Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diatas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Salam sejahtera dan dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara diatas: penggunaan ayat diatas sebagai pembuka surat betul atau salah.. dan penggunaan ayat yang betul. cth terima kasih."Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada di atas" atau "Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada di atas".Tatabahasa16.08.2016
Saya ingin bertanya, sekiranya dalam mengarang surat rasmi, apakah bentuk penulisan yang betul? betulkah ayat seperti dibawah? 1) Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas. 2) Adalah saya dengan hormatnya merujuk perkara diatas. 3) Perkara diatas adalah dirujuk Yang mana satu betul? pohon pandangan Pihak DBPPenggunaan yang lazim ialah Dengan hormatnya saya merujuk perkara yang di atas.Lain-lain04.01.2011
Saya nak tahu penggunaan yang betul atas perkataan diatas / di atas apa perbezaannya. contohnya sekiranya ayatnya begini: diatas program-program yang dilaksanakan oleh (perkataan diatas tersebut harus dijarakkan ataupun tidak) kerana dalam pegetahuan saya "di" kalau dijarakkan hanya menunjukkan tempat.Di atas mesti dieja dua perkataan dan merujuk tempat, berkemungkinanan kekeliruan timbul sama ada hendak menggunakan kata atas atau di atas. Dalam contoh yang diberi kata yang betul ialah; atas program-program yang dilaksanakan ...Tatabahasa02.12.2008
Penggunaan di atas dan diatas. Ayat mana yang betul? "Terima kasih di atas mesej anda." atau "Terima kasih diatas mesej anda". Dan satu lagi "Kami memohon maaf di atas kesulitan" atau "Kami memohon maaf diatas kesulitan."Ayat yang betul ialah "Terima kasih atas mesej anda." dan "Kami memohon maaf atas kesulitan." Tatabahasa29.01.2023
salam.diatas jauh ke dekat????Jauh. di atas = 'di' mestilah dipisahkan dengan 'atas'.Tatabahasa05.10.2009
Taniah diatas kejayaan.... ATAU Taniah di atas kejayaan... Terima KasihYang betul ialah 'Tahniah atas kejayaan ...'Tatabahasa13.06.2008
Terima kasih diatas jawapan kepada pertanyaan saya pagi tadi. Soalan saya seterusnya, adakah panggilan 'tuan' sesuai digunakan didalam email sesama rakan sekerja? (whether appropriate to address office colleague as tuan)Tuan, biasanya digunakan dalam suasana yang rasmi dan jika dalam e-mel sesama rakan sekerja (yang sama jawatan atau lebih rendah) kata sapaan "saudara" lebih sesuai digunakan sekalipun rakan itu lelaki ataupun wanita.Lain-lain02.07.2009
di atas / diatas Yang manakah penggunaan yang betul. Bersambung atau tidak bersambung? Contoh; Terima kasih di atas / diatas sumbangan saudara. Yang mana satu adalah betul.?

Salam sejahtera,

1. di atas

2. Terima kasih di atas sumbangan saudara" - dalam contoh ayat ini kata di perlu dibuang kerana di ialah kata sendi nama yang menunjukkan tempat atau arah, oleh itu yang betul ialah "Terima kasih atas sumbangan saudara"

Tatabahasa13.11.2012
salam1 Malaysia. adakah perkataan 'diatas' dalam ayat berikut sesuai digunakan. tq cth. ayat : Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih diatas keizinan menjalankan penyelidikan kepada pihak JAS.Penggunaan yang betul ialah  atas keizinan/atas kerjasama/atas sumbangan/atas perhatian.  Kata sendi nama 'di' hanya digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat/ lokasi contohnya '...di atas meja'  dan '...di kampung'.Tatabahasa31.03.2017
Saya ingin bertanya tentang penggunaan bahasa dalam ayat berikut : *(PERHATIAN! KENDERAAN DILARANG MENUNGGU DIATAS PETAK KUNING). Mana satu perkataan yang betul sama ada DIATAS PETAK KUNING atau DIKAWASAN PETAK KUNING?

Puan,

Frasa  yang betul ialah 'di kawasan petak kuning'.  

Tatabahasa06.10.2010
12345678910...

Kembali ke atas