Anak-anak yang degil perlu diberikan bimbingan bukannya dera kerana mereka masih belum matang dari segi pemikiran. Apakah perkataan yang tidak sesuai dalam ayat tersebut dan apakah pengganti bagi perkataan tersebut? | Anak-anak yang degil perlu diberikan bimbingan bukannya deraan kerana mereka masih belum matang dari segi pemikiran. bimbingan, deraan kata terbitan yang setara dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 20.03.2011 |
Anak-anak yang degil perlu diberikan bimbingan bukannya dera kerana mereka masih belum matang dari segi pemikiran. Apakah perkataan yang salah terdapat di atas dan mengapakah perkataan tesebut salah? | Anak-anak yang degil perlu diberikan bimbingan bukannya deraan kerana mereka masih belum matang dari segi pemikiran. bimbingan, deraan kata terbitan yang setara dalam ayat tersebut | Tatabahasa | 17.03.2011 |
bodoh sombong | bodoh dan degil (kamus peribahasa) | Lain-lain | 18.04.2007 |
Apakah definisi hati batu? Huraikan. | Hati batu bermaksud bengis dan degil. | Lain-lain | 14.05.2008 |
Pertanyaan berkenaan kata sendi nama "di" dan "dalam". Perhatikan penggunaan 'di' dan 'dalam' pada ayat di bawah, mana satu yang betul? Dalam mata cikgu, Abu merupakan seorang budak yang degil. atau Di mata cikgu, Abu merupakan seorang budak yang nakal? Ali adalah berguna dalam tangan taukenya. atau Ali adalah berguna di tangan taukenya. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: Pada mata cikgu, Abu merupakan seorang budak yang degil. Contoh ayat yang kedua kurang tepat. Ayat yang lebih baik ialah: Ali berguna kepada taukenya. | Tatabahasa | 03.11.2016 |
Salam. Saya nak tanya, adakah perkataan "tegar" boleh bermaksud "berpendirian tegas"? Mohon pencerahan. Terima Kasih =) | Makna tegar berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat: 1. tidak dapat dilenturkan, keras kaku; 2. ki tidak dapat diubah (pendirian, pendapat, dll), degil: mereka mempunyai pandangan yg ~; ~ hati = ~ tengkuk tidak mahu menurut (mengalah dll), keras hati, keras kepala, degil; ~ pelupuk mata berani; tanah ~ tanah kering yg keras; | Istilah | 14.06.2014 |
Motosikal ini mempunyai ciri-ciri yang inovatif serta reka bentuk yang lebih tegar. Bolehkah perkataa tegar digunakan? Jika tidak, apakah perkataan yang lebih tepat? T.kasih | Perkataan tegar tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut kerana tegar lebih membawa kepada perasaan seperti keras hati, degil dan sebagainya. Cadangan kami, ialah 'Motosikal ini mempunyai ciri-ciri yang inovatif serta reka bentuk yang lebih menarik'. | Istilah | 19.01.2011 |
Seorang pekerja didapati positif mengambil ganja semasa menjalankan ujian air kencing. Bila ditanya adakah dia mengambil ganja?...dia lalu berkata ' saya tak tegar'. Diharap pihak tuan dapat menjelaskan dengan terperinci apakah maksud 'dia tak tegar'. Terima kasih | Makna tegar berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat: 1. tidak dapat dilenturkan, keras kaku; 2. ki tidak dapat diubah (pendirian, pendapat, dll), degil: mereka mempunyai pandangan yg ~; ~ hati = ~ tengkuk tidak mahu menurut (mengalah dll), keras hati, keras kepala, degil; ~ pelupuk mata berani; tanah ~ tanah kering yg keras; | Makna | 05.04.2009 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai perkataan "rigid". Adakah perkataan ini terdapat di dalam kamus bahasa?. Ayat yang ingin dibina. "Peraturan yang dikuatkuasa tidak rigid dan ia adalah tertakluk kepada budi bicara pegawai dan warga yang bertugas". | Perkataan rigid tidak ada dalam Kamus Dewan. DBP tidak menggunakan perkataan "rigid" dalam bahasa Melayu sebaliknya menggunakan "tegar". Maksud "tegar" dalam Kamus Dewan: 1. tidak dapat dilenturkan, keras kaku; 2. ki tidak dapat diubah (pendirian, pendapat, dll), degil: mereka mempunyai pandangan yg ~; ~ hati = ~ tengkuk tidak mahu menurut (mengalah dll), keras hati, keras kepala, degil; ~ pelupuk mata berani; tanah ~ tanah kering yg keras; bertegar berkeras (berdegil dll), berkeras hati; menegarkan menjadikan (menyebabkan) tegar, mengeraskan; ketegaran kekerasan hati, kedegilan: kegagalan dan kelambatan mencapai perdamaian selalu dikaitkan dgn ~ kerajaan Barat. | Tatabahasa | 17.07.2018 |
maksud: peranan konteks dalam menentukan makna (semantik) serta contoh ayat. | Makna sesuatu perkataan yang diujarkan boleh diketahui dengan melihat konteks penggunaannya. Contoh: 1. Awak betul-betul hati batu ( hati membawa maksud degil, tetap pendirian) 2. Sedap betul makan hati dengan nasi beriyani. (Hati membawa maksud organ haiwan yang menjadi hidangan yang menyelerakan) 3. Berhati-hati di jalan raya. (Hati bermaksud berwaspada di jalan raya bagi mengelakkan kemalangan). | Tatabahasa | 18.08.2008 |