Yang mana lebih betul? "Serat Diet" atau "Serat Pemakanan" | "Serat Diet" dan "Serat Pemakanan", kedua-duanya betul tetapi sebaik-baiknya utamakan bahasa Malaysia, justeru yang terbaik ialah "Serat Pemakanan" | Tatabahasa | 10.10.2007 |
apakah yang dimaksudkan dengan "pengaruh iklan dan pemasaran terhadap diet dan pemakanan kanak-kanak" dari segi hurufiah dan konseptual.... | Apa yang boleh kami bantu ialah menakrifkan kata demi kata (merujuk Kamus Dewan), iaitu: pengaruh = kuasa yg terbit drpd orang (benda dll) atas orang (benda dll) lain, kekuatan batin (ghaib dll) yg meninggalkan kesan pd orang (lain) dll; iklan = pemberitahuan kpd orang ramai melalui surat khabar, TV, radio, dll; pemasaran = perihal atau perbuatan memperdagangkan; terhadap = berkenaan, mengenai, tentang; diet = 1. makanan dan minuman yg biasanya diambil oleh sesuatu kumpulan, seseorang individu, atau seseekor binatang; 2. jenis dan banyaknya makanan yg ditetapkan utk seseorang atau seseekor binatang utk tujuan tertentu (spt mengawal berat badan dll); pemakanan = 1. jenis-jenis makanan yg lazimnya dimakan atau ditentukan utk dimakan, pilihan jenis-jenis makanan seseorang dll 2. perbuatan (proses) makan; kanak-kanak = budak lelaki atau perempuan yg masih kecil (biasanya yg belum berumur lebih drpd 7 atau 8 tahun). Untuk maksud keseluruhan frasa sila rujuk artikel atau buku yang ditulis tentang perkara tersebut. | Makna | 02.07.2008 |
Yang mana lebih senang untuk memahami, "Serat Diet" atau "Serat Pemakanan"? | yang lebih mudah difahami ialah "Serat Pemakanan", merujuk jenis-jenis makanan | Tatabahasa | 10.10.2007 |
Terjemahan bahasa - Resepi - Loli Beku Tembikai | Jawapan the- teh masuk - masukkan dari - daripada dietitian - pakar diet | Ejaan | 25.01.2013 |
Selamat pagi, bolehkah saya tanya sama ada ayat di bawah menepati hukum tatabahasa? Terima kasih. 1) Antara tingkah laku yang bersopan ialah menghormati orang tua. 2) Salah satu cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat ialah mengambil diet makanan yang seimbang. | Ayat yang betul ialah 1. Antara tingkah laku yang sopan ialah menghormati orang tua. 2. Salah satu cara untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat ialah mengambil diet seimbang. | Tatabahasa | 23.07.2019 |
1. Adakah terdapat perkataan 'pakar nutrisi' ? Jika ada, apakah maksudnya? 2. Apakah panggilan bagi seseorang yang mahir dan pandai dalam bidang diet dan pemakanan ? | Dalam bidang perubatan Nutrition Officer diterjemahkan kepada Pegawai Pemakanan, maka orang yang ahli dalam hal berkenaan boleh digelar Pakar Pemakanan. | Lain-lain | 15.04.2015 |
Di mana saya boleh dapatkan istilah dietetik terkini bahasa melayu-Inggeris dan Inggeris-melayu? | Untuk mendapatkan istilah terkini, sila hubungi bahagian pemakanan dan diet di Kementerian Kesihatan atau jabatan kesihatan yang berkenaan. | Lain-lain | 20.07.2010 |
tolong menterjemahkan ke bahasa malaysia 1)hydrolyzed gelatin 2)dietary fibre 3)contains edible gelatin from beef which derive only from cattle. 4)contains edible gelatin from beef | 1. gelatin terhidrolisis 2. serabut diet 3. mengandungi gelatin boleh dimakan daripada daging lembu 4. mengandungi gelatin boleh dimakan daripada daging lembu | Lain-lain | 18.01.2008 |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya ingin memohon bantuan pihak DBP memberikan cadangan padanan yang bersesuaian untuk perkataan "cheat day" yang biasanya digunakan oleh orang yang berdiet. Semasa cheat day mereka akan makan apa saja yang mereka mahukan pada hari tersebut. Bolehkah saya memadankannya dengan hari mengelat? Terima kasih. | Padanan kata "Cheat day" dalam bahasa Melayu ialah "hari elak diat" atau "cuti diet" | Istilah | 20.07.2019 |