Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.ngin] | ديڠين

Definisi : 1. tidak panas (hangat), sejuk: hari masih pagi, cuaca belum begitu terang dan hawa ~ sekali; 2. ki tidak meriah (sambutan keramaian dsb): sambutan perayaan Hari Kebangsaan pd tahun ini agak ~ jika di­bandingkan dgn tahun yg sudah-sudah; 3. ki tidak mengambil berat (bkn layanan), tidak mesra (bkn perhubungan dsb), sepi: sejak akhir-akhir ini, Jamaludin bersikap ~ ter­hadapnya; hubungan ~ hubungan (antara orang, negara, dll) yg tidak erat dan mesra; 4. ki basi (bkn berita, cerita, dsb), kasip; 5. menghilang (bkn kemarahan), reda; perang ~ perselisihan dgn tidak menggunakan ke­kerasan senjata; ~ hati tidak riang (berminat, bersemangat, dll); ~ kepala berfikiran tenang dan waras; ~-~ panas sekejap dingin sekejap panas; ~ tangan selalu berhasil membuat pekerjaan (spt bertanam, mengubat, dll); nasi tak ~ ping­gan tak retak prb perihal cermatnya me­lakukan sesuatu; mendingin 1. menjadi (terasa) dingin: apa­bila hari berlanjut malam, hawa turut pula ~; 2. Mn tidak berapa sihat, kurang sihat; tidak menghangat ~ prb tidak ambil peduli; mendingini 1. = mendinginkan men­jadi­kan dingin: terasa olehku air matanya ~ pipiku; 2. ark berubat (utk menyihatkan badan); mendinginkan 1. menjadikan (membuat supaya) dingin: klorin juga boleh menjadi cecair jika dipadatkan dan didinginkan; 2. ki menyejukkan, menenangkan (kemarahan, fikiran, dll): dia hendak ~ otak serta mem­perlihatkan dia orang yg terpandang dan terhormat; kedinginan 1. kesejukan, kena sejuk: dia meraba-raba mencari selimut utk me­lin­dungi diri drpd ~; 2. keadaan yg dingin: mereka menyalakan tungku pemanas bilik utk mengimbangi ~ yg bermaharajalela itu; pendinginan perihal atau perbuatan men­dinginkan; pendingin 1. alat (perkakas, bahan, dsb) utk mendinginkan: air batu kering sangat-sangat berguna sbg ~ kerana tidak me­ning­gal­kan cecair; ~ udara alat utk men­dingin­kan udara; lemari ~ Id peti ais (air batu); 2. ki lekas marah, pemarah: Mariam merasai seleranya telah berubah, perutnya kerap kali mulas, dia pemalas, ~ dan bangunnya ter­lambat dr biasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.ngin] | ديڠين

Definisi : 1 tidak panas; sejuk: Hawa di Bukit Fraser sangat ~ pd waktu pagi. 2 tidak meriah (bkn keramaian dll); tidak mengambil berat (peduli dll); basi (bkn berita, cerita); reda (bkn marah dl): Saya tidak seronok mengunjungi dia kerana sambutannya ~ saja. mendingin menjadi dingin; terasa dingin. mendinginkan 1 menjadikan (menyebabkan) dingin. 2 menyejukkan; menenangkan (kemarahan dll): Anak itu pandai ~ kemarahan ayahnya. kedinginan 1 kena sejuk; kesejukan: Ia menggeletar ~. 2 keadaan dingin: Nyala unggun api itu dpt mengurangkan ~ malam. pendinginan perbuatan atau hal mendinginkan. pendingin alat (perkakas) utk mendinginkan: Alat ~ bilik ini sudah rosak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dingin

Puisi
 

Nasi dingin digonggong semut,
     Dibawa belayar ke Singapura;
Badan dingin tarik selimut,
     Bantal peluk ganti adinda.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Nasi tak dingin,
     pinggan tak retak.

Bermaksud :

Cermat melakukan sesuatu pekerjaan. Biasa dijadikan gurindam; engkau tak ingin, aku tak hendak.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
minuman yang dingin berasa dingin kerana berpakaian nipis adakah ayat tersebut betul?Kami mencadangkan ayat itu dibetulkan kepada “Apabila anda berpakaian nipis, minuman yang sejuk akan membuatkan anda berasa lebih sejuk.”Tatabahasa23.06.2019
apa beza penggunaan kata sejuk dan dingin? contoh; kesejukan air sungai atau kedinginan air sungai? mana satu yg betul? saya perlukan penjelasan tetntang perbezaan penggunaannyaSejuk bermaksud tidak panas atau tidak hangat, rendah suhunya dan dingin. Maksud dingin ialah tidak panas, sejuk. Ini bermakna, sejuk dan dingin merupakan kata sinonim dan kedua-duanya boleh digunakan berdasarkan contoh soalan yang telah diberikan.Makna10.11.2020
Salam Sejahtera. Saya ingin tanya apakah istilah yang paling tepat untuk pendingin hawa/ penghawa dingin/ penyaman udara?Frasa 'penghawa dingin' adalah salah kerana kata dingin ialah kata adjektif yang sepatutnya dikaitkan dengan kata nama, contohnya air yang dingin dan hawa yang dingin. Fungsi alat ini adalah untuk menyamankan atau mendinginkan udara. Oleh yang demikian, istilah yang tepat ialah penyaman udara dan pendingin udara
Istilah06.06.2023
Pak Samit dan isterinya pergi menoreh getah di kebun mereka dalam dingin pagi. Adakah perkataan dingin tersebut lebih tepat digantikan dengan kedinginan? Dan betulkah frasa "dalam kedinginan" tersebut?Ya, betul. Lebih gramatis perkataan "dingin" ditukar kepada "kedinginan" dalam ayat tersebut.Tatabahasa12.05.2020
Salam sejahtera, saya ingin bertanya adakah betul tentang penggunaan perkataan dingin dalam ayat " Kedatangan murid-murid ke sekolah pada pagi ini dingin sekali kerana hujan turun dengaan lebat" . Terima kasihPenggunaan perkataan "dingin" dalam ayat tersebut tidak tepat. Selain bermaksud sejuk, dingin juga dikiaskan dengan maksud kurang mendapat sambutan atau tidak meriah, seperti ayat "Persembahan penyanyi itu mendapat sambutan dingin daripada penonton". Tatabahasa05.03.2022
Saya ingin bertanya dari sudut sintaksis dan semantik bagi perkataan 'penghawa dingin'. Adakah kita patut mengujarkannya sebagai 'penghawa dingin' atau sebagai 'pendingin hawa'? Cuba teliti bentuk dibawah. peN- bermaksud alat atau orang yang melakukan sesuatu yg terkandung dlm kata akar hawa bermaksud udara dingin bermaksud sejuk Jadi adakah 'penghawa dingin' bermaksud 'alat yang mengudarakan sejuk'? ataupun kita mengujarkan 'pendingin hawa' yang bermaksud 'alat yang menyejukkan udara'?

Dewan Bahasa dan Pustaka tidak pernah menggunakan istilah 'Penghawa Dingin'

bahkan istilah 'Pendingin Udara" yang selalu digunakan. (sila rujuk KD4 di bawah entri dingin)

 

Lain-lain03.02.2009
Ref:11719/2017 merujuk kepada nombor berkenaan, kami ada membuat pertanyaan rasmi mengenai penggunaan tagline yang melibatkan perkataan "Rasa sensasi dingin..." namun pihak DBP menasihatkan supaya penggunaannya menjadi "Rasa dingin sensasi..." Sensasi dalam erti kata ini, kami ingin menggunakannya dalam konteks "feel" contoh (dipetik daripada PRPM); sensasi yang menyegarkan. Bukan dalam erti sensasi gempar. Maka Rasa dingin sensasi kami rasakan tidak tepat seperti mesej yang ingin kami sampaikan. Disebabkan ianya merupakan tagline ianya perlu pendek dan menarik perhatian, maka daripada "Rasa sensasi yang dingin..." kami pendekkan kepada "Rasa sensasi dingin..." Saya harap penjelasan kami ini dapat membantu untuk menyatakan niat dalam penggunaan frasa sensasi dingin tersebut. Kami berharap frasa ini dapat digunapakai untuk billboard kami. Frasa pilihan yang kami ada ketika ini ialah "Sensasi rasa dingin dan hebat" sekiranya DBP masih merasakan "Rasa sensasi dingin dan hebat" masih tidak boleh diterima, bolehkah kami gunakan frasa pilihan ini? Nasihat pihak tuan/puan amat kami hargai. Terima kasih. Nurul FathmaDBP mencadangkan supaya menggunakan frasa SENSASIKAN RASA DINGIN DAN HEBAT.Tatabahasa05.09.2017
1. Hawa dingin masih lagi terasa 2. Hawa dingin masih terasa lagi. yang mana satukah ayat yang betul?Frasa yang betul ialah "Hawa dingin masih lagi terasa". Tatabahasa31.10.2022
Penghawa dingin atau pendingin hawa untuk istilah lama.Istilah yang betul ialah penyaman udara atau pendingin hawa.Istilah15.11.2014
penghawa dingin atau pendingin hawaYang betul ialah pendingin hawa. Istilah yang lebih tepat ialah penyaman udara.Istilah19.04.2009
12345678

Kembali ke atas