makna yang sama.Makna31.07.2011
Bau hangus itu datang dari oven itu / Bau hangus itu datang daripada oven?Bau hangus itu datang daripada oven.Tatabahasa17.10.2011
Yang manakah betul "insyaAllah saya datang" atau "insya-Allah saya datang"Ejaan yang betul ialah "insya-Allah saya datang"Ejaan21.07.2011
Halim datang lewat ke sekolah atau Halim datang ke sekolah lewat. Ayat yang manakah yang betul?Kedua-dua ayat tersebut salah. Ayat yang betul ialah Halim lewat datang ke sekolah.Tatabahasa19.10.2007
Ayat manakah yang betul? A) Dia datang dari Singapura? B) Dia datang dari Singapurakah?Jawapan yang betul ialah A) Dia datang dari Singapura?Lain-lain15.11.2010
12345678910...

Kembali ke atas