Digraf ng, adakah perkataan "datang", "pulang" dikatakan mengandungi digraf ng? Ataupun digraf ng mesti berada di depan suku kata seperti "bunga". | Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy. Digraf juga disebut dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Digraf boleh hadir di depan suku kata atau belakang sekiraya mewakili satu bunyi. Contoh yang diberikan merupakan digraf. | Tatabahasa | 04.05.2013 |
Adakah " cantiknya " adalah perkataan digraf??? | Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mempunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu. Contoh yang diberikan merupakan digraf pada ny bagi perkataan cantiknya. Tuan boleh merujuk majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Dewan Bahasa dan Pelita Bahasa untuk rujukan lanjut berkenaan isu-isu tatabahasa terkini. | Tatabahasa | 29.09.2015 |
adakah perkataan " sangat" merupakan digraf? | Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy, kh dan gh. Digraf juga dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, naskhah, ghaib, lubang, khabar, pisang dan syampu. "Sangat" bukan diagraf.
| Lain-lain | 24.08.2014 |
Adakah ng dalam perkataan "menghulurkan" ialah digraf? | Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy, dan contoh yang tuan berikan ialah digraf. | Tatabahasa | 01.03.2013 |
Digraf adalah perkataan yang wujud dua huruf konsonan (selain a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan seperti ng, ny dan sy. soalan saya ialah adakah perkataan "bunganya" juga adalah perkataan digraf?? | Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mempunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu. Contoh yang diberikan merupakan digraf pada ny bagi perkataan bunganya. Tuan boleh merujuk majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Dewan Bahasa dan Pelita Bahasa untuk rujukan lanjut berkenaan isu-isu tatabahasa terkini. | Tatabahasa | 29.09.2015 |
Adakah perkataan hangus, sangat and ungu digraf? Jika bukan, apakah suku katanya? Adakah semua perkataan berimbuhan meng - dan meny digraf?contohnya menyapu, mengaku | Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mempunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu. Lihat contoh pada kata dasar, bukan kata terbitan seperti menyapu dan mengaku.
| Tatabahasa | 25.02.2016 |
Apakah perbezaan antara "digraf"dan"kosonan bergabung"?Sekian terima kasih. | Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu. Konsonan bergabung atau konsonan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit. Tuan boleh merujuk majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Dewan Bahasa dan Pelita Bahasa untuk rujukan lanjut berkenaan isu-isu tatabahasa terkini. | Tatabahasa | 06.05.2014 |
Adakah "singgah" dan "minggu" ialah Digraf? "Pelbagai" ialah diftong atau konsonan bergabung? Terima kasih. | Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sebagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mempunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu. Manakala diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi. Singgah dan minggu merupakan digraf dan pelbagai merupakan diftong.
| Tatabahasa | 09.02.2015 |
"Apakah perbezaan antara 'digraf' dan "konsonan bergabung'?" Adakah digraf sama dengan konsonan bergabung? Jawapan yang diberikan pada 06.05.2014 dan jawapan yang diberikan pada 12.09.2011 adalah bercanggah/konflik dan mengelirukan. Terima kasih. | Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu. Konsonan bergabung atau konsonan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit. Puan boleh merujuk majalah Pelita Bahasa November 2013 untuk rujukan kekeliruan ini. | Tatabahasa | 06.01.2015 |
Apakah perbezaan antara digraf dan konsonan berganding? Mohon diberi beberapa contoh. Terima Kasih | Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu. Konsonan bergabung atau konsonan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit. Tuan boleh merujuk majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Dewan Bahasa dan Pelita Bahasa untuk rujukan lanjut berkenaan isu-isu tatabahasa terkini. | Tatabahasa | 23.05.2014 |