Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di kan

Puisi
 

Kalau dapat kelapa tumbuh,
     Kan den tanam di bawah jenjang;
Kalau dapat kata nan sungguh,
     Kan digonggong dibawa terbang.


Lihat selanjutnya...(11)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana mahu menentukan sama ada perkataan itu perlukan apitan men-kan / di-kan? Apakah bezanya sekiranya kita meletakkan akhiran -kan pada satu satu perkataan itu?

Apitan kata kerja meN-...-kan untuk ayat aktif, manakala apitan di-...-kan untuk ayat pasif. Aspek makna yang terkandung dalam kata kerja ini diterangkan dengan panjang lebar dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 197. Akhiran -kan lazimnya digunakan dalam ayat pasif dan ayat suruhan. Rujuk halaman 183.

Tatabahasa11.10.2011
Adakah penggunaan imbuhan apitan "di....kan" secara berturutan dibenarkan? contohnya, Akaun ahli diuruskan dan dilaburkan mengikut syariah atau akaun ahli diurus dan dilaburkan mengikut syariah.Penggunaan imbuhan dalam ayat mesti mengikut bentuk kata terbitan, iaitu tidak boleh apitan "di-...-kan" pada perkataan sebelumnya digugurkan kerana berangkai dengan perkataan dengan apitan "di-...-kan" selepasnya. Frasa yang betul, diuruskan dan dilaburkan...Tatabahasa12.04.2016
Selamat petang. Bolehkah saya tanya bilakah boleh menggunakan dibeli atau dibelikan ? Apakah perkataan yang boleh letak di...kan atau yang hanya letak di....?Bagi membezakan penggunaan di-...kan dan di-..., saudara boleh memerhatikan subjek dalam ayat. Subjek bernyawa hendaklah oleh apitan di-...-kan, manakala subjek tidak bernyawa hendaklah diikuti perkataan berawalan di-.
Contoh:
Adik dijahitkan oleh ibu sehelai baju kurung. (Adik ialah subjek yang bernyawa).
Sehelai baju baju kurung dijahit oleh ibu untuk adik. (baju kurung ialah subjek yang tidak bernyawa)

Selain itu, apitan di...kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan untuk memahami dengan lebih lanjut.
Tatabahasa16.04.2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Antara dua ayat tersebut, manakah ayat yang betul? 1) Saya ada sesuatu mahu ditunjukkan pada awak. 2)Saya ada sesuatu mahu ditunjukkan kepada awak. Bolehkan saya gugurkan imbuhan 'di...-kan' dalam ayat tersebut? Terima kasih.Waalaikumsalam,

Jika digugurkan 'di-...-kan' , ayat akan menjadi "Saya ada sesuatu mahu tunjuk kepada awak

Jika ditambah imbuhan 'di-...-kan' ayat akan menjadi "Saya ada sesuatu mahu ditunjukkan kepada awak" di-...-kan  dalam ayat ini ialah ayat pasif, jika diaktifkan ayat ini akan menjadi "Saya mahu  menunjukkan sesuatu kepada awak. Oleh itu, jika digugurkan di-..-kan ayat tersebut tidak gramatis.
Tatabahasa28.01.2019
Salam sejahtera, Tuan / Puan Bolehkah kita menggunakan perkataan 'di-...-kan' 'men-...-kan' seperti dalam ayat yang berikut? Mengapa? Apakah ayat yang gramatis? 1) Mereka digalakkan menjimatkan air Sekian, terima kasih CKApitan di-...-kan ialah bentuk pasif meN-...-kan. Walau bagaimanpun penggunaan apitan tersebut secara berturutan boleh berlaku seperti ... digalakkan menjimatkan air dan ... digalakkan menggunakan kertas.Tatabahasa10.02.2012
berikan beberapa contoh kata kerja yang jika ditambah dengan imbuhan Men...i / di....i atau men..kan / di....kan maksud perkataan tersebut tidak berubah. Contoh, baik, berikan contoh yang lainContoh perkataan yang penggunaannya saling berganti tanpa membezakan ialah lupa. Sila rujuk Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut.Tatabahasa27.09.2007
Yang manakah yang betul; Dia meletak jawatan. ATAU Dia meletakkan jawatan. sila beri panduan tentang penggunaan "Di.......kan" Terima kasih.

Encik Ahmad,

Yang betul ialah 'Dia meletakkan jawatan'. Di...kan terhasil daripada pembentukan kata kerja dengan imbuhan meN...kan. Contoh, majlis dirasmikan(merasmikan majlis), dianugerahkan(menganugerahkan), dimasukkan(memasukkan) dsb.

Tatabahasa16.05.2010
Salam sejahtera, Bolehkah saya mendapatkan penjelasan daripada pihak tuan/puan berkenaan entri di-.. & di-...-kan yang tiada di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dan PRPM? Pada pendapat saya, entri yang bermula dengan imbuhan tersebut perlu diletakkan supaya tidak berlaku kekeliruan dalam kalangan pengguna. Dan dari situ, pengguna boleh memahami ayat yang sesuai untuk menggunakan perkataan berimbuhan seperti tersebut. Golongan seperti kami editor bahagian pendidikan mendapati agak sukar untuk merujuk dan agak keliru sama ada perkataan itu betul/diterima pakai ataupun tidak. Maksud saya, contohnya perkataan itu hanya boleh menerima salah satu daripada bentuk imbuhan tersebut atau kedua-duanya dan dalam ayat yang bagaimana perkataan itu boleh digunakan. Terima kasih.Kamus Dewan tidak merakamkan bentuk awalan di- dan diper- kerana kedua-duanya bentuk pasif bagi awalan meN- dan memper-. Jika ada bentuk awalan meN- seperti membuat, maka bentuk pasifnya ialah dibuat dan jika ada bentuk awalan memper- seperti memperbaik, maka bentuk pasifnya ialah diperbaik. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 175 dan 181.Tatabahasa03.05.2013
saya nak tahu tentang penggunaan imbuhan -kan- contohnya; disediakan oleh..., disahkan oleh..digunakan untuk,.. adakah betul penggunaan imbuhan -kan- bagi contoh di atas?Penggunaan apitan di-...-kan dalam contoh tersebut betul. Apitan di-...-kan ialah bentuk pasif bagi men-...-kan seperti menyediakan - disediakan dan mengesahkan - disahkan. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 202.Tatabahasa06.03.2012
perkataan sandiwara dieja tanpa sempang. mengapa apabila diletakkan imbuhan apitan di..kan, jadi disandi-warakan? Contoh: cerita itu pernah disandi-warakan di radio. Terima kasih.Tiada kata terbitan "di...kan" untuk "sandiwara". Ayat di atas mungkin lebih sesuai digantikan dengan "dimainkan" atau "diputarkan" menjadi "Cerita itu pernah dimainkan/diputarkan di radio."Tatabahasa05.04.2015
12345678910...

Kembali ke atas