Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.git] | ديݢيت

Definisi : mana-mana satu angka Arab dr kosong hingga sembilan, angka, nombor: 4204 me­ngandungi empat ~; ~ perduaan digit sifar atau satu dlm sistem perduaan; berdigit mempunyai digit, digital: jam ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.git] | ديݢيت

Definisi : sebarang angka dr 0 hingga 9: Nombor 5088 terdiri drpd empat ~. ~ perduaan ist digit 0 atau 1 dlm sistem perduaan notasi. pendigit ist alat yg dpt menukarkan lukisan dan gambar kpd bentuk digital. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata digit


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
logical shift rightanjakan kanan logikKejuruteraanTiadaOperasi anjakan logik apabila digit-digit dalam kata digerakkan ke kanan. Operasi anjakan logik melibatkan anjakan dalam bentuk membulat, iaitu digit-digit yang ditolak keluar pada hujung kata dimasukkan semula pada hujung yang satu lagi.
place holderpemegang tempatMatematikTiadasetiap digit sifar dalam sesuatu angka; ia berada di tempat tertentu supaya jelas nilai tempat bagi digit-digit yang lain. Dalam penulisan nombor, setiap digit tertentu mewakili dua puluh, manakala digit 2 di kanan mewakili dua unit. Bagi angka 203, digit 2 mewakili dua ratus, manakala digit 3 mewakili 3 unit; nilai angka 203 ialah dua ratus dan tiga. Digit 0 dalam angka 203 berfungsi sebagai pemegang tempat; tanpanya, 203 menjadi 23 yang mungkin ditafsir sebagai dua puluh tiga.
packed decimalperpuluhan terpadatKejuruteraanTiadaSuatu cara menstor digit-digit perpuluhan dalam ruang yang kecil, dengan menggunakan empat bit sahaja untuk setiap digit.
bitbitTeknologi MaklumatTiadaKependekan daripada “binary digit” (digit perduaan) iaitu nombor 0 dan 1. Unit terkecil yang sesuatu komputer boleh proses atau simpan. Secara fizikalnya bit berbentuk transistor atau kapisator dalam ingatan atau storan primer yang bernilai tepu (diwakili 1) atau tiada nilai (diwakili 0). Bit juga boleh dianalogikan dengan lampu terpadam (diwakili 0) atau menyala (diwakili 1). Lihat bait.
justificationperwajaran; pengwajaranKejuruteraanTiadaTindakan melaras, mengatur atau mengalih digit-digit ke kiri atau ke kanan supaya ia mematuhi sesuatu corak yang telah ditentukan.
digit compressionpemampatan digit; mampatan digitKomputerTiadaTiada
digit compressionpemampatan digit; mampatan digitMatematikTiadaTiada
decimal digitdigit perpuluhanKejuruteraanTiadaDigit dalam tatatanda perpuluhan, iaitu dari set digit 0 hingga 9.
digitdigitMatematikTiadaSebarang simbol asas dalam sistem penomboran. Sistem perpuluhan (asas sepuluh) mempunyai sepuluh digit, iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, manakala sistem perduaan (asas dua) mempunyai dua digit sahaja, iaitu 0 dan 1. Misalnya, nombor 45 651 mempunyai lima digit.
digitdigit/angka; jariTeknologi MaklumatTiadaDigit: Aksara grafik yang mewakili integer tak negatif. Contohnya dalam tatatanda perpuluhan, digit ialah satu daripada aksara 0 hingga 9.
12345678910...

Kembali ke atas