43

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datang ke dalam

Puisi
 

Gayung gendang pecah balai,
     Kusembah mari raja Cendana;
Kamu dendam datang ke mari,
     Kami tak boleh datang ke sana.


Lihat selanjutnya...(79)
Peribahasa

208

The wheel of fortune is forever in motion

Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.

Ada pasang surutnya

During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.

Ketika zaman kegemilangannya dalam industry perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan. Malangnya, ada pasang surutnya , dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
venous blooddarah venaBiologiFisiologiDarah yang datang dari seluruh badan dan kembali ke dalam jantung melalui vena. Darah tersebut banyak mengandungi karbon dioksida dan sedikit oksigen jika dibandingkan dengan darah yang keluar dari jantung ke seluruh badan.
binural soundbunyi binuralFizikAkustikBunyi yang dihasilkan oleh sistem pengeluaran semula yang mempunyai dua daluran, dan bunyi dari setiap saluran itu disuapkan ke dalam fon telinga atau pembesar suara berlainan, sehingga terdengar bunyi yang datang dari arah asal.
puritanismpuritanismeKesusasteraanTiadaPegangan agama Kristian yang menekankan ketegasan dan kepatuhan dalam hal moral dan agama. Pada awalnya, puritanisme merujuk kepada prinsip dan cara hidup kumpulan Puritan, iaitu kumpulan orang Protestan di England. Pada abad ke-16, kumpulan ini menuntut reformasi dalam doktrin dan upacara sembahyang. Pada abad ke-17, puritanisme menjadi pegangan sebuah parti politik yang mempunyai kuasa besar. Kumpulan ini menaiki kapal Mayflower untuk datang ke Dunia Baharu, iaitu Amerika. Mereka bercita-cita mendirikan kerajaan berdasarkan sistem keagamaan yang dianggap tulen. Pemikiran puritanisme ini mempengaruhi pengarang awal di Amerika.
duststormribut debuMeteorologiMeteorologi PerhubunganKeadaan cuaca buruk yang dicirikan oleh angin kuat serta berdebu dan meliputi kawasan yang luas. Ribut debu datang dengan tiba-tiba dalam bentuk tembok debu yang mara ke hadapan, panjangnya mencapai beberapa kilometer, tingginya mencapai beberapa ribu meter, dan ketampakan mendatarnya kurang daripada 1000 meter. Udara di hadapan ribut debu sangat panas, berangin silir, dan mungkin terdapat beberapa pusar debu yang terpisah atau tercantum dengan jisim utama.
control abstractionpengabstrakan kawalanTeknologi MaklumatPerisianSalah satu ciri penting dalam pengabstrakan terutamanya yang melibatkan penggunaan bahasa pengaturcaraan. Contohnya, ungkapan seperti yang berikut: a: =(1+2)*5 Hasil operasi memberi nilai 15 kepada pemboleh ubah ’a’ supaya ’a’ tersebut dapat digunakan pada masa akan datang, melibatkan langkah-langkah yang tidak kelihatan seperti mencari label pemboleh ubah dan lokasi dalam ingatan fizikal atau dalam ingatan maya, menyimpan perwakilan perduaan bagi ’15’ ke dalam lokasi ingatan dan sebagainya. Tanpa pengabstrakan kawalan, pengatur cara perlu menentukan setiap daftar atau langkah-langkah yang perlu dilalui untuk melakukan operasi hasil tambah atau hasil darab beberapa angka dan menumpukkan hasilnya kepada satu pemboleh ubah. Pengulangan operasi ini memberi dua kesan yang negatif, iaitu: i. Pengatur cara terpaksa mengulang tugas yang sama setiap kali operasi ini diperlukan. ii. Pengatur cara terpaksa mereka bentuk atur cara bagi perkakasan tertentu dan set perintah tertentu.
conventional coreteras lazimKejuruteraanPetroleumSampel formasi/batuan dalam bentuk silinder yang berukuran diameter 10 sm ke 16 sm yang didapatkan menerusi penggerudian berputar. Sampel ini disimpan secara kekal bagi tujuan rujukan atau kajian pada masa-masa akan datang.
erosionhakisanPergigianTiadaKehilangan struktur gigi akibat tindak balas bahan berasid seperti minuman berjus atau berkarbonat. Bahan berasid ini jika dibiarkan lama di dalam mulut akan menghakis struktur gigi. Biasanya struktur gigi yang hilang ialah di kawasan labial atau bukal dan lingual atau palatal. Permukaan yang terhakis biasanya licin dan gigi akan terasa sensitif apabila hakisan bertambah. Kejadian hakisan ini juga boleh berlaku kepada pesakit-pesakit anoreksia nervosa atau bulimia. Dalam kedua-dua kes ini punca asid datang daripada jus gastrik yang dikeluarkan kembali ke dalam mulut. Hakisan yang berlaku dalam kes ini biasanya di bahagian lingual gigi bawah atau palatal gigi atas.
regenerative repeaterpengulang jana semulaKejuruteraanTiada1. Pengulang yang menjana semula denyut untuk memulihkan rupa bentuk asal.,2. Pengulang dalam kegunaan telegraf, untuk memasakan semula dan menghantar semula dedenyut-dedenyut isyarat yang diterima, yang telah dipulihkan ke kekuatan asalnya.,3. Litar yang mensampel denyut-denyut yang datang dan menghantarnya semula dengan pemasaan yang sempurna dan tanpa herotan.
flashbackimbas kembaliKesusasteraanTiadaTeknik penceritaan yang digunakan dalam naratif atau drama untuk memasukkan peristiwa atau kejadian yang telah berlaku sebelum bermulanya cerita yang sedang dikisahkan. Penggunaan imbas kembali membolehkan penulis memberikan maklumat yang menjadi latar belakang kepada cerita yang sedang dikisahkan. Teknik ini membolehkan cerita bermula di tengah-tengah, kemudian menyorot ke belakang dan seterusnya menyambung cerita semula. Dengan cara ini, jalinan atau sambungan cerita lebih jelas antara peristiwa yang lalu, sekarang, dan akan datang, sekali gus dapat menyerlahkan kesan rentetan kronologi yang utuh. Imbas kembali boleh dilaksanakan melalui mimpi, kenangan kembali, khayalan atau perbulan. Contoh imbas kembali ditemui dalam novel Azmah Nordin berjudul Mega Nisaa, Halusinasi dan Singgahmata. Teknik imbas kembali juga terdapat dalam filem. Lihat juga in medias res.
organisation developmentpembangunan organisasiPengurusanPerancanganPendekatan perubahan yang sistematik terhadap sikap, nilai dan kepercayaan pekerja serta budaya kerja sebuah organisasi ke arah prestasi yang lebih berdaya saing berteraskan konsep pengurusan dan program yang terancang. Perancangan pembangunan organisasi bermula dengan analisis terperinci tentang keadaan semasa dan keperluan perubahan pada masa akan datang. Tujuan pembangunan organisasi adalah untuk menyesuaikan organisasi dengan keadaan dan perubahan persekitaran luaran yang dinamik agar dapat mengatasi masalah dan cabaran yang dihadapi. Contoh pendekatan pembangunan organisasi adalah melalui perubahan struktur atau proses kerja dalam organisasi yang boleh mempengaruhi tingkah laku dan motivasi pekerja.
12

Kembali ke atas