Perang Karbala berlaku pada 10 Muharam 61
H. bersamaan dengan bulan Oktober 680 M.
Peperangan ini berlaku antara tentera gabenor
Kufah dari pihak kerajaan Bani Umaiyyah dengan
Husayn ibn ‘Ali ibn Abu Talib bersama-sama
golongan yang menyokongnya dan kaum
keluarganya berhampiran bandar Kufah, Iraq.
Antara sebab berlakunya peperangan ini adalah
kerana Husayn ibn Ali menolak pelantikan Yazid
ibn Muawiyah sebagai khalifah dan bersetuju
datang ke Iraq untuk melaksanakan tuntutan
pengikutnya di sana. Al-Husayn ibn Ali datang ke
Iraq bersama-sama dengan 80 orang ahli keluarga
dan penyokong setianya untuk bertemu dengan
tentera Ubaydullah ibn Ziyad, gabenor Yazid di
Kufah. Yazid tidak mahu menerima kedatangan al-
Husayn ibn Ali melainkan untuk berperang. Oleh
itu, berlakulah pertempuran yang menyebabkan
al-Husayn syahid bersama-sama dengan
pengikutnya kecuali seorang perempuan dan
seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Zayn al-
Abidin ibn al-Husayn.