Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.git] | ديݢيت

Definisi : mana-mana satu angka Arab dr kosong hingga sembilan, angka, nombor: 4204 me­ngandungi empat ~; ~ perduaan digit sifar atau satu dlm sistem perduaan; berdigit mempunyai digit, digital: jam ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.git] | ديݢيت

Definisi : sebarang angka dr 0 hingga 9: Nombor 5088 terdiri drpd empat ~. ~ perduaan ist digit 0 atau 1 dlm sistem perduaan notasi. pendigit ist alat yg dpt menukarkan lukisan dan gambar kpd bentuk digital. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata digit


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Bagaimanakah kaedah yang betul untuk memasukkan nombor dalam ayat. kebiasaannya saya akan menggunakan seperti berikut: ....dua (2) unit rumah kedai.... .... 12 unit rumah kedai... iaitu perkataan disusuli nombor dalam kurungan bagi nombor satu digit, manakala nombor sahaja bagi nombor dua digit ke atas.Cara menulis nombor seperti yang saudara lakukan adalah betul. Nombor satu hingga sembilan hendaklah dieja nombornya (boleh juga meletakkan nombor dalam kurungan), manakala nombor 10 dan ke atas hendaklah dieja.Tatabahasa26.07.2011
Salam sejahtera Tuan. 1. Apakah perbezaan antara mengira, menghitung dan membilang dalam konteks matematik? 2. Apakah beza antara nombor, angka dan digit dalam konteks matematik? Mohon pihak Tuan boleh memberikan contoh supaya lebih jelas dengan penggunaan perkataan yang tersebut di atas. Sekian, terima kasih.

 1. Mengira, membilang, menghitung merupakan kata sinomin dalam konteks matematik  yang merujuk kepada perbuatan mengira, membilang atau menghitung untuk mengetahui banyaknya atau jumlahnya (wang, pendapatan, keuntungan dll); Dia ~ wang yg baru diterimanya. 

2. Angka/ Nombor: Simbol atau lambang untuk mewakili sesuatu nombor. Contohnya, I, II, III, IV, V, VI, VII, ... dan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, …

3. Digit: Simbol asas dalam sistem penomboran iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9. Contohnya, nombor 45 651 mempunyai lima digit.

Lain-lain22.01.2019
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Depa ialah salah satu unit ukuran panjang. 2. Plat nombor keretanya hanya satu digit sahaja. 3. Penganut agama itu memuja tuhan yang esa. 4. Had umur minimum bagi pemandu kereta ialah tujuh belas tahun. 5. Encik Abu menjadi imam semasa bersembahyang. 6. Permukaan dinding itu mula kopak. 7. Adakah "juru" dan "kilo" tergolong dalam imbuhan pinjaman? Jika tidak, apakah golongan kata bagi perkataan yang terdiri daripada juru dan kilo? Terima kasih.1. Depa ialah ukuran panjang antara kedua-dua hujung tangan yang didepangkan.
2. Plat nombor keretanya hanya satu digit sahaja.
3. Penganut agama itu memuja tuhan yang esa.
4. Had umur minimum bagi pemandu kereta ialah tujuh belas tahun.
5. Encik Abu menjadi imam sembahyang zuhur.
6. Permukaan dinding itu mula terkopak.
7. Juru ialah awalan asing, manakala kilo ialah ringkasan kilogram dan kilometer dan bukan awalan asing.
Tatabahasa29.01.2013
Bagaimanakah RM0.028 ditulis dalam perkataan?Lazimnya dalam pengiraan ringgit dan sen melibatkan dua digit sahaja. Contohnya RM0.28 ditulis Ringgit Malaysia kosong perpuluhan dua puluh lapan.Lain-lain25.02.2019
Apakah cara penulisan nombor dalam ayat BM. Biasanya saya menulis " satu (1) kertas kerja", " dua puluh (20) kertas kerja". Penulisan Bahasa Inggeris ada peraturan bagaimana untuk menulis nombor 0-9 dan nombor dua digit contohnya, "I bought eight candy bars from the vending machine. I average eating 29 candy bars per month." Terima kasih.Dalam penulisan teks, nombor satu hingga sembilan dieja penuh dan nombor 10 ke atas ditulis nombor. Frasa yang betul ialah "satu kertas kerja", " 20 kertas kerja".Tatabahasa04.03.2015
Mohon pencerahan mengenai gaya penulisan angka yang betul: 1.Angka 10,000 (Adakah perlu ada koma (,) seperti 10,000 atau jarak seperti 10 000 atau ditulis rapat seperti 10000. 2.Angka 7,000 (Adakah perlu ada koma (,) seperti 7,000 atau jarak seperti 7 000 atau ditulis rapat seperti 7000. 3.Angka 200,000 (Adakah perlu ada koma (,) seperti 200,000 atau jarak seperti 200 000 atau ditulis rapat seperti 200000.Merujuk kepada soalan anda,  angka bagi ketiga-tiga soalan menunjukkan bahawa jumlah digit melebihi  empat digit. Oleh itu,  susunan yang betul ialah  tiada koma tetapi dijarakkan seperti 10 000,  7 000 dan 200 000 atau lebih mudah dijadikan 10 ribu, 7 ribu dan 200 ribu.Lain-lain07.07.2017
Contoh ayat : Atlet Malaysia yang merangkul pingat emas dalam Sukan Olimpik itu meraih wang tunai berjumlah satu juta Ringgit Malaysia. Soalan : Bagaimanakah cara penulisan untuk 'satu juta Ringgit Malaysia'? a. 1 juta ringgit b. 1 Juta Ringgit c. satu juta ringgit d. Satu Juta ringgit c. Ringgit Malaysia satu juta d. Ringgit Malaysia Satu Juta e. RM 1 Juta f. RM 1 juta g. RM 1000,000 mengapa?

Untuk makluman, tidak ada format yang ditetapkan berkenaan cara penulisan angka. Walau bagaimanapun, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menjadikan buku Gaya Dewan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai panduan. Buku berkenaan menjelaskan sekiranya hendak menyatakan jumlah ringgit yang besar, eja unit bagi jumlah yang lebih daripada RM1 juta, atau turunkan semula nombor dengan menjarakkan setiap kelompok tiga digit terakhir. Namun demikian, jumlah tersebut boleh dieja sepenuhnya mengikut kesesuaian.

Contoh:

1.     RM1 juta

2.     RM1 000 000.00

Ejaan11.03.2020
Mohon untuk menyemak terjemahan ( Bahasa Inggeris- Bahasa Melayu) yang dilampirkan untuk penerbitan JabatanPenambahbaikan yang dicadangakan adalah seperti yang berikut:

Penerbitan Perangkaan Muktamad Perdagangan Luar Negeri, Malaysia bagi tahun 2015 dikeluarkan dalam satu jilid. Ia mengandungi maklumat perdagangan bagi tahun rujukan 2014. Penerbitan ini memaparkan nilai eksport, import dan eksport semula berdasarkan Standard International Trade Classification, Revision 4, (S.I.T.C. Rev. 4), mengikut Seksyen, Bahagian dan Kumpulan Barangan negara asal dan destinasi barangan utama/terpilih, Klasifikasi Kategori Ekonomi Umum (BEC) dan penggunaan akhir. Maklumat terperinci pada peringkat 9/10 – butiran tarif digit [Sistem Berharmoni (SB)/ASEAN Harmonised Tariff Nomenclature (ATHN)/SITC yang setara] boleh juga dibekalkan kepada pengguna atas permintaan.
Penyemakan dan penterjemahan21.09.2016

Kembali ke atas