Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.kla.ma.si] | ديکلاماسي

Definisi : (déklamasi) pembacaan sajak dsb dgn irama suara, gaya dan penuh perasaan: ~ sajak; berdeklamasi membaca (sajak dll);mendeklamasikan membacakan (me­nyam­­­­­­­­paikan) sajak dll utk didengari: dia telah ~ sajaknya sejak setahun yg lalu;pendeklamasian perihal atau perbuatan men­deklamasikan: ~ sajak;pendeklamasi orang yg mendeklamasikan sajak, puisi dsb: beliau juga mendapat peng­iktirafan sbg penulis dan ~ puisi tanah air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dé.kla.ma.si] | ديکلاماسي

Definisi : /déklamasi/ pembacaan sajak, puisi dsb dgn lagu dan gaya: ~ sajak. berdeklamasi membaca sajak, puisi dsb dgn lagu dan gaya. mendeklamasikan membaca (sajak, puisi dsb) dgn lagu dan gaya: Dia telah ~ sajak-sajaknya sejak setahun yg lalu. pendeklamasian perbuatan atau hal mendeklamasikan sajak, puisi dsb. pendeklamasi orang yg mendeklamasikan sajak, puisi dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata deklamasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tarikh sayembara deklamasi puisi bulan kemerdekaan 2010 terutama bagi daerah lahad datuSoalan saudara diluar skop Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain01.08.2010
Pertandingan Deklamasi Sajak atau Pertandingan Mendeklamasi SajakPenggunaan perkataan yang betul dan tepat ialah Pertandingan Deklamasi SajakTatabahasa27.12.2017
Tuan, Apakah istilah yang paling sesuai digunakan, Pengucapan Puisi atau Deklamasi Puisi?Kedua-duanya boleh digunakan. Contoh: Program Pengucapan Puisi Dunia. Majlis Deklamasi Puisi Merdeka.Istilah09.08.2011
Opie Nov Feb 2nd, 8:11pm Salam sejahtera, Boleh saya bertanya bilakah Dewan Bahasa dan Pustaka akan menganjurkan pertandingan deklamasi sajak atau pidato bagi kategori umum (terbuka)? Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai. Terima kasihUntuk makluman tuan, pertandingan pidato dan deklamasi sajak secara terbuka belum diadakan, melainkan pelbagai pertandingan kebahasaan dan kesusasteraan yang diadakan bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan.Lain-lain02.02.2015
Mengapakah DBP tidak lagi menganjurkan pertandingan Pidato, Deklamasi Puisi dan sebagainya untuk masyarakat dan pelajar Melayu? Adakah penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Melayu sudah sampai ke tahap yang diinginkan? Soalan ini saya ajukan berikutan brosur pertandingan yang hanya dikhaskan untuk orang bukan Melayu sahaja. Mohon pencerahan. Terima kasih.Untuk makluman, brosur pertandingan tersebut berkenaan dengan Festival Bahasa dan Sastera yang akan diadakan pada hujung bulan Ogos. Sasaran peserta  festival tersebut ialah  masyarakat bukan Melayu.

DBP masih menganjurkan pertandingan pidato, deklamasi puisi dan sebagainya mengikut program yang diatur dan sasaran khalayak. Saudara boleh melayari laman web DBP dari semasa ke semasa untuk perkembangan pertandingan yang dianjurkan oleh DBP.

Pelbagai program telah diatur sepanjang tahun dan sempena Bulan Bahasa dan Kebangsaan, banyak program kebahasaan dan kesusasteraan telah dirancang.
Lain-lain27.07.2013
Saya ingin mengetahui link/senarai puisi (sajak dan syair) untuk pertandingan Deklamasi Puisi 2018. Terima kasihPihak puan boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi En. Muhammad Rafiq (03-21479207) atau Pn. Azlin Asmuni (03-21479208), Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja DBP.
Maklum, terima kasih.
Lain-lain14.02.2018
Saya ingin membuat carian terjemahan yang sepadan dengan frasa 'poetry slam'. Carian awal mendapati 'slam' sebagai istilah dalam pendidikan ialah 'slem', namun tidak ada huraian ditampilkan. 'Grand slam' sebagai istilah sukan diberikan padanan 'Grand slam' juga. Bolehkah saya menggunakan 'slam puisi' atau 'pertandingan deklamasi sajak'?Kami mencadangkan frasa "pertandingan Deklamasi Sajak" yang digunakan bagi mengungkapkan maksud poetry slam kerana frasa itu gramatis dan difahami oleh khalayak.Tatabahasa07.09.2014
Bibi Sarimah AHA 9.35 PAGI Bibi Sarimah Assalamualaikum... Boleh saya dapatkan senarai puisi untuk sayembara deklamasi puisi sempena sambutan bulan bahasa 2017?Wassalam. Pertandingan yang mana tuan/puan maksudkan? Sekiranya tuan/puan merujuk Ekpresi Puisi Berlagu, tuan/puan boleh melayari http://lamanweb.dbp.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.Lain-lain24.09.2017
Fatihah Ruzlan Aug 17th, 11:19am assalamualaikum dan salam sejahtera..boleh saya tahu pihak DBP ada menganjurkan pertandingan deklamasi puisi merdeka kategori terbuka tahun ini? saya amat berminat dalam penyertaan. terima kasih..Tuan boleh menghubungi Bahagian Komunikasi Korporat DBP melalui ketuanya, Tuan Haji Razali Che Mat di talian 03-21479464 atau e-mel razali3@dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan.Lain-lain17.08.2015
1. Kawasan merokok atau kawasan untuk merokok ? 2. Makan tengah hari atau makan pada waktu tengah hari ? 3. Pertandingan mendeklamasi sajak atau pertandingan deklamasi sajak ? 4. Kurangkan kelajuan atau kurangkan laju? 5. Agar-agar susu atau agar-agar berperasa susu ? 6. kunjung-mengunjung atau kunjung-mengunjugi ? 7. sampah sarap atau sampah-sarap? 8. gotong-royong atau gotong royong ? 9. pertandingan bercerita atau pertandingan cerita ? 10.teknik menjawab soalan atau teknik jawab soalan ?1. Kawasan merokok, 2. makan tengah hari, 3.Pertandingan mendeklamasikan sajak, 4. kurangkan laju, 5. Agar-agar susu, 6. kunjung-mengunjung, 7. sampah sarap, 8. gotong-royong, 9. Pertandingan bercerita, 10. Teknik menjawab soalan. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut.  Istilah30.11.2009
123

Kembali ke atas