Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dis.pép.sia] | ديسڤيڤسيا

Definisi : (dispépsia) (Ubat) rasa sakit dlm perut dan di sekitar sudu hati, biasanya di­sebabkan oleh ketidakhadaman makanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dispepsia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dyspepsiadispepsiaSosiologiTiadaPencernaan yang terganggu, biasanya menyebabkan kesakitan pada bahagian abdomen selepas makan, dan kadangkala diiringi dengan muntah.
dyspepsiadispepsiaPerubatanTiadaTiada
dyspepsiadispepsiaPerubatanTiadaMasalah pencernaan makanan yang menimbulkan rasa tidak selesa atau nyeri di bahagian epigastrium.
dyspepsiadispepsiaAIDSTiadaPencernaan yang terganggu biasanya menyebabkan kesakitan pada bahagian abdomen selepas makan dan kadangkala muntah. Keadaan ini terjadi pada pesakit HIV/AIDS yang dijangkiti kandida.
dyspepsiadispepsiaGerontologiTiadaPencernaan yang terganggu, biasanya menyebabkan ketidakselesaan atau kesakitan pada bahagian abdomen selepas makan dan kadangkala diiringi dengan muntah.
dyspepsiadispepsiaPerubatanTiadaKeadaan yang berlaku akibat gangguan percernaan makanan sehingga menyebabkan sakit atau ketakselesaan sudu hati selepas makan.
air swallowingpenelanan udaraPerubatanTiadaPenelanan udara yang berlebihan kerana histeria atau dispepsia. Aerofagi
antacidantasidPerubatanTiadaKumpulan ubat yang terdiri daripada bahan alkali yang digunakan untuk meneutralkan asid gaster dalam rawatan masalah kelebihan asid gaster seperti dispepsia, ulser peptik dan esofagitis refluks. Ubat ini terdapat dalam bentuk cecair atau tablet yang boleh didapati tanpa preskripsi. Ubat ini boleh menyebabkan cirit-birit atau sembelit bergantung kepada bahan aktif di dalamnya. Contoh ubat ialah magnesium trisilikat dan aluminium hidroksida.
H2-receptor antagonistantagonis reseptor H2FarmasiFarmakologiAgen yang menyekat tindakan histamina dengan mengikat secara kompetitif pada reseptor H2 di sel parietal perut, dan menyebabkan pengurangan penghasilan asid oleh sel-sel tersebut. Agen ini digunakan untuk merencat rembesan asid dalam rawatan ulser peptik, dispepsia dan penyakit refluks gastroesofagus. Contoh agen ini ialah simetidin, ranitidin dan famotidin.
Acorus calamusjerangauHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan herba saka dalam famili Acoraceae dan tingginya mencapai satu meter. Jerangau hidup liar di tempat berair atau lembap seperti parit, kolam dan sawah padi. Daunnya jenis ringkas, panjang dan lurus seperti rumput. Daunnya tersusun padat pada satu satah membentuk pangkal yang leper. Urat daun selari mengikut panjang daun. Pangkal daun berwarna ungu. Rizomnya merayap dan ditutupi sisik. Isinya berserabut dan berwarna putih. Rizomnya dibuat ubat untuk melegakan masalah angin, kolik dispepsia, demam, ulser usus, reumatik, sakit saraf, disentri, lelah dan jangkitan pada bronkus. Rizomnya mengandungi minyak meruap dan boleh dibuat campuran minuman beraroma dan pewangi. Air rebusan daun dibuat tonik untuk ibu selepas bersalin, manakala air rebusan akarnya digunakan untuk mengurangkan darah nifas dan haid yang terlalu banyak. Jerangau bersifat antibakteria, antiseptik, diaforetik, emetik, antireumatik dan sedatif. Tumbuhan ini mengandungi bahan kimia seperti X-asaron, azulena, elemisin, isoeugenol, limonena da

Kembali ke atas