Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.ngin] | ديڠين

Definisi : 1. tidak panas (hangat), sejuk: hari masih pagi, cuaca belum begitu terang dan hawa ~ sekali; 2. ki tidak meriah (sambutan keramaian dsb): sambutan perayaan Hari Kebangsaan pd tahun ini agak ~ jika di­bandingkan dgn tahun yg sudah-sudah; 3. ki tidak mengambil berat (bkn layanan), tidak mesra (bkn perhubungan dsb), sepi: sejak akhir-akhir ini, Jamaludin bersikap ~ ter­hadapnya; hubungan ~ hubungan (antara orang, negara, dll) yg tidak erat dan mesra; 4. ki basi (bkn berita, cerita, dsb), kasip; 5. menghilang (bkn kemarahan), reda; perang ~ perselisihan dgn tidak menggunakan ke­kerasan senjata; ~ hati tidak riang (berminat, bersemangat, dll); ~ kepala berfikiran tenang dan waras; ~-~ panas sekejap dingin sekejap panas; ~ tangan selalu berhasil membuat pekerjaan (spt bertanam, mengubat, dll); nasi tak ~ ping­gan tak retak prb perihal cermatnya me­lakukan sesuatu; mendingin 1. menjadi (terasa) dingin: apa­bila hari berlanjut malam, hawa turut pula ~; 2. Mn tidak berapa sihat, kurang sihat; tidak menghangat ~ prb tidak ambil peduli; mendingini 1. = mendinginkan men­jadi­kan dingin: terasa olehku air matanya ~ pipiku; 2. ark berubat (utk menyihatkan badan); mendinginkan 1. menjadikan (membuat supaya) dingin: klorin juga boleh menjadi cecair jika dipadatkan dan didinginkan; 2. ki menyejukkan, menenangkan (kemarahan, fikiran, dll): dia hendak ~ otak serta mem­perlihatkan dia orang yg terpandang dan terhormat; kedinginan 1. kesejukan, kena sejuk: dia meraba-raba mencari selimut utk me­lin­dungi diri drpd ~; 2. keadaan yg dingin: mereka menyalakan tungku pemanas bilik utk mengimbangi ~ yg bermaharajalela itu; pendinginan perihal atau perbuatan men­dinginkan; pendingin 1. alat (perkakas, bahan, dsb) utk mendinginkan: air batu kering sangat-sangat berguna sbg ~ kerana tidak me­ning­gal­kan cecair; ~ udara alat utk men­dingin­kan udara; lemari ~ Id peti ais (air batu); 2. ki lekas marah, pemarah: Mariam merasai seleranya telah berubah, perutnya kerap kali mulas, dia pemalas, ~ dan bangunnya ter­lambat dr biasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.ngin] | ديڠين

Definisi : 1 tidak panas; sejuk: Hawa di Bukit Fraser sangat ~ pd waktu pagi. 2 tidak meriah (bkn keramaian dll); tidak mengambil berat (peduli dll); basi (bkn berita, cerita); reda (bkn marah dl): Saya tidak seronok mengunjungi dia kerana sambutannya ~ saja. mendingin menjadi dingin; terasa dingin. mendinginkan 1 menjadikan (menyebabkan) dingin. 2 menyejukkan; menenangkan (kemarahan dll): Anak itu pandai ~ kemarahan ayahnya. kedinginan 1 kena sejuk; kesejukan: Ia menggeletar ~. 2 keadaan dingin: Nyala unggun api itu dpt mengurangkan ~ malam. pendinginan perbuatan atau hal mendinginkan. pendingin alat (perkakas) utk mendinginkan: Alat ~ bilik ini sudah rosak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dingin

Puisi
 

Nasi dingin digonggong semut,
     Dibawa belayar ke Singapura;
Badan dingin tarik selimut,
     Bantal peluk ganti adinda.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Nasi tak dingin,
     pinggan tak retak.

Bermaksud :

Cermat melakukan sesuatu pekerjaan. Biasa dijadikan gurindam; engkau tak ingin, aku tak hendak.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cold marketpasaran dinginEkonomiTiadaRangkaian bakal pelanggan yang terdiri daripada orang-orang yang tidak dikenali dan tahu tentang produk yang akan dijual.
chilling temperaturesuhu dinginPertanian OrganikTanaman Makanan-
air-cooled engineenjin dingin udaraKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKepala dan bongkah enjin bersirip yang disejukkan oleh edaran udara.
frigiditykedinginanHerbaFitoterapiKekurangan nafsu seks terutamanya pada wanita yang menyebabkan wanita tersebut berlaku dingin terhadap pasangan.
herbal expressionekspresi herbaHerbaTiadaPengeluaran sesuatu komponen daripada bahan herba melalui kaedah menekan atau memerah dalam keadaan dingin atau panas.
relaxantrelaksanHerbaPemiawaianAgen yang dapat mengurangkan tekanan atau kesakitan, khususnya pada otot atau anggota badan. Minyak pati merupakan salah satu contoh agen relaksan yang dapat melegakan, menghasilkan rasa dingin dan segar. Contohnya, minyak pati serai wangi (Cymbopogon nardus) dan minyak pati kayu putih (Melaleuca leucadendra).
neutralneutralSains PolitikPolitik PerbandinganDasar tidak memihak kepada mana-mana individu, kelompok, pertubuhan atau negara yang sedang bersaing dengan pihak lain. Konsep ini selalu digunakan untuk merujuk persaingan antara blok timur dan barat dalam era Perang Dingin apabila sebilangan negara sedang membangun mengisytiharkan bahawa mereka tidak memihak kepada blok timur atau barat. Dasar tidak memihak mula dikemukakan oleh Tito (Yugoslavia), Soekarno (Indonesia) dan Nkrumah (Ghana) semasa persidangan awal Pergerakan Negara Tidak Berpihak. Hasilnya, kumpulan negara ini menubuhkan pergerakan yang tidak terikat dengan mana-mana pihak yang digelar sebagai Pergerakan Negara Berkecuali (NAM).
Franklin stovealat pemanas FranklinKesenianHiasan DalamanAlat yang dicipta oleh pereka bernama Benjamin Franklin yang menyerupai tempat unggun api di dalam rumah orang Eropah. Alat ini digunakan untuk mengekalkan tahap kepanasan yang lama di dalam rumah sewaktu musim dingin.
ceilingsilingKesenianHiasan DalamanSuatu permukaan yang terdiri daripada bahan tertentu, yang dilekatkan pada struktur tertentu bagi menutup ruang di sebelah atas sesebuah bilik atau ruang. Siling merupakan sebahagian daripada elemen penting ruang dalaman yang dihias dengan pelbagai hiasan dan peralatan elektrik seperti lampu, kipas dan penghawa dingin.
proxyproksiSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu, kelompok atau negara yang melaksanakan tugas bagi pihak lain. Proksi bertindak sebagai topeng terhadap penglibatan langsung pihak sebenar untuk mengaburi mata orang ramai seolah-olah pihak tersebut tidak terlibat dengan sesuatu perkara yang menimbulkan kontroversi. Contohnya, Amerika Syarikat dan Soviet Union sering terlibat dalam perang proksi semasa era perang dingin seperti yang berlaku dalam perang Vietnam apabila Amerika Syarikat membantu Vietnam Selatan manakala Soviet Union membantu Vietnam Utara.
12

Kembali ke atas