Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ngan] | دڠن

Definisi : 1. (ber)serta, bersama, disertai (oleh), ditemani (oleh): saya pergi menonton wayang ~ adik saya; seorang tua ~ anaknya sekali telah mati terbunuh; 2. kata yg digunakan utk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan (dicapai dll) atau alat dsb yg digunakan: Ahmad membelah durian ~ parang; kerja ini dapat diselesaikan ~ kerjasama yg erat drpd semua pihak; me­nambah ilmu pengetahuan ~ membaca; 3. melawan, menentang: bergaduh ~ adiknya; berperang ~ musuh; 4. kata yg menunjukkan atau menyatakan keadaan (gaya dsb): Ahmad menerima hadiah itu ~ terketar-ketar; men­jerit ~ sekuat hati; menghadapi masalah ~ tenang; 5. oleh, kerana, atas; ~ nama Allah atas nama Allah; ~ yg demikian oleh yg demikian; 6. kata utk menyatakan hubungan kesesuaian (ke­cocokan, keselarasan, dsb): tindakan yg diambil sesuai ~ keadaan; sependapat ~ saya; 7. kata yg menjelaskan sesuatu perolehan (pencapaian dsb): ramai pelajar yg lulus ~ mendapat gred dua; 8. kata yg menunjukkan tumpuan sesuatu perbuatan (sikap, pernyataan, dll): Sukor akan ber­bincang ~ dia sebelum membuat keputusan; barangkali demikian juga halnya ~ cerpen-cerpen di dlm Rintisan; 9. bp pada: ~ dia semua boleh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ngan] | دڠن

Definisi : 1. sl sahabat, kawan, teman; 2. Mn, sl hamba, sahaya: Datuk Bendahara itu banyak sungguh ~nya; 3. sl saya, aku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ngan] | دڠن

Definisi : 1 bersama; berserta: Bapanya mengambil parang ~ cangkul lalu pergi ke kebun. 2 memakai atau menggunakan (sesuatu alat): Dia membelah kayu ~ kapak. 3 kata yg menunjukkan atau menyatakan keadaan dll: Ali menerima berita itu ~ sedih dan pilu. Dia lulus ~ mendapat markah tertinggi. 4 oleh; kerana; atas: ~ yg demikian, barulah ia mahu pergi ke sekolah. 5 sama; serupa: Dia sependapat ~ saya. 6 melawan; menentang: Askar-askar itu berperang ~ musuh. Ali bergaduh ~ Ahmad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dengan

Puisi
 

Soldadu bercampur dengan lokan,
     Rambutan bercampur dengan pulasan;
Kera lotong tak lalu makan,
     Tupai membawa diri di dahan.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Air tuba dibalas dengan air susu.

Bermaksud :

Kejahatan dibalas dengan kebaikan. (Bandingkan dengan: Air susu dibalas dengan air tuba).

 

Lihat selanjutnya...(745)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat tengah hari, soalan pertama, selain kata "berkenaan dengan", "berkaitan dengan", "bertentangan dengan" dan "berhampiran dengan", kata apa lagi yang diperlukan padanan kata "dengan" selepasnya? Soalan kedua, memperoleh maklumat atau memperolehi maklumat? Mohon perinciannya. Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,


Kata sendi 'dengan' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud seperti yang berikut:
1. membawa maksud bersama-sama atau berserta
2. membawa maksud cara sesuatu dilakukan
3. membawa maksud memakai atau menggunakan
4. menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk makluman lanjut.
Tatabahasa14.06.2019
Secara kasar dapat dijelaskan sebabnya. Apakah fungsi kata bagi perkataan “secara” dalam ayat di atas? Adakah ayat di atas gramatis?Secara bermaksud dengan cara. Perkataan secara boleh digantikan dengan dengan cara, iaitu penggunaan kata dengan sebagai keterangan cara dalam ayat.Tatabahasa31.07.2020
Kami bersalaman dengan Encik Johan. ATAU Kami bersalam dengan Encik Johan. bersalaman dengan ATAU bersalam dengan
Penggunaan yang betul ialah bersalam dengan
Tatabahasa07.11.2020
Hai Tuan/ Puan, frasa "bersama dengan" atau "bersama-sama dengan" lebih betul penggunaanya ? Atau kedua-dua frasa ini mendukung makna yang berbeza dalam konteks yang berbeza ? Minta pencerahan. Terima kasih.Jawapan yang betul ialah bersama dengan. Ini kerana 'bersama' membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini, 'bersama' membawa banyak makna tetapi 'bersama-sama' hanya bermaksud bergandingan dengan. Oleh itu, perkataan 'dengan' tidak perlu jika menggunakan perkataan bersama-sama. Contoh: Saya pergi ke taman permainan bersama-sama kakak.Lain-lain23.11.2020
Salam sejahtera, adakah perkataan "berkenaan" perlu sentiasa dipadankan dengan kata "dengan" dalam ayat? Sekian, terima kasih.
Frasa yang betul ialah "berkenaan dengan". Perkataan "dengan" tergolong dalam kata sendi nama. Kata sendi nama "dengan" digunakan untuk membawa maksud bersama-sama atau beserta,  cara sesuatu itu dilakukan, memakai atau menggunakan sesuatu sebagai alat, dan menyatakan perbandingan yang serupa atau sama. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, siila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu
Tatabahasa18.10.2020
Maaf, saya ingin bertanya. Nenek Salwa melayur sayur mengkuang itu dengan bara api dengan berhati-hati. Adakah betul penggunaan dengan tersebut? Bolehkah kita menggunakan "dengan" di dalam ayat sebanyak dua kali? Mohon penjelasan pihak DBP.Ayat tersebut betul dan perkataan dengan boleh digunakan sebanyak dua kali dalam satu ayat.Tatabahasa30.07.2020
Salam. Mohon penjelasan admin. Apa beza perkara ini dalam penulisan surat? 'dengan hormatnya' 'dengan segala hormatnya' mana satu yang betul? Atau boleh digunakan kedua² nya sekali mengikut situasi?Tidak ada perbezaan, kedua-duanya boleh digunakan. Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
atau  Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
Tatabahasa18.03.2021
salam. melalui pembacaan saya di khidmat nasihat laman DBP berkenaan dengan tatabahasa yang betul bagi frasa "berdekatan dengan atau berdekatan". saya keliru dengan jawapan yang diberikan kerana ada jawapan yang mengatakan salah penggunaan "berdekatan dengan". tapi, bila saya scroll ke bawah, ada jawapan yang lain yang membolehkan penggunaan "berdekatan dengan". Mohon pencerahan. Diharap, pihak DPB memadamkan/membetulkan jawapan yang salah tersebut agar pengguna tidak keliru. terima kasih"berdekatan dengan" bermaksud 1. berada atau terletak dekat (dengan sesuatu tempat),  2. dekat (dengan sesuatu), berhampiran dengan. Contoh ayat yang betul ialah: Rumah-rumah yang berdekatan dengan Sungai Pahang habis ditenggelami air. 
Tatabahasa15.01.2021
Salam sejahtera, Adakah perkataan mangkir dapat digunakan bagi menggantikan perkataan tidak hadir di dalam urusan surat rasmi seperti Minit Mesyuarat? Sebagai contoh "Tidak hadir dengan izin" digantikan dengan "Mangkir dengan izin" . Terima kasih.Salam sejahtera,

Perkataan mangkir merupakan bahasa percakapan dan tidak boleh digunakan untuk tujuan rasmi.

Sekian, terima kasih.
Pengembangan29.01.2020
Selamat sejahtera. Maaf, saya bertanya mengenai penggunaan perkataan dengan di dalam satu ayat. Adakah dibolehkan menggunakan perkataan dengan sebanyak dua kali di dalam satu ayat? Contoh: Nek Salwa melayur daun mengkuang dengan bara api dengan berhati-hati. Mohon pencerahan pihak DBP.Ayat tersebut betul dan perkataan dengan boleh digunakan sebanyak dua kali dalam satu ayat.Tatabahasa29.07.2020
12345678910...

Kembali ke atas