hitchhiker | pengembara tumpang | Pelancongan | Tiada | Individu yang mengembara dengan menumpang kenderaan dari satu destinasi ke satu destinasi tertentu. |
dummy destination | destinasi dami | Pentadbiran | Tiada | Destinasi rekaan yang diperkenalkan dalam masalah pengangkutan agar jumlah penawaran sama dengan jumlah permintaan. |
origin destination study | kajian asal destinasi | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Kajian untuk menentukan asal, destinasi dan tujuan trip. |
DES (destination end station) | DES (stesen hujung destinasi) | Teknologi Maklumat | Tiada | Titik hujung sambungan ATM yang merupakan destinasi mesej ATM dan digunakan sebagai titik rujukan untuk perkhidmatan ABR. |
origin-destination matrix (OD) | matriks asal destinasi | Sosiologi | Tiada | Matriks yang mengandungi trip kenderaan atau trip orang, antara zon-zon asal dengan destinasi. |
application proxy | proksi aplikasi | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Atur cara aplikasi yang dilaksanakan pada sistem tembok api di antara dua rangkaian. Apabila satu atur cara aplikasi mewujudkan satu hubungan pada perkhidmatan destinasi, atur cara ini akan menghubungkan perkhidmatan destinasi ini kepada get laluan aplikasi atau proksi. Pelanggan kemudian berunding dengan pelayan proksi untuk membolehkan komunikasi dilakukan dengan perkhidmatan destinasi tersebut. Proksi biasanya akan mewujudkan hubungan dengan destinasi di belakang tembok api dan bertindak bagi pihak pelanggan, melindungi dan menyembunyi komputer induvidu pada rangkaian di belakang tembok api yang disediakan. Keadaan ini menyebabkan dua hubungan diwujudkan, iaitu hubungan di antara pelanggan dengan pelayan proksi dan hubungan di antara pelayan proksi dengan destinasi. Seterusnya, proksi akan membuat keputusan menghantar paket apabila hubungan ini terjalin. Memandangkan kesemua komunikasi dilakukan melalui pelayan proksi, komputer di belakang tembok api dapat dilindungi. |
origin and destination | alasan dan destinasi | Kejuruteraan | Tiada | Jumlah perjalanan yang dikenal pasti bermula dari satu tempat alasan menuju ke suatu tempat lain sebagai destinasi. Jumlah perjalanan ini digunakan untuk mengenal pasti corak perjalanan penduduk di sesuatu tempat. |
origin-destination matrix (OD) | matriks asal destinasi | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Matriks yang mengandungi trip kenderaan atau trip orang, antara zon-zon asal dengan destinasi. |
connecting flight | penerbangan sambung | Aeroangkasa | Tiada | Penerbangan yang memerlukan penumpang menukar pesawat udara untuk meneruskan penerbangan ke destinasi.,Penerbangan yang memerlukan penumpang menukar pesawat udara untuk meneruskan penerbangan ke destinasi. |
datagram | datagram | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Paket tersendiri atau entiti data bebas yang maklumat untuk dihalakan dari komputer sumber ke komputer destinasi tanpa bergantung pada pertukaran terdahulu antara komputer sumber, komputer destinasi dan rangkaian itu sendiri. Paket ini tidak bergantung pada pertukaran terdahulu kerana tiada hubungan jangka masa yang tetap antara dua titik hubungan ini seperti suara perbualan telefon. |