Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.tang] | داتڠ

Definisi : 1 sampai (tiba) di sesuatu tempat: Ia ~ ke rumah saya pd pukul empat petang. 2 berasal (dr): Dia ~ dr Sabah. 3 akan tiba; kemudian: Emaknya hendak pergi ke Mekah pd tahun yg akan ~. 4 bergerak menghampiri (menemui) seseorang atau sesuatu tempat: Setibanya di situ, dia terus ~ ke tempat kami. 5 muncul; timbul: Setelah lama berfikir, ~ satu ilham di kepalanya. 6 diwahyukan (diturunkan): Syariat Allah yg ~ sebelum Islam, diturunkan utk kaum, masa dan keadaan tertentu. ~ akal mendapat akal atau ilham. ~ bulan (haid) turun atau keluar darah haid (bagi perempuan). ~ hati sampai hati; tergamak. datang-datang 1 setibanya; apabila datang: ~ ke rumah, dia bersungut. 2 kerap (sering) datang: Apabila ada masa lapang, ~lah ke rumah saya. berdatang; ~ sembah berkata-kata dgn raja (orang besar-besar) dgn bahasa halus: Aji Saka ~ sembah, mengingatkan baginda akan janjinya hendak menganugerahi dia sekeping tanah. mendatang 1 timbul (datang) dgn tiba-tiba: Pd msa itu, satu fikiran yg baik ~. 2 datang dr tempat lain: kaum yg ~. mendatangi 1 menziarahi: Sejak ia pulang dr Mekah, banyak sungguh orang yg ~ rumahnya. 2 datang utk memeriksa (menyerang, menangkap dsb): Petang semalam, polis telah ~ rumahnya. 3 menimpa (bkn bala, sakit dll); terkena: Ayahnya didatangi penyakit jantung. mendatangkan 1 membawa dr tempat lain: Institut itu akan ~ beberapa orang pensyarah dr Jerman. 2 mengakibatkan; menyebabkan: Kumanlah sebab utama yg ~ penyakit. 3 menghasilkan: Perusahaan memungut telur penyu sentiasa ~ keuntungan. kedatangan 1 perihal datang; ketibaan: ~ Menteri Besar ke kampung itu telah disambut dgn meriah. 2 ditimpa (kemalangan, sakit dll); diserang; didatangi. pendatang orang yg mendatang (tidak asli): ~ haram (tanpa izin) orang asing yg memasuki sesebuah negara tanpa kebenaran drpd (pihak) kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datang

Puisi
 

Bukan kacang sebarang kacang,
     Kacang melilit di ranting kayu;
Bukan datang sebarang datang,
     Datang menyambut pengantin baru.


Lihat selanjutnya...(276)
Peribahasa

Datang tak berjemput,
     pulang tak berhantar.

Bermaksud :

Tetamu yang tidak penting.

 

Lihat selanjutnya...(54)

403

Troubles never come singly

Malang sering kali datang bertimpa-timpa

Sudah jatuh ditimpa tangga

It is said that troubles never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.

Kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(42)

Pantun

PantunSumberTema
Sedap sungguhbunga gatang, Jangan diletak atas gelegar; Bukanlah datang sebarang datang, Datang membawa hajat yang besar.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bukan kacang sebarang kacang, Kacang melilit di ranting kayu; Bukan datang sebarang datang, Datang menyambut pengantin baru.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bukan kacang sebarang kacang, Kacang melilit di pohon kayu; Bukan datang sebarang datang, Datang jemput kerana malu.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kentang bukan sebarang kentang, Kentang di pokok masak kari; Datang bukan sebarang datang, Datang memupuk hajat di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tengah menampi padi ladang, Datang tempua bersama gagak; Tengah menanti kekasih datang, Datang mentua membawa kapak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kajang tuan kajang berlipat, Kajang kami mengkuang layu; Datang tuan datang bertempat, Datang kami terbuang lalu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Tatang puan tatang cerana, Tatang melukut padi paya; Datang tuan datang semua, Datang menghibur hati saya.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Turun batang naik batang, Dapat seekor landak betina; Suruh datang saya datang, Sudah datang bena tak bena.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pasang ini pasang purnama, Daun cempedak tidak melayang; Datang ini datang bertanya, Hendaklah tidak berkasih sayang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Saya malas berhuma di cerang, Naik batang turun batang; Saya malas duduk bujang, Sirih datang pinang datang.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
12345678910...

Kembali ke atas