Setengah jam kemudian, kami tiba ke destinasi atau di destinasi. | Ayat yang betul ialah "Setengah jam kemudian, kami tiba ke destinasi". ke - menunjukkan tempat atau arah yang dituju | Tatabahasa | 03.07.2011 |
1. sampai ke rumah / sampai di rumah 2. tiba di destinasi / tiba ke destinasi | Jawapan yang betul ialah 1. sampai ke rumah, 2. tiba ke destinasi. | Tatabahasa | 11.03.2010 |
Untuk dua frasa ini, yang mana betul? "Apabila sampai di rumah, ..." atau "Apabila sampai ke rumah,...", Ada buku teks BM yang tulis "..tiba ke destinasi..",bukankah sepatutnya "..tiba di destinasi..."? | Pada pandangan kami yang betul ialah " apabila sampai di rumah" dan " tiba di destinasi". Kata sampai dan destinasi sudah membawa maksud berada di tempat tersebut. | Tatabahasa | 30.09.2006 |
Salam sejahtera. Adakah ayat yang berikutnya betul? Kami telah sampai di destinasi yang ditujukan. Kami telah sampai ke destinasi. Terima kasih. | Salam sejahtera. Jawapan yang betul ialah "Kami telah sampai ke destinasi yang dituju." | Tatabahasa | 19.08.2013 |
Saya ingin bertanya tentang ayat di bawah. Selepas perkataan destinasi di bawah perlu ditambah koma ataupun tidak. Terima kasih. Pelancongan Islam berpandukan kajian di atas merangkumi elemen berbentuk kegiatan, destinasi dan nilai berlandaskan motivasi ajaran Islam. | Pelancongan Islam berpandukan kajian di atas merangkumi elemen berbentuk kegiatan, destinasi, dan nilai berlandaskan motivasi ajaran Islam. | Tatabahasa | 29.07.2013 |
Adakah penggunaan perkataan 'perasan' dan 'menyedari' dalam ayat-ayat berikut betul dan tepat? (a) Tanpa menyedari, kami sudah sampai ke destinasi. (b) Tanpa perasan, kami sudah sampai ke destinasi. | Ayat yang betul ialah "tanpa disedari kami sudah sampai ke destinasi" | Tatabahasa | 12.12.2015 |
Tuan/ Puan, Mana di antara ayat di bawah adalah ayat yang betul? 1. Apa destinasi Syawal anda? atau, 2. Ke mana destinasi Syawal anda? Jika kedua-duanya salah, mohon cadangan ayat yang lebih sesuai daripada pihak tuan/ puan. Mohon maklumbalas segera daripada pihak tuan/ puan. Terima kasih. | Salam sejahtera, Tuan, Ayat yang betul ialah, Ke manakah destinasi bersempena Syawal anda? Sekian, terima kasih. | Makna | 17.05.2019 |
apakah fungsi sastera moden? | Antara fungsi sastera moden ialah: 1. Untuk mendidik - unsur-unsur didaktik (contoh - novel Imam karya SN Abdullah Hussein). 2. Membersihkan jiwa manusia atau penawar jiwa - pembaca dan pengarang. - Puisi-puisi merdeka - semangat berjuang. - Novel-novel perjuangan. 3. Satu alat untuk mengenal cara hidup, alam fikiran sesuatu bangsa, tata nilai. 4. Berfungsi sebagai alat perjalanan (pelancongan) ke destinasi-destinasi tertentu dengan pengalaman sebenar tanpa perjalanan fizikal sebenar. (Contoh - Karya berlatar luar negara - karya terjemahan - Madu Dalam Saringan, Ranjau Sepanjang Jalan). 5. Berfungsi sebagai menghibur. Sekian dan salam. | Lain-lain | 28.03.2009 |
apakah konsep,fungsi,ciri-ciri dan bentuk sastera moden | Salam. Berhubung dengan soalan tersebut, sdr. boleh mendapatkan maklumat lengkap dengan merujuk kepada buku berjudul Sejarah Kesusasteraan Melayu - Siri Lestari Sastera, terbitan DBP 2006. Sehubungan itu, antara fungsi dan peranan sastera ialah: 1. Untuk mendidik - unsur-unsur didaktik (contoh - novel Imam karya SN Abdullah Hussein). 2. Membersihkan jiwa manusia atau penawar jiwa - pembaca atau pengarang. Contoh - puisi-puisi merdeka mengetengahkan semangat berjuang dan juga novel-novel perjuangan. 3. Satu alat untuk mengenal cara hidup, alam fikiran sesuatu bangsa, tata nilai. 4. Berfungsi sebagai alat perjalanan (pELANCONGAN) ke destinasi-destinasi tertentu dengan pengalaman sebenar tanpa perjalanan fizikalasebenar. Contoh - karya berlatar luar negara - karya terjemahan seperti Madu Dalam Saringan, rRanjau Sepanjang Jalan 5. Berfungsi sebagai menghibur. Sekian dan wassalam. | Lain-lain | 14.03.2009 |
JKJR akan mengadakan kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina. Tema yang ingin digunakan "Berhemah Dalam Perjalanan, Selamat Ke Destinasi". Soalannya betul atau salah dari segi tatabahasanya. Soalan kedua, JKJR akan mencetak risalah keselamatan jalan raya untuk diedarkan kepada pengguna jalan raya. Boleh atau tidak risalah tersebut dicetak secara dwibahasa. (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) | Pada pandangan kami, perkataan "Berhemah" tidak sesuai dalam konteks ini. Perkataan yang lebih sesuai ialah Berhati-hati . perkataan "Berhemah" lebih sesuai digunakan dalam konteks memandu, contohnya Berhemah Semasa Memandu. Oleh itu, tema yang dicadangkan ialah Berhati-hati dalam Perjalanan, Selamat ke Destinasi atau BERHATI-HATI DALAM PERJALANAN, SELAMAT KE DESTINASI. Sekiranya tidak menggunakan huruf besar untuk keseluruhan tema tersebut, perkataan "dalam" dan "ke" perlu ditulis dengan huruf kecil kerana kedua-dua perkataan ini ialah kata hubung. DBP tiada halangan sekiranya risalah tersebut dibuat dalam dwibahasa. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu hendaklah diutamakan, iaitu bahasa Melayu didahulukan kemudian diikuti oleh bahasa Inggeris.
| Tatabahasa | 29.12.2015 |