Salam sejahtera, apakah istilah BM yang sesuai untuk homestay?inap desa@ rumah inap desa @ pelancongan desa? Ayat yang ingin saya buat ialah 'Mereka menginap di (homestay)'. Terima kasih. | Padanan bagi homestay ialah inap desa. | Tatabahasa | 18.01.2013 |
perbezaan pengertian inap desa dan juga homestay? | Padanan homestay dalam bahasa Melayu ialah inap desa. | Tatabahasa | 21.11.2011 |
pengertian inap desa / homestay dan pengertian eko pelancongan | Dalam Glosari Pelancongan terbitan DBP, homestay (inap desa) didefinisikan sebagai 'Cara penginapan alternatif biasanya bersama-sama sebuah keluarga untuk tempoh tertentu'. Homestay programme didefinisikan sebagai 'Program pelancongan yang diatur supaya pelancong tinggal bersama keluarga tempatan'. Ekopelancongan pula didefinisikan sebagai 'Pelancongan yang berasaskan alam semula jadi seperti hutan tropika, pantai, pulau, bukit, taman, laut dan sebagainya'. | Istilah | 08.02.2012 |
Assalamualaikum, Bolehkah saya menterjemahkan perkataan homestay kepada percutian desa? Terima kasih atas bantuan tuan/puan. | Inap desa. | Istilah | 02.12.2009 |
Mengikut Hukum D-M mana satu yang betul desa inap, penghawa dingin atau temu janji | Frasa yang betul ialah inap desa, penyaman udara/pendingin hawa, janji temu. | Istilah | 03.04.2010 |
saya mencari sebuah buku yg diterbitkan sekitar tahun 60an atau 70an yang bertajuk desa pingitan tulisan ibrahim(nama penulis sebenar tidak diketahui) | Untuk makluman sdr. novel Desa Pingitan adalah karya Ibrahim Omar. Sekian dan terima kasih. | Lain-lain | 25.09.2009 |
SAYA HENDAK MEMOHON LESEN PAPAN IKLAN BAGI RESTORAN SAYA DI MPJBT SKUDAI, JOHOR BAHRU. NAMA DALAM PAPAN IKLAN : 'RESTORAN ANJUNG DESA' | Nama "Restoran Anjung Desa" boleh digunakan. Untuk pengesahan iklan klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 12.03.2013 |
Perkataan homestay sudah lama digunakan dalam bahasa. Adakah istilah ini sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, atau kita menggunakan istilah homestay sahaja. Harap dapat maklum balasa. Terima kasih Dr S. nathesan | Homestay tidak diterima sebagai istilah bahasa Melayu kerana padanannya ialah inap desa atau pelancongan desa. | Istilah | 18.06.2012 |
saya masih terkeliru dengan hukum D-M 1. Alat penghawa dingin 2. urus tadbir 3. inap desa 4. pertanian adalah peniagaan | 1. Istilah yang betul ialah penyaman udara atau pendingin hawa (istilah lama). 2. Tadbir Urus. 3. Inap Desa. 4. Pertanian ialah perniagaan. | Ejaan | 10.05.2015 |
Banyak orang menyertai larian merentas desa. Dalam ayat itu "Banyak orang" adakah ayat yang betul ? Saya telah bertanya dengan ramai rakan saya yang berbangsa Melayu dan mereka beritahu saya hanya "Ramai orang" digunakan dalam bilangan orang dan tidak dibenar menggunakan "Banyak". Saya keliru dengan ayat tersebut di atas dalam buku latihan anak saya.. | Banyak orang menyertai larian merentas desa. Banyak boleh digunakan untuk manusia dan bukan manusia, manakala ramai hanya digunakan untuk manusia sahaja. | Tatabahasa | 11.07.2007 |