Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.kla.ma.si] | ديکلاماسي

Definisi : (déklamasi) pembacaan sajak dsb dgn irama suara, gaya dan penuh perasaan: ~ sajak; berdeklamasi membaca (sajak dll);mendeklamasikan membacakan (me­nyam­­­­­­­­paikan) sajak dll utk didengari: dia telah ~ sajaknya sejak setahun yg lalu;pendeklamasian perihal atau perbuatan men­deklamasikan: ~ sajak;pendeklamasi orang yg mendeklamasikan sajak, puisi dsb: beliau juga mendapat peng­iktirafan sbg penulis dan ~ puisi tanah air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dé.kla.ma.si] | ديکلاماسي

Definisi : /déklamasi/ pembacaan sajak, puisi dsb dgn lagu dan gaya: ~ sajak. berdeklamasi membaca sajak, puisi dsb dgn lagu dan gaya. mendeklamasikan membaca (sajak, puisi dsb) dgn lagu dan gaya: Dia telah ~ sajak-sajaknya sejak setahun yg lalu. pendeklamasian perbuatan atau hal mendeklamasikan sajak, puisi dsb. pendeklamasi orang yg mendeklamasikan sajak, puisi dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata deklamasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
declamationdeklamasiKesusasteraanTiadaKegiatan seni berhubung dengan pembacaan sesuatu karya sastera.
declamationdeklamasiKesusasteraanTiadaTiada
declamationdeklamasiKomunikasiTiadaUcapan yang disampaikan dengan penuh perasaan di hadapan khalayak ramai seperti penyampaian puisi.
declamationdeklamasiKesusasteraanPuisiPembacaan puisi lazimnya disertai dengan lagu dan gaya di hadapan khalayak dalam dewan, balai atau di dalam sesebuah kelas.
recital clausefasal deklamasiPentadbiran PerniagaanTiadaFasal permulaan dalam polisi menyatakan pihak-pihak yang terlibat dalam perjanjian.
shahedshahedMuzikTiada

Not yang diberi penekanan dalam sesuatu dastgah muzik Iran. Not ini juga dikenali sebagai ton deklamasi. Contohnya, dastgah shur mempunyai not shahed dan ist yang sama. Lihat juga dastgah.

narratorpengisahKesusasteraanPuisiPenyair yang menciptakan sesebuah puisi, ataupun orang yang membacakan atau mendeklamasikannya. Contohnya, pengisah kepada peristiwa kematian Atmo Karpo dalam puisi "Balada Terbunuhnya Atmo Karpo" itu ialah W.S. Rendra, sedangkan pengisah dalam bentuk deklamasi tidak semestinya W.S. Rendra, sesiapa pun boleh mengisahkannya. Sinonim tukang cerita.
intonationintonasiKesusasteraanTiadaPerubahan nada suara semasa ujaran atau bercakap. Nada suara ini memperlihatkan sikap pengucap, seperti menyindir, marah dan hairan. Intonasi membezakn sesuatu ujaran itu sama ada pernyataan atau persoalan. Contohnya, pernyataan biasa seperti �kami akan pulang� boleh dijadikan sesuatu soalan dengan mengubah nada suara daripada rendah kepada tinggi. Intonasi banyak digunakan dalam deklamasi sajak, membaca gurindam dan syair.
parlanteparlanteMuzikTiada

 Gaya persembahan yang bercorak deklamasi.

kabukikabukiKesusasteraanTiadaTeater tradisi Jepun yang merangkumi unsur muzik, tari, dan dialog. Teater ini dimulakan oleh Okuni, seorang penari perempuan Jepun pada tahun 1603. Hampir semua drama kabuki berbentuk melodrama. Setiap drama mengandungi beberapa episod dan apabila disambungkan episodnya menjadi suatu persembahan yang panjang. Drama kabuki boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, Jidaimono, iaitu cerita sejarah yang mengisahkan nilai tradisi Samurai. Kedua, Sewamono yang menceritakan tentang kaum pedagang. Kabuki menggunakan cara persembahan yang dilebih-lebihkan dan mencantumkan gaya deklamasi dengan gerak tarian. Peranan utama dalam kabuki dibahagikan kepada Tachiyaku, iaitu orang yang taat setia, Katakiyaku, orang yang jahat, Wakashukata, orang muda, Dokekata, pelawak yang baik dan yang jahat, dan Onnagata yang merupakan peranan perempuan yang dimainkan oleh lelaki. Chikamatsu Monzameon (1653-1724) merupakan dramatis kabuki yang terkenal dan beliau menulis antara 25 hingga 50 buah drama. Seorang lagi penulis drama k

Kembali ke atas