Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ haid turun atau keluar darah haid (pd peĀ­rempuan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datang bulan

Puisi
 

Apa sebab bulan tak terang,
     Bulan pega di Tanjung Batik;
Apa sebab apa tak datang,
     Abang pegang muda yang cantik.


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

PantunSumberTema
Tetak tebu tiga batang, Pisang hitam masak di kebun; Abang tipu kata nak datang, Bulan gelap hujan nak turun.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa sebab bulan tak terang, Bulan pega di Tanjung Batik; Apa sebab apa tak datang, Abang pegang muda yang cantik.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau datang kapal serati, Naik bendera separuh tiang; Kalau datang si jantung hati, Bulan mengambang kusangka siang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Guna apa senduduk sebatang, Di tepi jalan dahannya melintang; Saya duduk tuan datang, Bagaikan bulan dipagari bintang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Mengail ikan di bawah batang, Ikan siakap kata senangin; Tiga bulan abang tak datang, Sirih dihantar dilayang angin.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hendak tidur tidurlah Siti, Mimpi menyorok celah batang; Tidur tuan belah tepi, Bulan menyorok saya datang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sebab bulan terbit pagi, Bunga pandan dalam cerana; Sebab intan datang ke mari, Nampak berlain dalam bunga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bila bulan sudah mengambang, Orang selalu bermain galah; Apabila tuan sudah datang, Kasih sayangku makin bertambah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sejak bulan tidak mengambang, Alam terang menjadi gelap; Sejak tuan tak sudi datang, Hatiku bimbang tak tidur lelap.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bila bulan tidak bercahaya, Manakan ada orang ke tanah; Apabila tuan tidak percaya, Manakan hamba datang ke rumah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas