Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di manakah ayat yang betul


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Di manakah anda boleh menuntut kupon diskaun? 2. Di manakah boleh anda tuntut kupon diskaun? Yang manakah ayat tanya yang betul/baku? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Di manakah anda boleh menuntut kupon diskaun?".Tatabahasa27.05.2013
Assalamualaikum, Antara ayat di bawah yang manakah betul? - Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan? - Maka, yang manakah nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan? Terima kasih.Ayat yang bersesuaian adalah seperti yang berikut:

i. Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan.
ii. Maka, yang manakah nikmat Tuhan kamu yang kamu dustakan.


Tatabahasa22.03.2024
Mohon penjelasan yang manakah ayat yang betul dan yang manakah ayat yang salah? I Saya mengucapkan terima kasih di atas kesudian tuan menyampaikan hadiah. II Persahabatan di antara Malaysia dan Indonesia telah lama terjalin. III Perbuatan adik saya menyorok di dalam almari memang berbahaya. IV Burung helang itu bersarang di celah dahan yang tinggi.Salam sejahtera, Soalan 1, di atas tukar kepada atas. Soalan 2, betul. Soalan 3, betul. Soalan 4, betul. Sekian, terima kasih.Tatabahasa21.03.2020
Saya ingin bertanya, ayat yang manakah betul? Benda yang manakah tenggelam di dalam air? atau Benda yang manakah tenggelam dalam air? Jika ayat dalam air adalah betul atau sebaliknya, boleh tak tolong nyatakan sebabnya sekali? Terima kasih.Ayat yang betul ilah "benda apakah yang tenggelam di dalam air?". Perkataan "mana" merujuk pada pertanyaan lokasi atau tempat manakala "apa" merujuk kepada pertanyaan untuk benda.Tatabahasa15.12.2015
Salam sejahtera. Ayat-ayat yang manakah betul? Ayat yang menggunakan "memasukkan" atau "memasukkannya"? Ayat (1) : Siti mengutip kulit siput di tepi pantai lalu memasukkan ke dalam beg plastik. Ayat (2) : Siti mengutip kulit siput di tepi pantai lalu memasukkannya ke dalam beg plastik.Ayat yang betul ialah ayat kedua.

Siti mengutip kulit siput di tepi pantai lalu memasukkannya ke dalam beg plastik.
Tatabahasa21.06.2014
Cikgu, apakah beza ayat-ayat di sebelah? Ayat yang manakah betul, atau kedua-dua ayat betul? 1. Dia mula membuat kerja rumahnya. 2. Dia bermula membuat kerja rumahnya.Ayat yang betul ialah Dia mula membuat kerja rumahnya.
Tatabahasa22.02.2015
Mana satukah ayat yang betul? 1. Di mana ayah saya? 2. Di manakah ayah saya?Ayat yang betul ialah Di manakah ayah saya?Tatabahasa20.04.2021
1. “Ali mencucuhkan tungku dapur gas itu”,”Ali menyalakan tungku gas itu”. Ayat manakah yang betul? 2. “Aini menjirus lantai dengan air”,”Aini menyiram lantai dengan air”.Ayat manakah yang betul? 3. Apakah perbezaan antara “mengintai” dengan “mengintip”? 4. Apakah perbezaan antara “deret” dengan “baris”? 5. “Seekor bangkai itik”. Adakah “seekor” sesuai untuk dijadikan penjodoh bilangan kepada bangkai binatang? 6. “Perutusan Hari Guru dibaca oleh Cikgu Jamal di sekolah”,”Perutusan Hari Guru di sekolah dibaca oleh Cikgu Jamal”. Ayat manakah yang betul? Terima kasih.

1. Ayat yang betul ialah Ali mencucuh dapur gas itu.  

2. Kedua-dua ayat dikemukakan betul, cuma lewah kerana aspek makna bagi kata menjirus dan menyiram sememangnya dengan air.

3. Kata mengintai dan mengintip sama maksud. Kata deret dan baris mempunyai aspek persamaan makna. Sila rujuk Kamus Dewan untuk membandingkan aspek persamaan dan perbezaan makna kata.

4. Tidak perlu penjodoh bilangan ‘seekor’ untuk binatang yang telah mati.

5. Ayat yang lebih gramatis ialah Perutusan Hari Guru di sekolah dibaca oleh Cikgu Jamal.

Tatabahasa23.11.2014
Perlukah penggunaan tanda koma dalam ayat di bawah? Antara berikut, yang manakah benar? @ Antara berikut yang manakah benar?Ayat yang betul: Antara yang berikut, manakah yang benar?Lain-lain07.04.2021
Ayat manakah yang betul di antara "pelanjutan tempoh masa" atau "perlanjutan tempoh masa"?Ayat yang betul ialah pelanjutan tempoh masa.Tatabahasa09.08.2018
12345678910...

Kembali ke atas