Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ngan] | دڠن

Definisi : 1. (ber)serta, bersama, disertai (oleh), ditemani (oleh): saya pergi menonton wayang ~ adik saya; seorang tua ~ anaknya sekali telah mati terbunuh; 2. kata yg digunakan utk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan (dicapai dll) atau alat dsb yg digunakan: Ahmad membelah durian ~ parang; kerja ini dapat diselesaikan ~ kerjasama yg erat drpd semua pihak; me­nambah ilmu pengetahuan ~ membaca; 3. melawan, menentang: bergaduh ~ adiknya; berperang ~ musuh; 4. kata yg menunjukkan atau menyatakan keadaan (gaya dsb): Ahmad menerima hadiah itu ~ terketar-ketar; men­jerit ~ sekuat hati; menghadapi masalah ~ tenang; 5. oleh, kerana, atas; ~ nama Allah atas nama Allah; ~ yg demikian oleh yg demikian; 6. kata utk menyatakan hubungan kesesuaian (ke­cocokan, keselarasan, dsb): tindakan yg diambil sesuai ~ keadaan; sependapat ~ saya; 7. kata yg menjelaskan sesuatu perolehan (pencapaian dsb): ramai pelajar yg lulus ~ mendapat gred dua; 8. kata yg menunjukkan tumpuan sesuatu perbuatan (sikap, pernyataan, dll): Sukor akan ber­bincang ~ dia sebelum membuat keputusan; barangkali demikian juga halnya ~ cerpen-cerpen di dlm Rintisan; 9. bp pada: ~ dia semua boleh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ngan] | دڠن

Definisi : 1. sl sahabat, kawan, teman; 2. Mn, sl hamba, sahaya: Datuk Bendahara itu banyak sungguh ~nya; 3. sl saya, aku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ngan] | دڠن

Definisi : 1 bersama; berserta: Bapanya mengambil parang ~ cangkul lalu pergi ke kebun. 2 memakai atau menggunakan (sesuatu alat): Dia membelah kayu ~ kapak. 3 kata yg menunjukkan atau menyatakan keadaan dll: Ali menerima berita itu ~ sedih dan pilu. Dia lulus ~ mendapat markah tertinggi. 4 oleh; kerana; atas: ~ yg demikian, barulah ia mahu pergi ke sekolah. 5 sama; serupa: Dia sependapat ~ saya. 6 melawan; menentang: Askar-askar itu berperang ~ musuh. Ali bergaduh ~ Ahmad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dengan

Puisi
 

Soldadu bercampur dengan lokan,
     Rambutan bercampur dengan pulasan;
Kera lotong tak lalu makan,
     Tupai membawa diri di dahan.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Air tuba dibalas dengan air susu.

Bermaksud :

Kejahatan dibalas dengan kebaikan. (Bandingkan dengan: Air susu dibalas dengan air tuba).

 

Lihat selanjutnya...(745)

85

You can catch more flies with honey than with vinegar

Untuk menangani kerenah manusia, cara yang lembut atau berbuat baik lebih berkesan daripada cara yang kasar. (Peribahasa ini kadang kala digunakan untuk menyarankan supaya seseorang itu mengampu)

Sembelih ayam dengan pisau, sembelih orang dengan kapas

If you want some secret tips, do not be rude to her. A polite approach is more effective than rudeness and even at times you have to be ingratiating. Take it from me, you can catch more flies with honey than with vinegar.

Jika awak mahu mencungkil petua rahsia, janganlah bersikap biadap terhadapnya. Cara yang penuh sopan santun lebih berkesan meskipun kadang kala awak terpaksa mengampunya. Percayalah cakap saya, sembelih ayam dengan pisau, sembelih orang dengan kapas.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(197)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
590Once a thief, always a thiefTanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya.Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar, dibaja dengan madu, disiram dengan manisan, diletakkan di atas tebu, apabila masak pahit jugaEx-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''.Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar, dibaja dengan madu, disiram dengan manisan, diletakkan di atas tebu, apabila masak pahit juga ''.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
85You can catch more flies with honey than with vinegarUntuk menangani kerenah manusia, cara yang lembut atau berbuat baik lebih berkesan daripada cara yang kasar. (Peribahasa ini kadang kala digunakan untuk menyarankan supaya seseorang itu mengampu)Sembelih ayam dengan pisau, sembelih orang dengan kapasIf you want some secret tips, do not be rude to her. A polite approach is more effective than rudeness and even at times you have to be ingratiating. Take it from me, you can catch more flies with honey than with vinegar.Jika awak mahu mencungkil petua rahsia, janganlah bersikap biadap terhadapnya. Cara yang penuh sopan santun lebih berkesan meskipun kadang kala awak terpaksa mengampunya. Percayalah cakap saya, sembelih ayam dengan pisau, sembelih orang dengan kapas.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
531Less haste, more speedOrang yang melakukan sesuatu dengan perlahan-lahan tetapi berterusan akan berjaya mencapai maksudnya berbanding dengan orang yang bertindak tergesa-gesa.Biar lambat laga, asal menangIn the pressing need to attain the result, we could not rush things. An investigation of this nature required meticulous work. Thus, we were well aware that less haste, more speed because it was too easy to overlook the vital clues.Dalam keperluan mendesak untuk mendapatkan keputusan, kami tidak boleh bertindak tergopoh-gapah. Penyiasatan seperti itu perlu dilakukan dengan amat teliti. Oleh itu, kami sedar bahawa biar lambat laga, asal menang kerana terlalu mudah untuk kami terlepas pandang akan bukti penting yang ada.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
534Slow but sure wins the raceOrang yang melakukan sesuatu dengan perlahan-lahan tetapi berterusan akan berjaya mencapai maksudnya berbanding dengan orang yang bertindak tergesa-gesa.Biar lambat laga, asal menangIn the pressing need to attain the result, we could not rush things. An investigation of this nature required meticulous work. Thus, we were well aware that slow but sure wins the race because it was too easy to overlook the vital clues.Dalam keperluan mendesak untuk mendapatkan keputusan, kami tidak boleh bertindak tergopoh-gapah. Penyiasatan seperti itu perlu dilakukan dengan amat teliti. Oleh itu, kami sedar bahawa biar lambat laga, asal menang kerana terlalu mudah untuk kami terlepas pandang akan bukti penting yang ada.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
533Slow but steady wins the raceOrang yang melakukan sesuatu dengan perlahan-lahan tetapi berterusan akan berjaya mencapai maksudnya berbanding dengan orang yang bertindak tergesa-gesa.Biar lambat laga, asal menangIn the pressing need to attain the result, we could not rush things. An investigation of this nature required meticulous work. Thus, we were well aware that slow but steady wins the race because it was too easy to overlook the vital clues.Dalam keperluan mendesak untuk mendapatkan keputusan, kami tidak boleh bertindak tergopoh-gapah. Penyiasatan seperti itu perlu dilakukan dengan amat teliti. Oleh itu, kami sedar bahawa biar lambat laga, asal menang kerana terlalu mudah untuk kami terlepas pandang akan bukti penting yang ada.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
532Slow and steady wins the raceOrang yang melakukan sesuatu dengan perlahan-lahan tetapi berterusan akan berjaya mencapai maksudnya berbanding dengan orang yang bertindak tergesa-gesa.Biar lambat laga, asal menangIn the pressing need to attain the result, we could not rush things. An investigation of this nature required meticulous work. Thus, we were well aware that slow and steady wins the race because it was too easy to overlook the vital clues.Dalam keperluan mendesak untuk mendapatkan keputusan, kami tidak boleh bertindak tergopoh-gapah. Penyiasatan seperti itu perlu dilakukan dengan amat teliti. Oleh itu, kami sedar bahawa biar lambat laga, asal menang kerana terlalu mudah untuk kami terlepas pandang akan bukti penting yang ada.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
410The more you get, the more you wantManusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki: sudah dapat, mahu lagi.Berjumpa dengan putih, terlesi sangatI told myself that once my savings reached RM1million, I would retire for good. But the more you get, the more you want. Now, I think that amount is not enough.Aku berkata kepada diriku yang aku akan bersara sebaik sahaja simpananku mencecah RM1 juta. Tetapi berjumpa dengan putih, terlesi sangat. Kini, aku merasakan bahawa jumlah itu tidak mencukupi.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
250Haste makes wasteJika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati).Terlalu cepat jadi lambatShe was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. Haste makes waste.Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Terlalu cepat jadi lambat.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
321Who keeps company with wolves will learn to howlJika membabitkan diri dengan orang jahat atau aktiviti gelap, lama-kelamaan kita juga akan terbabit sama.Bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu jugaI advise you to stay away from those people and their illegal affairs because who keeps company with wolves will learn to howl. Sooner or later, I bet that you will acquire their undesireable qualities.Aku menasihati kau agar jauhkan diri daripada orang itu dan kegiatan haram mereka kerana jika bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga. Aku pasti lama-kelamaan, sifat mereka yang tidak diingini akan menjangkiti kau pula.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
253More haste, worse speedJika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati).Terlalu cepat jadi lambatShe was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. Haste makes waste.Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Terlalu cepat jadi lambat.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
12345678910...

Kembali ke atas