Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dis.kaun] | ديسکاءون

Definisi : potongan drpd harga atau nilai penuh sesuatu barang atau perkhidmatan; mendiskaun memberikan diskaun; pendiskaunan perihal mendiskaun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dis.kaun] | ديسکاءون

Definisi : potongan harga atau jumlah wang yg dikurangkan drpd harga penuh (asal). ~ niaga diskaun yg diberikan kpd pemborong kerana membeli secara tunai dan besar-besaran. ~ tunai diskaun yg diberikan oleh penjual kpd pembeli utk menggalakkan pembeli membayar dgn segera (secara tunai). mendiskaun memberikan diskaun atau membuat potongan pd harga penuh: Penjual itu telah ~ harga buku-buku yg saya beli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diskaun


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat ini betul? Bolehkah menggunakan dari? Diskaun 10% dari $120 Diskaun 10% dari $150 2 Hadiah dengan $250 Diskaun $2 untuk 2

Cadangan jawapan yang betul ialah:


1.
Diskaun 10% daripada RM120
2. Diskaun 10% daripada RM150
3. Soalan tidak difahami. Sila nyatakan pertanyaan dengan lengkap.

Makna04.08.2022
Diskaun Hingga 30%Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Jika tuan telah mendaftar, masuk semula menggunakan kod pengaktifan yang diberi, dan jika ini merupakan permohonan pertama maka maka klik permohonan baru. Perlu diingat medan yang bertanda * perlu dilengkapkan.Lain-lain26.05.2017
Tuan, yang manakah betul. "Diskaun daripada 30% dan ke atas," atau "Diskaun dari 30% dan ke atas? Terima Kasih.Diskaun daripada 30% dan ke atas...Tatabahasa12.09.2012
Tuan, untuk '30% discount' atau '0% interest', yang manakah terjemahan yang betul? 'Diskaun 30%' dan 'faedah 0%' atau 30% diskaun dan 0% faedah. Numbor dulu atau subjek? Atau kedua-duanya pun betul? Terima kasih.Dalam bentuk frasa yang lengkap ialah 'diskaun sebanyak 30%' dan 'kadar faedah sebanyak 0%'. Walau bagaimanpun dalam laras iklan 'diskaun 30%' dan 'faedah 0%' boleh diterima.Tatabahasa18.11.2011
1. Di manakah anda boleh menuntut kupon diskaun? 2. Di manakah boleh anda tuntut kupon diskaun? Yang manakah ayat tanya yang betul/baku? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Di manakah anda boleh menuntut kupon diskaun?".Tatabahasa27.05.2013
PROMOSI ! Diskaun Hingga 30%Untuk pengesahan iklan, sila klik portal www.dbpsahbahasa.my melalui carian Google (Chrome).Lain-lain23.05.2017
PROMOSI, Diskaun Sehingga 30%Penggunaan bahasa dalam iklan tuan betul. Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukan Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain14.04.2015
Jualan , Diskaun Sehingga 70%Penggunaan ayat dalam iklan tersebut betul. Sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa) untuk pengesahan iklan.Lain-lain13.03.2012
Tidak adakah diskaun untuk murid sekolah.. kerana bercadang nk beli 10 buah.Ada, sila hubungi Kedai Buku DBP di talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. atau Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin di talian 03-41012328 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my. Terima kasihLain-lain03.06.2015
Diskaun 10% untuk item terpilih ketika promosi setiap bulan. Adakah ayat diatas betul?Ayat tersebut betul.  Diskaun 10% untuk item terpilih ketika promosi setiap bulan. Lain-lain29.03.2021
123

Kembali ke atas